Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak tipis (barang yg berkeping-keping atau berhelai-helai, spt kertas, papan, kain, buku, dll): kertas ~; selimut ~; tilam ~; 2. kasar dan jelas kelihatan (garisan, tulisan, dll): garis ~; huruf ~; 3. padat (awan, kabus, dll), tumpat: asap ~; awan ~; 4. lebat lagi banyak tumbuhnya (rambut, janggut, tanam-tanaman, dll): hutan yg ~; rambut ~; rumput di situ amat ~; 5. teguh dan kukuh (iman, kepercayaan, keyakinan, kasih sayang, dll), banyak mengandungi atau berisi dgn (sesuatu), mendalam: ia tahu betapa ~nya cinta suami-nya terhadap dirinya;~ bibir tidak suka bercakap banyak; ~ hati keras hati; ~ jangat = ~ kulit tidak tahu malu, tidak berperasaan; ~ kantung banyak wang (kaya); ~ lidah susah hendak menyebut kata-kata asing, keras lidah; ~ muka = muka ~ tidak tahu malu; ~ telinga a) tidak meng­hiraukan (ejekan, makian, dll orang); b) tidak tahu malu; menebal menjadi tebal: hujan sudah ber-henti betul, hanya asap sabut yg mula ~ semula; menebalkan 1. menjadikan tebal; 2. mem-perkukuh (iman, hati, kepercayaan, dll), mem-perkuat, memperteguh: lawatan itu diadakan utk ~ persaudaraan antara kedua-dua belah pihak; ~ muka menghilangkan perasaan malu, sanggup menanggung malu; ~ telinga menekan perasaan (kalau dimarahi, diejek, dll);mempertebal menjadikan lebih tebal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ~ bibir sj ikan laut, Plectorhyncidae; ~ pipi sj ikan laut, Pamadasys spp.; ~ sisik sj ikan darat, Puntius binotatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak tipis (bkn benda yg berkeping-keping, spt kertas, papan): kertas ~; tilam ~. 2 padat (bkn awan dsb); tumpat: awan ~; kabus ~. 3 kasar dan jelas kelihatan (bkn garisan dsb): huruf ~. 4 tumbuh dgn banyaknya; lebat: Rambutnya ~. 5 ki teguh dan kuat (bkn iman, kepercayaan dsb). ~ hati tidak mendengar nasihat orang; degil. ~ muka tidak tahu malu. ~ telinga tidak mempedulikan ejekan atau makian orang. menebal menjadi tebal: Janggutnya yg sudah hampir sebulan tidak dicukur itu mula ~. menebalkan 1 menjadikan tebal. 2 meneguhkan iman dsb. mempertebal menjadikan lebih tebal. ketebalan keadaan tebal. penebalan perbuatan, perihal dsb menebal atau menebalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; ~ bibir nama sj ikan laut, Plectorhyncidae. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebal (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, banyak,
Berantonim dengan nipis

2. Bersinonim dengan lebat: banyak, rapat, rimbun, padat, penuh, sendat, sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan,
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan teguh: kuat, kukuh, kental, mendalam,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : menebalkan, ketebalan, penebalan,

Puisi
 

Hilang tin gunung ditumpal,
     Nampak dari Gunung Jematu;
Pinggang ramping badannya tebal,
     Pandai juga membuat laku.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kerana sabut tebal,
     tempurungnya pun menjadi kebal.

Bermaksud :

Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
denseadj 1. thick, tebal: a ~ thicket, belukar yg tebal; ~ smog, kabus asap yg tebal; 2. crowded, closely packed, penuh sesak; (of population) padat: a ~ crowd, orang ramai yg penuh sesak; 3. (phys) tumpat: gold is more ~ than silver, emas lebih tumpat drpd perak; 4. stupid, bodoh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
denselyadv 1. thickly, tebal: a ~ wooded area, kawasan yg berhutan tebal; 2. crowdedly, padat: a ~ populated city, kota yg padat penduduknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
densenessn 1. quality, state, a. (of being thick) tebal: a fog of great ~, kabus yg amat tebal; b. (of being crowded) penuh sesak; (of population) kepadatan: the ~ of the crowd made movement difficult, orang ramai yg penuh sesak menyukarkan pergerakan; c. (of being stupid) kebodohan; 2. (phys) ketumpatan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fog-boundadj 1. unable to operate, move because of fog, terkandas krn /kabut, kabus tebal/; (of airport etc) terkepung oleh kabut: a ~ aircraft, kapal terbang yg terkandas krn kabut; 2. enveloped in, surrounded by fog, /diselubungi, dilitupi/ /kabut, kabus tebal/: the ~ coastline, pinggir laut yg diselubungi kabut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heavy6. a great deal, a. (of rain, snowfall) lebat; b. (of fog, mist, etc) tebal; c. (of wind, storm) kencang; d. (of traffic) sesak, sibuk; e. (of crop) banyak, menjadi; f. (of expense, expenditure, loss) besar; g. (of fighting) sengit; 7. turbulent, bergelora: ~ seas, laut yg bergelora; 8. overcast, spt hendak runtuh: ~ skies, langit yg spt hendak runtuh; 9. solid, thick, tebal: ~ lines indicate air routes, garisan tebal menunjukkan laluan udara; 10. full, busy, sangat sibuk; (of schedule, timetable) padat: we’ve had a ~ day, hari ini sangat sibuk bagi kami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brazen-facedadj muka /tebal, tembok, tarpal, papan, kayu, dinding/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blubberadj (of lips) tebal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bold faceadj & n (printing) huruf tebal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
black-facen (printing) muka taip tebal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chunkyadj 1. thick and short, dempak: ~ shoes, kasut yg dempak; 2. (of person) agam; 3. (of clothes etc) bulky, besar dan tebal: a ~ sweater, baju panas yg besar dan tebal; 4. (of jewellery) bungkal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas