Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sur] | سوسور

Definisi : tepi, pinggir; ~ bantal tepi bantal pd lintangnya; ~ daratan = ~ pantai bahagian tepi pantai atau dataran; ~ kota tembok kota yg di luar sekali; ~ tangan tempat berpegang pd titian dll, selusur; ~ tangga tempat berpegang pd tangga, langkan; menyusur 1. berjalan (belayar dll) mengikut tepi, berjalan (belayar) sepanjang tepi: mereka belayar dgn perahu ~ pantai Pahang; 2. lalu sepanjang (jalan dll), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dll): ia ~ jalan kampung menuju rumah Dewi; kajian seterusnya akan ~ arah­arah yg berbeza; menyusuri 1. menyusur: mereka berjalan lambat-lambat ~ pantai; mereka berjalan ~ kaki lima; 2. ki mengikuti, meneliti: saya susuri ceramah beliau dgn hati-hati; susuran; ~ tangga susur tangga; penyusur; kapal ~ kapal yg menyusur pantai (singgah di pelabuhan kecil sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sur] | سوسور

Definisi : Jw sugi tembakau, songel, sentil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sur] | سوسور

Definisi : ark; penyusur; ~ bayar pembayaran hutang secara beransur-ansur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sur] | سوسور

Definisi : bahagian tepi atau bahagian pinggir sebelah luar. ~ bantal bahagian tepi bantal pd lintangnya. ~-galur susunan keturunan; salasilah. ~ pantai tepi pantai. ~ tangan tempat berpegang pd tangga (titian dll); selusur. menyu­sur 1 berjalan atau bergerak mengikut tepi sesuatu; berjalan sepanjang tepi: Dr Pekan, mereka telah belayar ~ pantai hingga ke Kuala Terengganu. 2 lalu di sepanjang jalan dll: Sambil ~ di kaki lima itu, Leman memperhatikan barang-barang yg dipamerkan di dlm kedai. 3 ki menyelidik atau meneliti asal usul sesuatu: Kemakmuran ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dpt disusur kembali drpd perkembangan perusahaan getah dan bijih timah. menyusuri menyusur di: Mereka menikmati udara petang dgn berjalan ~ pantai yg indah itu. Dia begitu hati-hati semasa berjalan ~ kaki lima yg sibuk itu. penyusur yg menyusur: kapal ~ pantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susur (kata kerja)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, sembir;,
Kata Terbitan : menyusur, menyusuri,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
genealogyn 1. study of the history of families, geneaologi, kajian /salasilah, susur-galur/; 2. the history of members of particular family, salasilah, susur-galur; 3. chart representing this, rajah /salasilah, susur-galur/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
genealogistn (student of geneaology) pengkaji /geneaologi, salasilah, susur-galur/; (expert in geneaology) pakar /geneaologi, salasilah, susur-galur/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
handrailn susur tangan, selusur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
genealogicaladj geneaologi, salasilah, susur-galur: ~ records, rekod-rekod salasilah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
antiquityn 1. ancientness, kepurbaan; (of family) telah wujud berzaman-zaman; of great ~, purba(kala); (of family) yg berzaman-zaman susur galurnya: a coin of great ~, duit syiling purba; a family of great ~, keluarga yg berzaman-zaman susur galurnya; 2. ancient times, zaman purba(kala): many of our customs spring from ~, kebanyakan adat resam kita berasal dr zaman purba; 3. people of ancient times, orang zaman purba(kala); 4. (in pl) building, works of art, etc of ancient times, bangunan dan barang-barang purba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
banistern 1. (usu in pl) baluster, jerjak, kisi-kisi, kekisi, jeriji, jeruji; 2. (in pl) balustrade, pelepar, /selusur, susur/ tangga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hold 1 ~ on to, a. grasp tightly, /berpegang kuat-kuat, berpaut/ pd: she held on to the ship’s railing tightly, dia berpaut dgn kuat pd susur kapal itu; b. restrain, menahan: he managed to ~ on to his temper, dia dapat menahan kemarahannya; c. keep in o’s possession, tdk menjual: he is ~ing on to those shares as the value is increasing, dia tdk menjual syernya krn nilainya sedang meningkat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curbn 1. chain or strap attached to horse’s bit, kekang(an), kendali; 2. check, restraint, kawalan, mengawal; (on feelings, appetites) kekangan, kawalan: a ~ on foreign imports, kawalan ke atas import asing; these laws act as a ~ on corruption, undang-undang ini merupakan kekangan thdp rasuah; /put, keep/ a ~ on, mengekang, mengawal: he kept a ~ on his temper, dia mengekang kemarahannya; 3. (US) kerb, susur jalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
get~ off to sleep, tidur: the children got off to sleep early last night, anak-anak kita tidur awal malam tadi; ~ off st, a. alight from st, turun dr sst: they got off the train together, mereka turun dr kereta api bersama-sama; b. not walk, sit, drive, sail, etc on st, [various translations]: they were told to ~ off the grass, mereka diberitahu supaya jangan memijak rumput; we’d better ~ off the highway and take the road to Kajang, baik kita keluar dr lebuh raya dan mengambil jalan susur ke Kajang; ~ so. off,Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas