Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sah] | سوسه

Definisi : 1. perasaan tidak puas hati (kerana sukar, sulit, dll), perasaan tidak senang: pekerjaan makan gaji itu memang ~ pd mulanya, tetapi kalau sudah biasa kelak menjadi senang; 2. tidak mudah (mendapat, mencari, dll sesuatu), sukar, sulit: masa itu memang ~ hendak membeli kain baju, kalau adapun harganya mahal-mahal; 3. = ~ hati tidak senang hati, sedih hati, dukacita: jangan ~, nanti ia akan kembali lagi; 4. serba kekurangan, miskin, papa: ~ dan senang kehidupan kaum ke­luarga, tidaklah menjadi penghalang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. kesukaran, kesulitan: adalah suatu ~ kepadaku sebab tidak tahu bahasa Hindustan itu; bersusah 1. = ~ payah = bersusah-susah melakukan sesuatu dgn susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu): Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar mem­beritahu dunia luar bahawa dunia Arab ber­satu dlm hal itu; 2. = ~ hati berasa susah hati, berdukacita: dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi; menyusahi menjadikan (mendatangkan) su­sah, mengganggui: tak usah disusahi aku, bukannya apa-apa, aku cuma pening sahaja sedikit; menyusahkan 1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan yg kompleks; 2. men­jadikan susah (sedih, risau, dll), mendukacita­kan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg disusahkan; mempersusah menjadikan lebih susah: jangan dibiarkan hati tersandung duka, jangan fikiran dipersusah; kesusahan 1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan: separuh drpd ~ yg dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan; 2. menanggung susah, kepayahan: janganlah kamu biarkan pd masa ia dlm ~ atau keuzuran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sah] | سوسه

Definisi : 1 rasa tidak puas hati kerana mengalami kesulitan dll; rasa tidak senang: Jika anakanda ~ tinggal di bandar, pulanglah ke kampung. ~ hati tidak senang hati; sedih; dukacita. 2 tidak mudah melakukannya (mendapatkan­nya; men­­carinya dll); sukar; sulit: Latihan yg dijalani itu amat ~ dan berat. ~ payah berbagai-bagai kesulitan atau kesukaran. 3 serba kekurangan; mis­kin; papa: Kita hendaklah menolong orang-orang yg ~. bersusah melakukan sesuatu dgn susah payah; berpenat lelah mengerjakan sesuatu: Tak usahlah kamu ~ menolong kami. ~ hati berasa susah hati; berdukacita. menyusahkan 1 menyebabkan menjadi susah; me­nyukarkan; menyulitkan: Aku lebih suka hidup sendiri kerana aku tidak mahu ~ kedua-dua ibu bapaku lagi. 2 menyebabkan berasa susah hati; mendukacitakan; menyedihkan: Jika ada sesuatu yg ~ adinda, ceritakanlah kpd kakanda. kesusahan 1 keadaan susah; sesuatu yg susah; kesukaran; kesulitan: Sesiapa yg mengembara ke sana akan mengalami berbagai-bagai ~ dan bahaya. 2 menanggung atau menderita susah: Dlm musim kemarau yg berpanjangan, ramai yg ~ dlm mengharung hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Puisi
 

Tetaklah nipah bersusun nipah,
     Buluh muda pancung sekali;
Duduklah susah berdiri susah,
     Badanku muda langsung sekali.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Hendaklah seperti tembikar,
     pecah satu pecah semuanya.

Bermaksud :

Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
difficultadj 1. not easy, hard, sukar, susah, payah; (of problem, question) susah, sukar, rumit: they found it ~ to maintain their position, mereka mendapati sukar utk mengekalkan kedudukan mereka; 2. full of hardship, susah, rumit: a ~ life, kehidupan yg susah; 3. (of person) hard to deal with, cerewet; (foll by infin) susah, sukar: a ~ customer, pelanggan yg cerewet; shop assistants found her ~ to please, pembantu kedai mendapati susah utk melayannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fixget into a ~, menjadi susah: how did you get into such a ~?, bagaimanakah kamu boleh menjadi susah begitu?; get os into a ~, menyusahkan diri sendiri; /get so. into, put so. in / a ~, membuat sso menjadi susah; /get, take /a ~, (naut) menentukan kedudukan: I’m trying to get a radio ~, saya mencuba menentukan kedudukan melalui radio;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bugger2. (colloq) st that causes problems or difficulties, susah (betul): this gear box is a ~ to dismantle, susah betul hendak membuka kotak gear ini; you can’t get a job without experience, and you can’t get the experience without a job. It’s a ~, kita tak dapat kerja kalau tak ada pengalaman, dan tak dapat pengalaman kalau tak ada kerja. Susah betul; 3. (taboo) person who commits sodomy, orang yg melakukan liwat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clamber~ up, memanjat [n] dgn susah; he ~ed up the slippery slope, dia memanjat cerun yg licin itu dgn susah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
holebe in a ~, (sl) susah: we were in a real ~ when he decided to quit the game, kami sangat susah apabila dia membuat keputusan utk meninggalkan permainan itu; make a ~ in o’s /pocket, savings/, (colloq) menghabiskan /wang, wang simpanan/ sso; pick ~s in, mencari /kesalahan, kesilapan/ dlm; (theory, argument) mencari kelemahan dlm: he’s always picking ~s in my work, dia sentiasa mencari kesalahan dlm kerja saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clambervi climb with difficulty, memanjat [sst] dgn susah: the thief ~ed over the garden wall, pencuri itu memanjat tembok taman dgn susah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hard6. difficult, sukar, susah: these sums are too ~ for primary school pupils, kira-kira ini terlalu sukar utk murid-murid sekolah rendah; it’s ~ for us to imagine such poverty, sukar bagi kita utk membayangkan kemiskinan spt itu; a ~ life, kehidupan yg susah; ~ times, masa susah; 7. (of voice) keras; 8. (of colour) garang; 9. (of ray) keras: ~ cosmic ray, sinar kosmos keras; 10. (rel to weather) teruk: a ~ winter, musim sejuk yg teruk; 11. high in alcoholic content, keras: ~ liquor, arak yg keras; 12. (of water, soap) liat; 13. indisputable, tdk boleh disangkal: ~ facts, fakta yg tdk boleh disangkal; 14. (of currency, money) utama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bring~ /on, upon/; ~ /the trouble, it/ /on, upon/ os, menyebabkan diri sso /susah, menghadapi kesusahan/: you’ve brought it on yourself, kamulah yg menyebabkan diri kamu susah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heavevt 1. lift with effort, mengangkat (dgn susah payah): the two men ~d the sacks onto the lorry, kedua-dua lelaki itu mengangkat guni-guni ke atas lori; ~ os, bangun dgn susah payah; 2. pull with effort, menarik dgn kuat; 3. (colloq) throw, menghumbankan: they ~d the body overboard, mereka menghumbankan mayat itu ke luar kapal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hasslen (colloq) 1. heated argument, pertengkaran; 2. difficulty, struggle, kesusahan; be a ~, susah: it’s a real ~ getting to work by bus, susah betul pergi kerja naik bas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas