Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lap] | تلڤ

Definisi : 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilu­kai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanah­nya tanah liat yg tidak ~ air; menelap makan pd (senjata), mempan pd, melukai, mencederakan, mengena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lap] | تلڤ

Definisi : = telapa ark 1. bekas utk menyimpan sesuatu; 2. bekas drpd tembikar dll utk me­nyim­pan bau-bauan (gambir, tembakau, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lap] | تلڤ

Definisi : 1 dpt menembusi (ttg senjata tajam, spt keris); makan; mempan. 2 dpt dilukai oleh senjata; lut: tiada ~ oleh senjata. 3 dpt dimasuki atau dpt diresapi air dll. menelap makan pd (ttg senjata); melukai; mencederakan. ketelapan keadaan atau sifat telap: Permukaan cerun itu sentiasa kering oleh sebab ~ batu-batannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telap (adjektif)
1. Bersinonim dengan serap: jerap, tembus, masuk, bobos,

2. Bersinonim dengan mempan: lut, telut, makan,
Berantonim dengan kebal.


Peribahasa

Seperti telap dengan tudungnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Bagai dulang dengan tudung saji, c. Cembul dengan tutupnya). telap (telepa) = tempat bau-bauan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
impermeableadj tak (boleh) telap: ~ material, bahan tak telap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas