Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ma.dun] | تمدون

Definisi : 1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kema­ju­an kebendaan serta perkembangan pemikir­an (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, per­adaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, per­adaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikir­an (budaya dan moral) yg halus, peradaban; bertamadun 1. telah mencapai tamadun, ber­peradaban, beradab: barang-barang itu ialah buatan dr negeri-negeri yg lebih ~ dan lebih maju; 2. mempunyai pemikiran (budaya dan moral) yg halus, berperadaban, beradab: kita mestilah menyelesaikan masalah itu dgn cara yg ~; mentamadunkan menjadikan bertamadun: dlm proses perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah Melayu mula ditamadunkan; ketamadunan perihal tamadun, (segala-gala) yg berkaitan dgn tamadun: malah drama sendiri merupakan sbg cermin kpd ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ma.dun] | تمدون

Definisi : cara hidup yg serba ber­kemajuan; peradaban. bertamadun sudah maju dlm cara hidup; ber­kemajuan; beradab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamadun (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan peradaban, budaya, cara hidup, kemajuan, kemodenan;,
Kata Terbitan : bertamadun,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
civilization, civilisationn 1. process of civilizing, state of being civilized, pemeradaban; 2. civilized society, tamadun, peradaban: the ancient ~s, peradaban purba; the western ~, peradaban barat; the ~s of Egypt and Persia, tamadun Mesir dan Parsi; 3. advanced stage of human development, tamadun, peradaban: the Romans brought ~ to Britain, orang-orang Rom membawa peradaban ke Britain; 4. civilized people collectively, dunia /bertamadun, berperadaban/: ~ is threatened by the constant build-up of nuclear weapons, dunia bertamadun berasa sentiasa terancam akibat kian bertambahnya senjata nuklear; 5. (humorous) civilized life, dunia tamadun: the first thing we must do when we get back to ~ is to have a hot meal, perkara pertama yg mesti kita lakukan apabila kita kembali ke dunia tamadun ialah memakan masakan yg panas-panas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Islamicadj Islam: the ~ civilization, tamadun Islam; ~ laws, hukum syariah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
decadentadj (telah) merosot; (of person ) merosot /akhlaknya, moralnya/: a ~ civilization, tamadun yg telah merosot; an effete and ~ nobility, golongan bangsawan yg lemah dan telah merosot akhlaknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
genesisn 1. (fml) origin, asal usul, azali: the ~ of civilization, asal usul tamadun; 2. G~, (Christianity) Genesis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dyingadj 1. ceasing to live, hampir mati: a ~ man, lelaki yg hampir mati; 2. disappearing, hampir /pupus, luput, lenyap/: a ~ civilisation, tamadun yg hampir luput; 3. rel to time before death, pd saat akhir hayat sso: his ~ words, kata-kata yg diluahkan pd saat akhir hayatnya; ~ wish, permintaan terakhir; 4. (of fire) hampir mati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
corner-stonen 1. (archit) batu penjuru; 2. see FOUNDATION-STONE; 3. foundation, basis, asas, sendi: education is the ~ of civilization, pelajaran adalah asas tamadun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cradlen 1. (cot) buaian: from the ~ to the grave, dr buaian hingga ke liang lahad; 2. place of origin, tempat bermulanya: Greece was the ~ of democracy, Yunani ialah tempat bermulanya demokrasi; ~ of civilisation, tempat bermulanya tamadun; 3. (of telephone) penatang gagang telefon;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
culturen 1. the total of the ideas, customs, beliefs, knowledge, art that are shared by members of a group, kebudayaan, budaya: Malay ~, kebudayaan Melayu; the variety of peoples and ~s, berbagai-bagai bangsa dan kebudayaan; 2. particular civilization considered in relation to its ideas, customs, art, etc, kebudayaan: a history of Chinese civilizations and ~s, sejarah kebudayaan dan tamadun Cina; 3. the arts, kebudayaan: Paris was considered to be the centre of ~, Paris dianggap sbg pusat kebudayaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas