Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bu] | تبو

Definisi : sj tumbuhan (rumput berbatang tinggi dan beruas-ruas) yg menghasilkan gula, Saccharum officinarum; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ betung, ~ gading, ~ hitam, ~ kapur, ~ madu, ~ telur, dll; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat yg boleh dibuat ubat demam kepialu), akar (kulit) manis, Albizzia myriophylla; ~ kera sj tum­buhan (herba), pokok sampu landak, setawar hutan (jantan), Forrestia gracillis; ~ salah a) sj tumbuhan (rumput yg tingginya sampai 20 kaki atau 6.09 meter), buluh teberau, riung, Saccharum arundinaceum; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput gedabung, Phragmites communis; akar ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cius (kayu manis, kepah), Acacia pennata; ~ masuk mulut gajah prb binasa sama sekali, tidak dapat ditolong lagi; ~ seruas berulat pula prb anak seorang tetapi penyakitan atau buruk pula perangainya; ~ setuntung masuk geraham gajah prb pemberian yg sedikit kpd orang yg kaya tentu tidak dihargainya; ber-tanam ~ di bibir = tanam ~ di bibir mulut prb mengeluarkan kata-kata yg manis utk me-mujuk (memuji dll); dapat ~ rebah prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; diminta ~, diberi tembarau prb yg diminta dikabulkan tetapi kurang drpd yg diminta; jangan difikirkan kalau ~ itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga prb jangan disangka nasihat atau kata-kata orang yg jahat itu selamanya jahat; seliang bagai ~, serumpun bagai serai prb (orang yg) seia sekata; seruas ~ yg berulat (seba­tang­­nya dibuang) prb Mn oleh sebab seorang yg bersalah (dlm sesuatu kaum) seluruh kaumnya dihukum; spt ~, airnya dimakan, hampasnya dibuang prb tiap-tiap perkataan yg didengar dr mulut orang hendaklah dipilih yg baik drpd yg jahat; tebu-tebu 1. ruas-ruas (berbentuk spt ruas pd gelang dll); 2. gelang-gelang (pd batang tombak, hulu keris, dll);bertebu-tebu 1. beruas-ruas; 2. bergelang-gelang; bertebu-tebukan sl menggunakan sbg gelang-gelang (tebu-tebu): maka baginda pun meng-anugerahi akan Laksamana keris dr Bukit Seguntang itu, bersangkar emas, bertatah-kan ratna mutu manikam, ~ emas dipahat; menebu-nebu menjadikan (membuat) bertebu-tebu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bu] | تبو

Definisi : beberapa macam tumbuh-tum­buhan jenis rumput yg batangnya beruas-ruas dan airnya boleh dibuat gula, Saccharum officinarum. bertebu-tebu 1 beruas-ruas. 2 bergelang-gelang. menebu-nebu membuat ber­tebu-tebu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tebu

Puisi
 

Budak-budak memakan tebu,
     Tebu ditanam di depan kota;
Duduk termenung di muka pintu,
     Terkenang kekasih jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Tebu setuntung masuk geraham gajah.

Bermaksud :

Pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tiada terasa olehnya.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bagassen hampas tebu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cane-sugarn gula tebu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sugar-cane n (plant), (pokok) tebu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crush~ (st) out, (to obtain juice) memerah [sst] utk mendapatkan air: to ~ the juice out of the sugar-cane, memerah tebu utk mendapatkan airnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
truck1vt (US) convey (goods) in a truck, mengangkut [sst] dgn trak: the cane is ~ed to the nearest railway station, tebu diangkut dgn trak ke stesen kereta api yg paling dekat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
seasonalthose people in ~ employment are usually paid at higher rates, orang-orang yg terlibat dlm pekerjaan bermusim biasanya dibayar pd kadar yg lebih tinggi; sugar-cane cutters are ~ workers, penebang tebu ialah pekerja bermusim.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
canen 1. stem, a. (of bamboo), (batang) buluh; b. (of rattan) rotan; c. (of sugar-cane), (batang) tebu; 2. see SUGAR-CANE; 3. strip, a. (of bamboo), (bilah) buluh; b. (of rattan), (bilah) rotan; 4. (attrib), (yg dibuat drpd) rotan: ~ chair, kerusi rotan; 5. walking-stick, tongkat; 6. rod used for beating, rotan; get the ~, kena rotan, dirotan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tailgate2. flap of large vehicle that can be let down for loading, dinding belakang: the cane-cutters jumped down from the lorry as soon as the ~ was let down,pemotong-pemotong tebu melompat turun dr lori sebaik sahaja dinding belakang dijatKamus Inggeris-Melayu Dewan
plant 1 vt 1. often ~ out, place seed etc in ground to grow, menanam: he ~ed trees around the pool, dia menanam pokok di sekeliling kolam renang itu; the seedling’s have been ~ed out in the garden, anak-anak benih itu telah ditanam di taman; 2. sow (with crop etc) menanami: he ~ed five acres with sugarcane, dia menanami lima ekar tanah dgn tebu; 3. fix, place in certain position, [various translations]: he ~ed his feet firmly on the ground and refused to budge, dia berdiri dgn kakinya terpaku di tanah dan enggan bergerak; the place is well guarded, with sentries ~ed at every door,Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas