Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sing.gah] | سيڠݢه

Definisi : berhenti sebentar di suatu tempat (dlm perjalanan), mampir: barang di mana pasir yg baik, di sana ia ~ bermain sambil menjala dan memukat; singgah-menyinggah kerap benar singgah (dlm perjalanan): lekas-lekas kembali, jangan lengah di laut dan lagi jangan ~ di mana­-mana; menyinggahi 1. berhenti atau singgah di (dlm perjalanan): negara-negara Arab yg disinggahi oleh Tun itu adalah negara­negara yg penting dlm pergolakan politik di Timur Tengah; tiga buah pelabuhan telah disinggahinya; 2. (berhenti di suatu tempat utk) mengambil atau menjemput sesuatu: maka mudiklah ia lalu disinggahinya sam­pan Gusti itu; 3. mengambil semula sesuatu yg telah diamanahkan (disuruh baiki dll); menyinggahkan 1. menghentikan perjalan­an di sesuatu tempat, melabuhkan (kapal), mendaratkan (kapal terbang); 2. menurunkan atau meninggalkan sesuatu (ketika singgah dlm perjalanan); 3. menyilakan singgah (naik ke rumah dll); mempersinggah Mn mempersilakan singgah (mampir); persinggahan tempat singgah (berlabuh, berhenti, mendarat): Colombo telah menjadi tempat ~ yg penting bagi kapal laut dan juga kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.gah] | سيڠݢه

Definisi : berhenti sebentar di sesuatu tempat ketika dlm perjalanan: Saya ~ di pejabat pos kerana hendak membeli setem. menyinggahi berhenti atau singgah di (ketika dlm perjalanan): Setahun lamanya kapal itu belayar, me­ngelilingi dunia dan ~ pelabuhan besar dan kecil. menyinggahkan me­nghentikan (kapal) di: ~ kapal di pelabuhan. persinggahan tempat singgah; tempat berlabuh atau tempat mendarat: Bangkok merupakan ~ penting bagi kapal terbang yg hendak ke Timur atau ke Barat. penyinggahan perbuatan, hal dll singgah, menyinggahi atau me­nyinggahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singgah (kata kerja)
Bersinonim dengan berhenti sebentar, berlabuh, hinggap, mampir;,
Kata Terbitan : menyinggahkan, persinggahan,

Puisi
 

Singgah berlabuh di Tanjung Jati,
     Nakhodanya pakai si baju merah;
Berasa berkenan di dalam hati,
     Abang nak tegur takut dimarah.


Lihat selanjutnya...(108)
Peribahasa

Bala lalu dibawa singgah.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
call~ at, singgah di: the ship ~ed at several ports, kapal itu singgah di beberapa buah pelabuhan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
call~ in at, singgah di: to ~ in at a friend’s place on the way home, singgah di rumah kawan dlm perjalanan pulang; ~ st off, a. cancel st, membatalkan sst: to ~ off a meeting, membatalkan mesyuarat; b. break off st, memutuskan sst: to ~ off the engagement, memutuskan pertunangan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
call~ round (at), singgah (di);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lay 1 ~ over, (US) make a stop-over usu for a night, singgah (bermalam);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disinclinedadj (ber)keberatan: I am ~ to stop over in Tokyo, saya keberatan utk singgah di Tokyo; he is ~ for conversation, dia keberatan utk berbual.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breakTak habislah wang saya!; ~ a confidence, /memecahkan, membuka/ rahsia; ~ even, emerge without loss or gain, /pulang, dapat/ modal; ~ o’s fast, berbuka (puasa); ~ free, see ~ away (sense a.); ~ /jail, gaol/, /melepaskan diri, melarikan diri, lari/ dr penjara; ~ o’s journey, berhenti dlm perjalanan; (at a certain place) singgah di... dlm perjalanan: we broke our journey several times, kami berhenti beberapa kali dlm perjalanan; we broke our journey at several small towns, kami singgah di beberapa buah bandar kecil dlm perjalanan; ~ loose, see ~ away (sense a.);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come~ by, a. pass, lalu: he moved aside so that the workmen could ~ by, dia beranjak ke tepi supaya pekerja-pekerja itu dapat lalu; b. obtain by effort, chance, accident, mendapat, memperoleh; (job) mendapat; (bruise, wound, etc) boleh: how did you ~ by those gold coins?, bagaimana kamu memperoleh duit syiling emas itu?; a job is hard to ~ by these days, sekarang ini susah hendak mendapat kerja; I wonder how he came by that bruise on his forehead, saya hairan bagaimana dahinya boleh lebam; c. (esp US) singgah: he came by for a drink, dia singgah utk minum-minum;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fewadj 1. several, a. (foll by noun of measurement) beberapa: in the next ~ days, dlm beberapa hari lagi; a ~ dollars only, beberapa dolar sahaja; he walked for a ~ miles, dia berjalan beberapa batu; b. (foll by other nouns) beberapa + approp classifier: in a ~ well chosen words, dlm beberapa patah perkataan yg berkesan; a ~ friends called in at the house, beberapa orang kawan singgah di rumah; 2. not many, tdk banyak, sedikit saja; (of persons) tdk /banyak, ramai/, sedikit saja: he had ~ chances to enjoy himself, dia tdk mempunyai peluang yg banyak utk bersuka-suka; ~ books have been read by so many people, tdk banyak buku yg dibaca oleh orang seramai itu; ~ people live to be a hundred, tdk ramai orang yg dapat hidup sampai seratus tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas