Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya/]/[syak] | شک

Definisi : rasa kurang percaya (kurang yakin), curiga, sangsi, waswas, dsb; menaruh ~ tidak mempercayai, mencurigai; tidak ~ lagi yakin benar, tentu; ~ hati kurang percaya, curiga; ~ sangka = ~ wasangka rasa tidak percaya, sangsi; ~ walang susah hati, khuatir; ~ fasik, yakin soleh, batu jadi juadah prb jangan banyak sangka, bekerja dgn yakin kerana dgn keyakinan sahaja maksud akan tercapai; mengesyaki 1. menaruh syak pd, berasa sangsi pd, mencurigai: ia mula ~ Marina; Hilmi ~ sesuatu yg buruk sedang berlaku; 2. menyangka, menduga: Kamal disyaki lari mengikut Komunis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya/]/[syak] | شک

Definisi : perasaan kurang percaya; waswas; curiga: tidak ~ lagi yakin benar; percaya benar. mengesyaki 1 menaruh syak terhadap; berasa sangsi ttg: Jangan saudara mudah ~ sesuatu. 2 menyangka; menduga: Saya tidak ~ kamu yg melakukannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syak
Rujuk :curiga

Peribahasa

Bagaimana hari takkan hujan,
     katak betung dalam telaga berteriak selalu.

Bermaksud :

Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
discreetadj 1. prudent, cautious, tdk menimbulkan syak, berhati-hati; (of person) bijaksana: ~ enquiries, pertanyaan yg berhati-hati; a ~ secretary, setiausaha yg bijaksana; 2. not too obvious, tdk menonjol: ~ elegance, keanggunan yg tdk menonjol.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arousaln act of exciting, stirring up, a. (gen) berbangkit, timbul: the ~ of suspicion due to his strange behaviour, rasa syak wasangka yg berbangkit krn tingkah lakunya yg ganjil; b. (sexually) kebangkitan: sexual ~, kebangkitan nafsu berahi; c. (of spirit, sentiment, etc) kebangkitan: the ~ of nationalist feelings, kebangkitan semangat kebangsaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
furtiveadj sly, stealthy, berdiam-diam, bersenyap-senyap; (of look, glance) curi-curi: he aroused our suspicion by his ~ behaviour, kelakuannya yg berdiam-diam itu menimbulkan syak wasangka kami; the thief was ~ in his movements, pencuri itu berdiam-diam dlm tindak-tanduknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hastinessn 1. quickness, cepatnya: the ~ with which he changed the subject made us suspicious of him, cepatnya dia menukar tajuk perbualan itu membuat kami menaruh syak padanya; 2. rashness, precipitateness, a. (of person) tindakan yg /terburu-buru, tergesa-gesa/: his ~ in jumping to the wrong conclusion, tindakannya yg terburu-buru membuat kesimpulan yg salah; b. (of action), (dibuat secara) /terburu-buru, tergesa-gesa/: the ~ of the judgement, penilaian yg terburu-buru; c. (of words) keterlanjuran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flash~ st /about, around/, menayang-nayangkan sst: don’t ~ the money around like that or somebody will get suspicious, jangan tayang-tayangkan wang itu begitu, nanti ada orang akan berasa syak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
askance, askantadv; look ~ at so., a. also eye so. ~, with a side glance, /menjeling, mengerling/ kpd sso: she eyed him ~, dia menjeling kpd lelaki itu; b. with suspicion, disapproval, memandang sso dgn (rasa) /syak, curiga/: he looked ~ at the beggar, dia memandang pengemis itu dgn rasa syak; look ~ at st, /meragui, menyangsikan/ sst: they looked ~ at new ideas and techniques, mereka meragui idea-idea dan teknik-teknik baharu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eye with o’s ~s open, with full awareness, dgn penuh kesedaran: you went into the partnership with your ~s open, didn’t you?, kamu mengadakan perkongsian itu dgn penuh kesedaran, bukan?; vt memandang, memperhatikan: she ~d me with suspicion, dia memandang saya dgn penuh syak wasangka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cast4. emit, memancarkan: the fire ~s a glow, api itu memancarkan cahaya; 5. spread, menimbulkan, membawa: the news ~s a gloom over the party, berita itu menimbulkan suasana muram di majlis itu; 6. cause to arise, menimbulkan: the new findings ~ doubt on the evidence, penemuan baru itu menimbulkan keraguan thdp keterangan itu; to ~ suspicion on, menimbulkan syak wasangka thdp; 7. assign a role, memberi [sso] peranan: he was ~ as Hang Tuah, dia diberi peranan sbg Hang Tuah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
calculatedadj 1. computed, sudah /dikira, dihitung/: ~ velocity, halaju yg sudah dikira; 2. deliberately planned to gain particular result, terhitung, telah diperhitungkan: a ~ risk, risiko yg terhitung; measures ~ to check inflation, langkah-langkah yg terhitung utk menyekat inflasi; the remarks were ~ to arouse suspicion, kata-kata itu telah diperhitungkan utk menimbulkan syak wasangka; a ~ insult, penghinaan yg terhitung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
growtinggi sejak saya melihatnya dahulu; c. (in length), (tumbuh) panjang: let your hair ~, biarlah rambut kamu panjang; 4. develop, become bigger, more powerful, etc, berkembang: the business continues to ~ under his management, perniagaan itu terus berkembang di bawah pengurusannya; Japan ~s by leaps and bounds, negara Jepun berkembang dgn begitu pesat; 5. increase in amount, degree, etc, bertambah (+ approp adj): the population of Jakarta is ~ing rapidly, bilangan penduduk Jakarta bertambah dgn pesatnya; my suspicion grew when I saw them together, syak wasangka saya bertambah mendalam apabila saya ternampak mereka bersama; 6. develop in wisdom, experience, etc, menjadi lebih matang: experiences that will help a person ~, pengalaman yg akan membantu seseorang menjadi lebih matang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas