Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. seluruh ahli (majlis, badan, dewan mesyuarat, dll), sekalian anggota: ~ me­syuarat; ~ majlis semua orang yg hadir dlm majlis; 2. sekalian, para, segala (utk me­nyatakan banyak): ~ pendengar; 3. = persidangan perjumpaan (utk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yg hadir dlm ~ tersebut mempunyai tafsir­annya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yg sedang membahaskan krisis di Timur Tengah; 4. ark dewan, majlis; ~ perang majlis perang; ~ (persidangan) akhbar penerangan atau penjelasan yg diberi oleh seseorang (menteri, pegawai kerajaan, dll) kpd pemberita akhbar; ~ jemaah a) = ~ Jumaat orang yg ber­sembahyang Jumaat; b) Id segolongan drpd masyarakat Kristian; ~ kemuncak persidangan atau mesyuarat yg diadakan pd peringkat ter­tinggi (oleh ketua-ketua negara dll); ~ pem­baca segala orang yg membaca, para pembaca; ~ pengarang setiap anggota pengarang (pd sesebuah penerbitan dll), anggota redaksi; ~ pengurus a) badan atau majlis yg mengurus sesuatu perniagaan (penerbitan dll); b) setiap anggota pengurus; ~ pleno sidang lengkap (drpd seluruh ahli); ~ ramai orang ramai, masyarakat seluruhnya; ~ tergempar mesyua­rat yg diadakan secara tergempar (utk me­nyelesaikan sesuatu); ~ tertutup sidang utk para ahli sahaja; ~ video perbincangan dsb yg menggunakan alat komunikasi yg memboleh­kan dua individu atau lebih dr tempat yg ber­lainan berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain; bersidang mengadakan sidang atau per­sidangan, bertemu utk berunding, berme­syuarat: pahlawan-pahlawan Melayu sedang ~ utk menyusun langkah menyerang musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ketua kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. berhenti (hujan dll), reda; 2. Kl berkurang (sakit dll), beransur pulih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = persidangan perjumpaan utk membincangkan sesuatu: Dewan Rakyat telah menangguhkan ~nya se­hingga hari esok. 2 seluruh yg ada (dlm sesuatu majlis dll); para: ~ pendengar sekalian yg mendengar. ~ jemaah sekalian yg berjemaah. ~ kemuncak sidang yg diadakan pd peringkat tertinggi (dihadiri oleh ketua-ketua negara dsb). ~ video perbincangan di kalangan sekumpulan orang di tempat yg berlainan, yg dilengkapi alat komunikasi yg membolehkan mereka berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain. bersidang bertemu utk berunding; mengadakan sidang: Usul itu telah dibawa ke majlis mesyuarat Raja-Raja Melayu yg ~ dlm tahun 1920. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sidang


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
conclaven private meeting, sidang sulit; sit in ~, bersidang secara sulit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
closed-dooradj (fig.) tertutup: a ~ meeting of the party leaders, sidang tertutup pemimpin-pemimpin parti itu; the ~ policy towards foreign investment, dasar tertutup thdp pelaburan asing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forthcomingadj 1. a. approaching in time, akan datang: the amendments to the bill will be tabled in the ~ parliamentary session, pindaan rang undang-undang itu akan dibahaskan dlm sidang parlimen yg akan datang; b. about to appear, akan terbit: a list of ~ books, senarai buku yg akan terbit; 2. ready, available when required, diberikan: the promised help was not ~, pertolongan yg dijanjikan tdk diberikan; the money will be ~ when the agreement is signed, wang akan diberikan setelah perjanjian ditandatangani;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breake. fail, gagal: organized resistance broke down as a result of the government’s firm action, tentangan secara terancang gagal akibat tindakan tegas kerajaan; the summit talks broke down, sidang kemuncak itu gagal; f. (suffer physical collapse) jatuh sakit; (suffer nervous illness) mengalami gangguan jiwa: after a few years working on the project, he broke down, setelah beberapa tahun mengusahakan projek itu, dia jatuh sakit; his health broke down under the strain, dia jatuh sakit akibat tekanan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interviewn 1. formal discussion (between applicant for a job, scholarship, etc and employer etc) temu duga: 60 applicants turned up for the ~, 60 pemohon datang utk menghadiri temu duga itu; 2. conversation between journalist and person whose views are sought, temu bual, temu ramah, wawancara; (in published form) wawancara; (press conference) sidang akhbar: The Vice-Chancellor said in an ~ that..., dlm temu bual itu, Naib Canselor berkata bahawa...; the President invited the press to an ~, Presiden tersebut menjemput para wartawan menghadiri sidang akhbar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gainn 1. profit, laba, keuntungan: love of ~, suka mencari keuntungan; to invest a lot of money in property with the hope of ~, melaburkan wang yg banyak dgn membeli harta utk mendapatkan keuntungan; 2. advantage, improvement, [various translations]: his loss is our ~, kerugiannya ialah keuntungan kita; the compromises reached and the ~s achieved at the summit, tolak ansur dan kemajuan yg dicapai di sidang kemuncak itu; the Labour Party’s ~s in the election surprised many people, pertambahan kerusi bagi Parti Buruh dlm pilihan raya itu memeranjatkan ramai orang; a ~ in confidence, bertambah yakin; 3. act of gaining, acquisition, pemerolehan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas