[tak.si.ran] | تکسيرن
Definisi : 1. hasil drpd menaksir, anggaran, nilaian: belanja atau kerajat yg diluluskan oleh undang-undang negeri ialah cuma 2% drpd ~ harta; 2. telahan, dugaan, persangkaan: bila beresnya revolusi ini menurut ~mu? 3. proses atau cara pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri atau pihak berkuasa tempatan menentukan jumlah cukai yg kena dibayar oleh individu atau pemilik rumah, sama ada sbg cukai pendapatan atau kadaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tak.si.ran] | تکسيرن
Definisi : 1 hasil drpd menaksir; anggaran; nilaian. 2 sesuatu yg ditaksir; dugaan; telahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)