Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.rong] | سوروڠ

Definisi : 1. = sorongan gerakan (bergeser) ke hadapan; kotak ~ (sorong-sorong, sorongan) laci meja; 2. tolak (ke hadapan), dorong: maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung menolak air dgn dayung, melais; air ~ buih air pasang turun; angin ~ buritan angin yg bertiup dr belakang perahu; kereta ~ kereta yg beroda dan ditolak dr belakang; 3. rasuah, sogok; kena ~ menerima rasuah; tahan jerat ~ kepala prb hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; menyorong, menyorongkan 1. menolak (menolakkan) ke hadapan, mendorong: ter­dengar kerusi disorong tarik; maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung me­nolak air dgn dayung, melais; 2. memberikan, mengunjukkan, menghulurkan: Wan Derus mengajak gurunya duduk sambil ~ tepak sirih; ~ tangan menghulurkan; 3. memberi rasuah, menyogok: segala saudagar itu ~, ada yg seratus, ada yg dua ratus; 4. meng­ajak, mempelawa, menganjurkan: ~ damai; 5. memberikan dgn paksa, memaksa-maksa­kan, menyodorkan; 6. bk menyetubuhi; 7. mulai (pasang atau surut): air telah mulai ~ pasang; tersorong 1. dapat disorong, terdorong, ter­tolak: maka disuruh baginda sorong, empat lima puluh orang tiada ~; 2. Mn terlanjur atau terlepas (kata dll); bajak sudah ~ ke bencah prb sudah tidak dapat ditarik kembali; tersorong-sorong tersua-sua, terdorong­-dorong, tersodor-sodor (diri dll); hidung tak mancung pipi ~ prb a) suka ikut campur dlm urusan orang lain; b) suka menonjol-nonjol­kan diri; sorongan 1. dorongan, tolakan: di satu se­lekoh, ia terpaksa melambatkan ~ basikal­nya; 2. yg disorong (disorongkan); 3. pem­berian, hadiah: pengemis itu menyambut ~ itu dgn penuh syukur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.rong] | سوروڠ

Definisi : ; menyorong 1 menolak dr belakang; mendorong: Ada yg menarik, ada yg ~, dan akhirnya dpt juga mereka menggeserkan batu yg besar itu ke tepi jalan. 2 memberi rasuah; menyogok: Perbuatan ~ pegawai-pegawai kerajaan hendaklah dihentikan. 3 tumbuh kembali atau bertambah panjang (bkn kuku, tunas pokok dsb). menyorongkan 1 menolak sesuatu dr belakang; men­dorongkan: Dia ~ begnya ke bawah katil. 2 memberikan sesuatu kpd; menghulurkan; mengunjukkan: Dia ~ sekotak rokok kpd kawannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sorong
Kata Terbitan : menyorong, menyorongkan, tersorong, tersorong-sorong, sorongan,

Puisi
 

Sorong dayung ditarik dayung,
     Tariklah papan sama rata;
Tuanlah pulang berkembang payung,
     Kami yang tinggal jahat rasanya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hidung tak mancung,
     pipi tersorong-sorong.

Bermaksud :

Suka ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
handcartn kereta /sorong, tolak, tarik/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
following~ wind, angin /(sorong) buritan, turutan/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drayn kereta sorong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
applecartn kereta sorong; upset /so’s, the/ ~, merosakkan rancangan (sso).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
barrown pushcart, kereta sorong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
baby carriagen kereta sorong (bayi).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cartn 1. vehicle pulled by a horse, cattle, etc, pedati; 2. small usu wooden vehicle pushed or pulled along by hand, kereta sorong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inchvt approp v + [sst] perlahan-lahan, sedikit demi sedikit: he ~ed the car into the narrow space, dia memandu kereta itu perlahan-lahan ke dlm ruang yg sempit; they ~ed the heavy trolley up the ramp, mereka menolak kereta sorong yg berat itu perlahan-lahan naik ke landas angkat; ~ o’s way, bergerak /perlahan-lahan, sedikit demi sedikit/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas