Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.jud] | سوجود

Definisi : Ar 1. berlutut sambil meletakkan dahi ke lantai dlm sembahyang dll: perbuatan rukuk dan ~ itu merupakan penghormatan drpd seorang hamba kpd Allah; 2. = sembah ~ memberi hormat dgn bertelut sambil me­nundukkan kepala ke tanah (kpd raja, orang yg ditakuti, dll): ia ~ pd kaki baginda dgn takutnya; 3. ki menghormati akan, patuh kpd: habis, dia tak ~ pd agama Islam sebelum mati? ~ sahwi sujud sebanyak dua kali yg sunat dilakukan selepas tahiyat akhir sebelum salam kerana terlupa melakukan perbuatan spt mem­baca doa qunut, tahiyat awal dan ragu tentang bilangan rakaat; bersujud melakukan sujud: ingin ia cepat­-cepat ~ menyembah di hadapannya; tersujud duduk membongkok spt bersujud. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.jud] | سوجود

Definisi : 1 berlutut serta mencecahkan dahi ke lantai (spt ketika orang ber­sembahyang). 2 = sembah ~ memberi hormat kpd raja dll dgn bertelut serta menundukkan kepala ke tanah: Walaupun engkau ~ kpdku, aku tidak akan memaafkan kesalahanmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sujud


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
kowtow , kotowvi 1. menyembah sujud: he ~ed to the Emperor, dia menyembah sujud kpd Maharaja itu; 2. (fig.) tunduk: he refused to ~ to the Minister, dia tdk mahu tunduk kpd Menteri itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kowtow , kotown sembah sujud;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas