Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ta.ra] | ستارا

Definisi : 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemu­da lain yg ~ dengannya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Di­raja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usaha­nya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, sela­ras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ta.ra] | ستارا

Definisi : sama keadaannya (kedudukannya, tarafnya dll); seban­ding; seimbang: Kekayaan dua orang itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tara (kata nama)
Bersinonim dengan bandingan, tandingan, tolok, padanan, lawan, kufu, imbangan, timpalan, babat;,
Kata Terbitan : setara, menarakan, menyetarakan, tertara, tara2, mentara,

Puisi
 

Nak mandi di pangkalan mana,
     Ingat sedikit disambar buaya;
Adik nak cari setara mana,
     Carilah yang serupa saya.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
co-ordinate, coordinateadj 1. (gram.) setara: ~ conjuction, kata penghubung setara; 2. (chem) koordinat: ~ covalency, kovalensi koordinat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
commensurateadj (fml) proportionate, setara, sepadan: the pay is not ~ with the responsibility involved, gajinya tdk setara dgn tanggungjawab yg dipikul; the job is ~ with his ability, pekerjaan itu sepadan dgn kebolehannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
equestriann approp n + yg sama; (tech) approp n + yg setara; (of word, phrase) padanan: he will receive $100 or its ~ in books, dia akan menerima $100 atau nilai yg sama dlm bentuk buku; (be) the ~ of, (approp n) sama spt; (tech) approp n + yg setara dgn; (of word, phrase) padanan utk: SIRIM, the ~ of British Standards Institution, SIRIM, institusi yg sama spt British Standards Institution; one slice of cheese is the ~ of a glass of milk, satu keping keju sama spt segelas susu; the metric ~ of one pound, sukatan metrik yg setara dgn satu paun; what is the exact Malay ~ of the word “innocent?”, apakah padanan yg tepat dlm bahasa Malaysia bagi perkataan “innocent?”.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
co-ordinate clausen kalimat setara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
compeern 1. peer, /teman, rakan/ setara; 2. comrade, teman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incommensurateadj 1. not equal in measure, size, etc, tdk sebanding: his ability is ~ with that of his colleagues, kebolehannya tdk sebanding dgn kebolehan rakan sejawatnya; 2. not proportionate, tdk /setimpal, setara/: his salary is ~ with the responsibilities given him, gajinya tdk setimpal dgn tanggungjawab yg diberikan padanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
equableadj 1. even-tempered, tenang: she replied to the interruption in an ~ voice, dia menjawab celahan itu dgn suara yg tenang; because of his ~ nature, I find it very pleasant to work with him, disebabkan sifatnya yg tenang saya mendapati seronok bekerja dengannya; 2. uniform, setara: an ~ climate, iklim yg setara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
equivalentadj 1. equal in value, amount, etc, sama; (ref to word, phrase) padanan: you can exchange those sweets for an ~ amount of chocolates, kamu boleh menukar gula-gula ini dgn coklat yg sama banyaknya; this is ~ to five Malaysian ringgit, wang ini sama nilainya dgn lima ringgit Malaysia; the ~ English phrase is longer, frasa padanan dlm bahasa Inggeris lebih panjang; 2. (math) setara;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas