Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = tandingan 1. sesuatu yg seimbang (sebanding) dgn yg lain, banding, imbang, tara: tentera Jepun itu tidak ada ~nya dlm kebera­ni­an; memang Mat Akil telah lama menjadi tandingannya; satu nikmat yg belum ada ~nya; 2. jodoh, pasangan, regu: gadis itu sesuai untuknya, memang tandingannya;setanding sebanding, seimbang, setara; bertanding 1. berlawanan, beradu (kuat, pandai, dll): minggu hadapan pasukan bola sepak Melayu Johor akan ~ dgn pasukan Pulau Pinang; dia akan masuk ~ dlm pilihan raya yg akan datang; 2. ada bandingnya (tolok­nya, imbangannya, taranya, dll): keke­jaman mereka tiada ~ di muka bumi ini; 3. berlumba-lumba, bersaingan: sudah dapat ia duduk di kota bolehlah dia ~ dgn saudagar-saudagar besar; 4. berlawan seorang sama seorang: hari ini dua lawan dua, besok ~; ~ hujung lidah bertengkar;menandingi melawan, menyaingi, mengim­bangi: pencabar dr Denmark itu tidak dapat langsung ~ kehandalan juara Malaysia; menandingkan 1. menjadikan sbg tanding­an (lawan, imbangan); 2. meletakkan berde­kat­an (utk mengetahui beza atau persamaan dll), membandingkan: ~ keadaan sebelum dan sesudah perang; cubalah tandingkan gadis itu dgn bekas tunangannya, jauh per­­­­­­­bezaan­nya, spt langit dgn bumi!mempertandingkan menjadikan bertan­ding (seseorang, sesuatu): pertandingan tersebut terbuka kpd seluruh peladang utk ~ hasil-hasil tanaman mereka; pertandingan 1. perihal bertanding, per­lawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, bere­nang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, per­lumbaan (utk mencapai kejayaan dll), per­saingan; 3. perbandingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
duelling<i>ni> perang /tanding, mendada/, pertarungan: <i>~ has been outlawed,i> perang tanding telah diharamkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
duel<i>vii> berperang /tanding, mendada/, bertarung: <i>they ~led to their death,i> mereka berperang tanding hingga mati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
duel<i>ni> 1. <i>fight between two persons,i> (ber)perang /tanding, mendada/, pertarungan, bertarung: <i>he challenged his rival to a ~,i> dia mencabar lawannya utk berperang tanding; 2. <i>any contest, struggle,i> perang: <i>a ~ of words,i> perang mulut; <i>there followed a ~ between the country’s leading newspapers,i> ekoran itu berlaku perang antara dua drpd akhbar terkemuka negara itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
duellist<i>ni> orang yg /berperang tanding, berperang mendada, bertarung/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
affair~ of honour, perang /mendada, tanding(an)/, pertarungan; ~ of the heart, hubungan /cinta, asmara/; state of ~s,keadaan: <i>in the present state of ~s,i> dlm keadaan sekarang ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas