Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ling] | سوليڠ

Definisi : 1. sj serunai, bangsi, salung, seruling: memetik kecapi dan meniup ~ pd waktu malam; 2. = ~ kapal (kereta api) peluit (wisel) utk memberi semboyan (pd kapal, kereta api); meniup ~ berbunyi bangsi, maka bangsi itu patah-patah prb lain yg dihajati, lain yg diperoleh; menyuling meniup suling: Panji ~ Sri menari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ling] | سوليڠ

Definisi : 1. = sulingan cairan yg diperoleh drpd wap (sesuatu yg direbus, dikukus, dll); air ~ = air sulingan air drpd wap air yg disejukkan; 2. Br alat drpd tanah liat utk mendapatkan suling; menyuling mengewapkan sesuatu (minyak dll) dan kemudian menyejukkannya hingga menjadi cairan, membuat wap jadi cairan: di negeri Arab, air minum disuling drpd air laut; sulingan cairan yg diperoleh dgn cara menyu­ling, suling; penyulingan perbuatan menyuling; ~ berperingkat (Kim) penyulingan utk meng­asingkan campuran cecair yg mempunyai pelbagai takat didih yg berbeza (dgn meng­gunakan turus pemeringkatan); ~ stim (Kim) penyulingan yg dilaksanakan dgn melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap utk meng­asingkannya drpd bahan yg tidak meruap; penyuling alat utk menyuling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ling] | سوليڠ

Definisi : Mn kepala ke bawah dan kaki (buntut dll) ke atas, jungkir, tunggang; ~-daling = ~­paling tunggang-langgang, tunggang-balik; menyulingkan meletakkan kepala ke ba­wah dan kaki ke atas, membalikkan, men­jungkirkan, menunggangkan; tersuling terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), tertunggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ling] | سوليڠ

Definisi : 1 sj alat bunyi-bunyian yg ditiup; seruling; serunai. 2 peluit pd kapal (kereta api dll). menyuling meniup suling. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[su.ling] | سوليڠ

Definisi : , = sulingan benda cair atau cairan yg dihasilkan drpd wap sesuatu benda yg disejukkan: air ~ air yg dihasilkan drpd wap yg disejukkan. menyuling menukar cecair menjadi wap dgn cara memanaskannya dan kemudian menyejukkannya men­jadi cairan semula (digunakan utk memisahkan campuran cecair yg berlainan takat suhu didihnya dll). penyulingan proses atau perbuatan menyuling. ~ berperingkat ist penyu­lingan utk mengasingkan campuran cecair yg mempunyai takat didih yg berbeza dgn menggunakan radas yg khusus (ini ialah kaedah asas dlm penghasilan petroleum drpd minyak tanah). ~ stim ist penyulingan utk mengasingkan campuran pepejal atau cecair mudah meruap drpd bahan yg tidak meruap, dgn cara melalukan stim menerusi campuran tsb (biasanya digunakan dlm pembuatan minyak wangi). penyuling alat yg digunakan utk menyuling. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suling


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
distilledadj suling: ~ water, air suling.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fluten 1. (musical instrument), (Western type) flut; (indigenous) seruling, serunai, suling, bangsi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas