Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.sat] | سياست

Definisi : 1. pemeriksaan (yg teliti), penyelidikan: mereka menjalankan ~ berhubung dgn ke­selamatan dlm negeri, sama ada perkara itu benar atau tidak; terlalu sangat periksa dan ~nya; badan ~ badan penyelidik (mencari ke­terangan); 2. teguran, celaan, kecaman, kritik; 3. segala sesuatu yg bersangkutan dgn ke­negaraan (pemerintahan negeri), siasah, po­litik: campur tangan Belanda dan Inggeris dlm ~ Alam Melayu juga dikisahkan dlm buku tersebut; 4. kebijaksanaan (kebolehan, ke­cekapan, dll) mengerjakan sesuatu (mencapai sesuatu maksud), muslihat, taktik: ahli negara Byzantium telah menjalankan suatu ~ licin utk melemahkan kaum Muslimin di Timur dan orang Kristian di Eropah Barat; ~ bumi hangus tindakan memusnahkan segala yg dianggap penting bagi musuh; ~ dunia politik dunia; ~ kura-kura bp tindakan yg diambil mengikut keadaan; ~ luar negeri politik luar negeri; ~ perang muslihat dlm peperangan; ~ perniagaan hal (ilmu penge­tahuan, putar belit) dlm perniagaan; bersiasat 1. membuat penyelidikan (peme­riksaan) dgn bertanya dll; 2. menggunakan siasat (taktik, kebijaksanaan, muslihat, dll) utk mencapai sesuatu maksud, berdiplomasi; menyiasat, menyiasati 1. menyelidiki (me­meriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan­-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh­-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka memper­cayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat; siasatan 1. hasil drpd menyiasat, kajian, siasat: lima puluh tahun dahulu sudah ada beberapa kertas ~ bkn dgn atom itu; 2. perihal menyiasat (menyelidik, mengusut): ~ ini dijalankan dgn bertanya kpd beberapa orang yg tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu; penyiasatan perbuatan menyiasat (me­nyelidik), pemeriksaan, penyelidikan: pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli­-ahli yg hendak meminjam; penyiasat orang yg menyiasat, penyelidik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.sat] | سياست

Definisi : sl hukuman, aniaya, seksa; menyiasat, menyiasatkan menghukum, menganiaya, menyeksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.sat] | سياست

Definisi : 1 pemeriksaan yg teliti dan ha­ti-hati: Jangan tuan kurang ~, nanti tuan sendiri tersesat. Dgn tiada ~nya, dia telah menuduh saya mengambil wangnya. 2 se­gala yg bersangkutan dgn pemerintahan negara; siasah: Campur tangan Inggeris dan Belanda dlm ~ Alam Melayu dikisahkan juga dlm buku itu. 3 kebajikan atau kebolehan mengerjakan sesuatu; cara berfikir atau cara melakukan sesuatu; muslihat; taktik: Angkatan laut pihak Berikat mengubah ~nya utk menghadapi serangan-serangan kapal selam Jerman. menyiasat membuat penyelidikan ttg sesuatu perkara yg belum diketahui benar-benar; menyelidik: Beliau te­lah pergi ke Sarawak utk ~ cara-cara hidup orang Iban di rumah panjang. pe­nyiasatan perbuatan atau hal menyiasat; pemeriksaan; penyelidikan. penyiasat orang yg menyiasat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siasat
Kata Terbitan : menyiasat, penyiasatan, penyiasat,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
interrogationn 1. formal and thorough questioning, soal siasat, pemisitan, menyoal siasat: the ~ of the suspect lasted for hours, yg disyaki disoal siasat berjam-jam lamanya; the accused broke down under ~, yg tertuduh tdk dapat menguasai perasaan semasa soal siasat; 2. instance of this, soal siasat, pisitan, menyoal siasat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inquisitionn 1. official investigation, penyiasatan; 2. (derog) enquiry, esp one that shows little regard for the rights of the individual, soal siasat, menyoal siasat: we were subjected to an ~ by the Customs, kami disoal siasat oleh pihak Kastam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interrogatevt 1. question formally and thoroughly, usu for a long time, menyoal siasat, memisit: the police are interrogating the suspect, polis sedang menyoal siasat orang yg disyaki; 2. question closely, banyak menyoal: don’t start interrogating him when he gets home, jangan pula banyak menyoalnya apabila dia pulang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interrogatorn person who interrogates, penyoal-siasat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inquisitorn 1. (hist) pegawai pasitan; 2. (derog) penyoal siasat: she faced her ~s calmly, dia menghadapi penyoal siasatnya dgn tenang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
into10. (indic st penetrated by insight, thought processes), (foll v), [not translated]; (foll n) tentang: please look ~ the matter, tolong siasat hal itu; he spent years researching ~ the effects of the drug on the human brain, bertahun-tahun dia menyelidiki kesan dadah tersebut thdp otak manusia; several angry parents called for an official inquiry ~ the incident, beberapa orang ibu bapa yg marah menuntut supaya siasatan rasmi tentang peristiwa itu diadakan; her works afforded insights ~ the complexity of a woman’s emotions, karya-karyanya memberikan wawasan tentang betapa kompleksnya emosi seorang wanita;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hold 1 9. not be beaten by, mempertahankan diri drpd: the soldiers could not ~ the enemy, askar-askar itu tdk dapat mempertahankan diri drpd musuh; 10. detain, menahan: he was being held for questioning, dia ditahan utk disoal siasat; six civilians were held hostage, enam orang awam telah ditahan sbg tebusan; 11. possess, memegang, memiliki: he ~s shares in the company, dia memegang syer dlm syarikat itu; he ~s a degree in Science, dia memegang ijazah Sains;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extortvt 1. obtain (money) by intimidation, violence, etc, memeras: he ~s money from his victims, dia memeras wang drpd mangsa-mangsanya; 2. extract, memaksa [sso]: after five hours of interrogation the police finally managed to ~ a confession from him, setelah lima jam menyoal siasat, polis dapat memaksanya supaya mengaku bersalah; to ~ promises, memaksa sso membuat janji.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
contradict~ each other, (of fact, statement, alibi, etc), (saling) bercanggah, bercanggahan: the statements of the two witnesses ~ each other, kenyataan kedua-dua saksi itu saling bercanggah; ~ os, membuat kenyataan yg bercanggah: he ~ed himself several times during the questioning, dia membuat kenyataan yg bercanggah beberapa kali semasa soal siasat itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coolnessn 1. state, quality of being cool, kesejukan, kedinginan: the ~ of the night air, kesejukan udara malam; 2. lack of friendliness and warmth, sikap dingin: she was surprised at her friend’s ~, dia terkejut oleh sikap dingin rakannya; 3. calmness, ketenangan: his ~ under interrogation..., ketenangannya sewaktu disoal siasat....Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas