Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sut] | سوسوت

Definisi : 1. semakin kurang, berkurang (banyak, nilai, dll sesuatu): harga jentera ini ~ tiap-­tiap tahun sebanyak 10 peratus; 2. menjadi lebih pendek (kecil dll), mengecut (kain dll), mengerut: kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh; 3. turun paras permukaannya (air dll), surut: berapa ~nya paras muka air itu apakala dikeluarkan pelampung dr baldi itu? 4. menjadi kurus (badan dll): anak yg begitu subur badannya sekarang mulai ~; agung ~, pongah masih prb orang berbangsa yg telah turun darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga; menyusut menjadi susut, berkurang; menyusuti menjadikan berkurang, mengu­rangi: sejak bercerai dgn Poniem, belum ada tambahan dan kemajuan yg nyata, melain­kan ~ yg telah ada; menyusutkan menjadikan susut, menge­cilkan, mengurangkan: jatuhnya harga getah telah ~ pendapatan orang kampung; susutan (Eko) kemerosotan nilai barang (yg dipergunakan dlm perusahaan atau pernia­gaan); kesusutan perihal susut, kekurangan, ke­merosotan; penyusutan perihal menyusutkan (mengu­rangkan, mengecilkan), pengecilan, pengu­rangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sut] | سوسوت

Definisi : Kl; menyusut menyembunyikan, menyorokkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sut] | سوسوت

Definisi : 1 semakin berkurang jumlahnya (nilainya dsb): Nilai barang-barang ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak sepuluh peratus. 2 semakin pendek atau semakin kecil; mengecut: Kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh. 3 turun parasnya atau turun permukaannya (bkn air); surut: Paras air di jambatan Jertih masih belum ~ lagi. 4 lebih kurus drpd biasa: Mengapa badan engkau ~ sekarang? menyusut menjadi susut; berkurang. menyusutkan menjadikan susut; mengurangkan. penyusutan hal (perbuatan dsb) menyusut atau menyusutkan; pengurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berkurangan: menurun, merosot, susut, usak,

2. Bersinonim dengan mengecil: mengecut, mengerut, kempis, seruh, menyentap, centet,
Berantonim dengan mengembang

3. Dalam konteks paras air
bersinonim dengan surut
Berantonim dengan pasang

Kata Terbitan : menyusut, menyusuti, kesusutan,

Puisi
 

Kalau tuan menggulai belut,
     Menggulai mari dengan pengatan;
Kalau hati sudah susut,
     Tanah di Benut kutinggalkan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mengekor mencit.

Bermaksud :

Modal yang makin susut.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
depreciationn 1. lowering of value, susut nilai: ~ of stocks, susut nilai stok; 2. allowance made for wear and tear, susut nilai: provision for ~ has affected profit, peruntukan bagi susut nilai telah menjejaskan keuntungan; 3. disparagement, memperkecil-kecil: remarks made in ~ of o’s rival, kata-kata yg memperkecil-kecil pihak lawan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
depreciatevi susut nilai: the car will ~ after a year’s use, kereta itu akan susut nilai setelah dipakai selama setahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
depreciatingadj 1. declining in value, susut nilai: a ~ currency, mata wang yg susut nilai; 2. disparaging, memperkecil-kecil: the ~ manner in which he speaks of others, gaya cakapnya yg memperkecil-kecil orang lain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drain~ st of, a. (wealth, resources, manpower, etc), (act.) menyusutkan sst; (pass.) sst menjadi susut: a country ~ed of its wealth by years of civil war, negeri yg kekayaannya menjadi susut akibat peperangan saudara yg berlarutan bertahun-tahun; b. (particular group of people), (act.) menyebabkan sst kehilangan; (pass.) sst kehilangan: the country has been ~ed of its best brains, negara itu telah kehilangan cerdik pandainya; be ~ed of / blood, colour/, (of face) menjadi pucat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
depopulatevt (act.), /menyusutkan, mengurangkan/ (bilangan) penduduk; (pass.), (bilangan) penduduk menjadi /susut, berkurang/: plague ~d the cities, wabak penyakit menyusutkan bilangan penduduk kota-kota itu; the town was quickly ~d after the closure of the mine, selepas penutupan lombong, bilangan penduduk di bandar itu menjadi susut dgn cepat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
decrescentadj (of moon ) susut, tua.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dwindlevi 1. diminish, semakin /berkurangan, susut/; (of hopes) semakin /pudar, tipis/: the population is dwindling, bilangan penduduk semakin berkurangan; his fortune ~d, kekayaannya semakin berkurangan; 2. decline, semakin merosot: the port ~d in importance, kepentingan pelabuhan itu semakin merosot; 3. shrink, mengecil; (as st recedes from view) kelihatan semakin kecil: the star ~d to a speck in the sky, bintang itu kelihatan semakin kecil di langit; 4. (of race, species, etc) semakin pupus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drain4. dry (land etc) mengeringkan: a system of canals to ~ the marshes, sistem tali air utk mengeringkan paya itu; 5. (of river) menyalirkan air di: the river ~s the whole area, sungai itu menyalirkan air di seluruh kawasan itu; 6. drink up, menghabiskan: he ~ed the glass, dia menghabiskan minumannya; 7. exhaust, consume, (act.) menyusutkan; (pass.) menjadi susut: the country’s resources were ~ed by years of war, sumber kekayaan negara itu menjadi susut akibat peperangan yg berlarutan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accumulatedadj 1. (gen) terkumpul: the ~ grime of years, kotoran yg terkumpul bertahun-tahun; the heat ~ in the body, haba yg terkumpul di dlm tubuh; 2. (of wealth, fortune, etc) terkumpul, terhimpun: ~ riches, kekayaan yg terkumpul; the ~ spoils of the Huns, hasil jarahan orang Hun yg terkumpul; 3. (of knowledge, experience) terkumpul; 4. (econ) terkumpul: ~ depreciation, susut nilai terkumpul; ~ dividend, dividen terkumpul; ~ fund, dana terkumpul.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas