Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua.mi] | سوامي

Definisi : orang (lelaki) yg dikahwini seseorang perempuan, laki, lwn isteri: banyak lagi orang muda di kampung ini yg padan menjadi ~nya; ~ isteri laki bini; bersuami mempunyai suami, sudah ber­kahwin (perempuan): jikalau begitu sudah patutlah engkau ~; bersuamikan mempunyai seseorang sbg suami, berkahwin dgn (perempuan): anak jarahan itu tidak patut ~ tuan; dia yg ~ ahli perniagaan juga terpaksa berdepan dgn masalah keluarga; mempersuami menjadikan suami; mempersuamikan mengahwinkan (anak perempuan): sekarang ayahanda hendak ~ anakanda dgn orang ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua.mi] | سوامي

Definisi : lelaki yg menjadi teman hidup kpd seseorang wanita secara sah. bersuami sudah ada suaminya; sudah berkahwin (bkn perempuan): Engkau sudah besar panjang, memang patut engkau ~. bersuamikan berkahwin dgn (bkn wanita); menjadi isteri kpd: Anaknya yg sulung ~ seorang arkitek. mempersuami menjadikan sbg suami: Gadis itu tidak mahu ~ lelaki yg seusia dgnnya. mempersuamikan menjadikan bersuami; mengahwinkan (anak perempuan): Tidak lama lagi, beliau hendak ~ anak gadisnya yg bongsu pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suami (kata nama)
Bersinonim dengan laki, zaujun, teman hidup;,
Kata Terbitan : bersuami, bersuamikan, mempersuamikan,

Puisi
 

Penggal betik penggallah puan,
     Penggal keduduk dalam kerami;
Tinggal encik tinggallah puan,
     Tinggal duduk dengan suami.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Terlindung oleh sanggul.

Bermaksud :

Suami yang selalu menurut kata isterinya.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
conjugaladj (fml) suami isteri: ~ rights, hak-hak suami isteri; ~ happiness, kebahagian suami isteri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
husbandn suami: a ~ - and - wife team, pasangan suami isteri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grass widowern suami yg selalu ditinggal-tinggalkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eligible~ bachelor, calon suami idaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
couplen pair, pasangan: married ~s, pasangan suami isteri; only ten ~s were dancing, hanya sepuluh pasangan sahaja yg menari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bereavedadj kematian + approp n: the ~ husband, suami yg kematian isteri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intendedn (colloq & old use) bakal /isteri, suami/ sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
henpeckedadj (colloq) takut bini: a ~ husband, suami yg takut bini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faithlessadj 1. unfaithful, tdk setia, curang: a ~ husband, suami yg tdk setia; 2. not true to allegiance, tdk setia: a ~ and fickle public, orang ramai yg tdk setia dan mudah mengubah fikiran; 3. untrustworthy, tdk boleh dipercayai: ~ allies, sekutu-sekutu yg tdk boleh dipercayai; 4. without religious faith, tanpa agama: ~ age, zaman tanpa agama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
good-for-nothingadj tdk berguna: where’s that ~ husband of yours?, di mana suami kamu yg tdk berguna itu?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas