Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[suap] | سواڤ

Definisi : 1. sebanyak yg dijemput dan dimasukkan ke mulut (nasi dll): boleh kita kendurikan anak kita barang se~ nasi dan seteguk air; 2. = wang ~ wang sogok, rasuah; makan ~ menerima rasuah; bersuap makan dgn tangan; bersuap-suapan saling memberi makan dgn tangan, bertukar suap (pengantin yg sedang bersanding dll): setelah sudah ~, maka ia pun memimpin tangan isterinya; menyuap 1. makan dgn tangan (tidak dgn sepit atau dgn sudu dll); 2. = menyuapi memasukkan makanan ke dlm mulut orang, memberi makan dgn tangan: ia terus ~ anaknya; 3. = menyuapi memberi wang suap kpd, memberi rasuah, menyogok: mana­-mana yg boleh diugut telah diugut, dan mana-mana yg boleh disuap telah juga disuap; menyuapkan memasukkan (makanan dll) ke dlm mulut seseorang: ia ~ pulut kacau ke dlm mulut anaknya; mempersuapkan sl menyuruh atau me­minta bersuap-suapan (pengantin yg sedang bersanding): pengantin itu dibawa naik ke dlm istana dipersandingkan dan dipersuap­suapkan makan nasi kunyit; suapan 1. apa-apa yg disuapkan: tiap-tiap ~ itu harus dipaksa-paksa utk ditelan; 2. wang rasuah, sogokan; 3. (Kej) bahan yg dima­sukkan ke dlm sesuatu peralatan unit operasi utk diproses bagi mendapatkan hasil; penyuapan perbuatan menyuap(i) atau menyuapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[suap] | سواڤ

Definisi : 1 banyaknya nasi dll yg dijemput atau yg diambil dgn sudu dsb dan dimasukkan ke dlm mulut ketika makan: Ketika makan, jangan terlalu besar ~mu. 2 = wang ~ wang yg diterima drpd seseorang kerana membenarkan orang itu melakukan sesuatu yg salah di sisi undang-undang; wang rasuah. bersuap makan dgn bantuan orang lain (orang lain yg memasukkan makanan ke mulutnya): Kerana ter­lalu uzur, makannya pun terpaksa ~. bersuap-suapan saling memberi makan dgn tangan, sudu dsb; bertukar-tukar suap (spt dlm istiadat bersanding). menyuap 1 menggerakkan tangan ke mulut utk memasukkan makanan dsb: Dia ~ anak bongsunya makan. 2 memberi rasuah; menyogok. menyuapi me­nyuap berkali-kali. menyuapkan memasukkan sesuatu (makanan dsb) ke dlm mulut: Dia ~ nasi lembik ke mulut anaknya. suapan 1 apa-apa yg disuapkan. 2 wang suap. penyuapan perbuatan, hal dsb menyuap, menyuapi atau menyuapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suap
Kata Terbitan : menyuap,

Puisi
 

Si Sanjai nama Rang Kuok,
     Pandai benar lintang;
Tagajai nasi emak suap,
     Terkenang janji nanti petang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hush moneyn (sl) duit kopi, wang /sogok, suap/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incorruptibleadj 1. incapable of being bribed, tdk /makan suap, dapat disuap/, amanah; 2. indestructible, tdk akan rosak: diamonds are ~, berlian tdk akan akan rosak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incorruptibilityn 1. quality of being free from bribe, tdk /makan suap, dapat disuap/, sifat amanah; 2. indestructibility, tdk akan rosak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sweetener n 1. st that sweetens, (bahan) pemanis; 2. (colloq) bribe, wang suap, pelincir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
feedbackn 1. (return of ) information about product etc , maklum balas; 2. (electr) suap balik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mouthfuln 1. as much of st that can fill the mouth at one time, a. (of food) suap: he took a ~ of rice, dia mengambil sesuap nasi; b. (of drink) teguk: “just another ~,” said the mother to her little boy,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
corruptadj 1. morally depraved, tdk berakhlak; 2. given to bribery, korup; (of person) korup, menerima /rasuah, sogokan/, makan suap: ~ officials, pegawai-pegawai yg menerima rasuah; a ~ administration, pentadbiran yg korup; ~ practices, amalan-amalan rasuah; 3. adulterated, tdk asli: Afrikaans is a ~ form of Dutch, bahasa Afrikaans adalah bahasa Belanda yg tdk asli; a ~ text, teks tdk asli; 4. rotten, busuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backhandern 1. backhand stroke, pukulan kilas; 2. backhanded blow, tamparan dgn belakang tangan; give so. a ~, menampar sso dgn belakang tangan; 3. (sl) bribe, tumbuk rusuk, /duit, wang/ /kopi, suap, sogok/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas