Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tim.pal] | ستيمڤل

Definisi : 1. setimpal (seimbang, se-padan, bertimbang), setaraf: setiap orang yg melakukan kekejaman akan mendapat balasan yg ~; penghormatan yg diberikan kepadanya ~ dgn kedudukannya dlm masyarakat; 2. sesuai, layak: padang itu tidak ~ utk perlawanan bola sepak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tim.pal] | ستيمڤل

Definisi : sama taraf atau sama kedudukannya; sebanding; seimbang; setimba (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setimpal

Peribahasa

Merebut merampas,
     membunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fit14. (match) kena dgn; (suitable for), /sesuai, sepadan, secocok/ dgn; (of punishment, reward, etc) setimpal: his behaviour does not ~ his position, kelakuannya tdk sesuai dgn kedudukannya; the words ~ the music, kata-kata itu sepadan dgn muzik; to make the punishment ~ the crime, menjadikan hukuman setimpal dgn jenayah; 5. make suitable for, adapt, memadankan, menyesuaikan: he does not attempt to ~ his expenditure to his income, dia tdk mencuba memadankan perbelanjaannya dgn pendapatannya; he cut the wood to ~ the hole, dia memotong kayu itu utk memadankannya dgn lubang tersebut; 6. make competent, membuat [sso] sesuai: his long experience will ~ him for this difficult job, pengalamannya yg lama akan membuatnya sesuai utk tugas yg susah ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
condignadj (chiefly of punishment) berat dan setimpal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incommensurateadj 1. not equal in measure, size, etc, tdk sebanding: his ability is ~ with that of his colleagues, kebolehannya tdk sebanding dgn kebolehan rakan sejawatnya; 2. not proportionate, tdk /setimpal, setara/: his salary is ~ with the responsibilities given him, gajinya tdk setimpal dgn tanggungjawab yg diberikan padanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
desert 3 n (in pl) that which is deserved, a. (as reward) ganjaran; b. (as punishment) ganjaran, balasan: to get o’s just ~s, mendapat ganjaran sso; reward so. according to /his, her/ ~s, memberi sso ganjaran yg berpatutan; punish so. according to /his, her/, menghukum sso setimpal dgn kesalahannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas