Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.nyi] | سوڽي

Definisi : 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa; 4. Ph rindu (akan); bersunyi, bersunyi-sunyi menjauhkan diri drpd orang ramai, mengasingkan diri, me­nyendiri: sengaja mereka pilih itu kerana mereka hendak ~-sunyi dan boleh berlama­lama di situ; menyunyi ark menjadi sunyi (senyap, sepi); kesunyian 1. perihal sunyi, keheningan, ke­lengangan, kesenyapan, kesepian: bunyi air yg mencurah dr cucuran atap menimpa daun­-daun kering kedengaran membelah ~ malam; 2. berasa sunyi (kerana keseorangan dll): segala yg berlaku di sekelilingnya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya, ia ~, ia keseorangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.nyi] | سوڽي

Definisi : 1 tidak kedengaran sebarang bunyi; senyap: ~ rumah ini, ke mana perginya anak-anak kamu?. ~ senyap sunyi sekali. 2 tidak ada orang; tidak banyak orang; lengang; kosong (bkn rumah): Dahulu, bandar itu sangat maju dan banyak orangnya, tetapi sekarang menjadi mundur dan ~. 3 lepas atau bebas drpd sebarang kejahatan dll: Manusia tiada ~ drpd membuat kesalahan. bersunyi, bersunyi-sunyi pergi menjauhkan diri dr orang ramai; mengasingkan diri: Pd hari-hari kelepasan am, saya lebih suka ~ di rumah drpd menghadiri sebarang majlis keramaian. kesunyian 1 keadaan sunyi; kesepian; kelengangan. 2 berasa sunyi kerana tinggal seorang diri: Apabila ~, saya pergi menonton wayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sunyi (adjektif)
1. Bersinonim dengan senyap: hening

2. Bersinonim dengan tidak berorang
( kosong, lengang, sepi, )
Berantonim dengan bising

3. Bersinonim dengan bebas: jauh, lepas,

Kata Terbitan : bersunyi, bersunyi-sunyi, kesunyian,

Puisi
 

Ayam kecil terlalak-lalak,
     Ayam biring kuning kakinya;
Abang pergi tergelak-gelak,
     Adik tinggal sunyi hatinya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Semut gatal nak gonggong gunung,
     bagaimana dunia takkan sunyi.

Bermaksud :

Sesuatu yang mustahil dilakukan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
desertedadj 1. abandoned, ditinggalkan: a ~ hut, pondok yg ditinggalkan; 2. empty, sunyi, kosong, lengang: the city is ~ during the festive season, bandar raya itu sunyi pd musim perayaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intensifyvt enhance, menyebabkan [n] bertambah + approp adj; (effort) memperhebat: the bleakness of his surroundings intensified his sense of loneliness, kesuraman keadaan sekelilingnya menyebabkan dia bertambah sunyi; the police intensified their efforts to find the killer, polis memperhebat usaha mereka utk mencari pembunuh itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
consternationn kebingungan, bingung: he was filled with ~ when the car suddenly stopped in the middle of the deserted road, dia menjadi bingung apabila keretanya tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan yg sunyi itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
airlessadj 1. stuffy, tak berangin, berkuap: an ~ room, bilik yg berkuap; 2. still, breezeless, hening: the evening was quiet and ~, malam itu sunyi dan hening.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frightfuladj 1. (terrifying) dahsyat; (horrifying) ngeri, mengerikan: we had this ~ experience of being stranded on a deserted road in the middle of the night, kami menempuh pengalaman yg dahsyat terkandas di jalan sunyi pd tengah malam; a ~ accident, kemalangan yg mengerikan; 2. (colloq) a. unpleasant, dahsyat, teruk: a ~ journey, perjalanan yg dahsyat; ~ weather, cuaca yg dahsyat; b. very great, betul-betul: he’s a ~ liar, dia betul-betul pembohong; in a ~ hurry, betul-betul tergesa-gesa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inspirationn 1. influence arousing creative activity, ilham, inspirasi: Wordsworth drew his ~ from nature, Wordsworth mendapat ilham drpd alam semula jadi; he found ~ in the peace and quiet about him, dia mendapat ilham drpd alam sekelilingnya yg sunyi dan tenang; 2. source that inspires, sumber /ilham, inspirasi/: his father was his ~, bapanyalah sumber ilhamnya; 3. inspired thought, idea, ilham, inspirasi: watching the ducks in the pond, he had a sudden ~, semasa merenung itik-itik di kolam itu, tiba-tiba dia mendapat ilham; 4. process of breathing in air, inspirasi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
errvi (old-fashioned & fml) make a mistake, membuat kesilapan; ~ on the side of (caution, mercy, etc), bersikap terlalu /berhati-hati, belas ihsan, dll/; ~ on the side of justice, terlalu memihak kpd keadilan; to ~ is human, manusia tdk sunyi drpd kesilapan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deathlyadj 1. (of person’s face ) pucat spt mayat; 2. (of paleness, pallor) spt mayat: his face began to change to a ~ paleness, mukanya mula berubah menjadi pucat spt mayat; 3. (of silence) sunyi; 4. (of stillness) sesepi-sepinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
impenetrable4. not to be broken through, [various translations]: an air of ~ gloom, suasana murung yg sukar dihilangkan; his friends could not break through his ~ reserve, awan-kawannya tdk dapat menembusi sifat pendiamnya; in the ~ silence, dlm keadaan yg sunyi sepi; 5. unreceptive, sukar menerima: a mind that is ~ to new ideas, fikiran yg sukar menerima gagasan-gagasan baru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
isolatedadj 1. remote, set apart from others, terpencil: an ~ farmhouse, rumah ladang yg terpencil; she chose to lead an ~ life, away from the bustle of the city, dia memilih utk hidup terpencil, jauh dr kesibukan kota; 2. alone, lonely, sepi, sunyi, terasing, terpencil: as I shared neither their interests nor inclinations, I began to feel more and more ~, oleh sebab saya tdk mempunyai minat dan kecenderungan yg sama spt mereka, saya berasa semakin terasing; 3. occasional, terpencil: he quoted ~ cases of violence and cautioned the reader not to make any generalizations, dia memberikan beberapa contoh kes keganasan yg terpencil dan mengingatkan pembaca supaya tdk membuat anggapan umum.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas