Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (ténang); menenang membidik, memitar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll): ~ bagai air dlm kuali; laut yg biasanya bergelora telah bertukar menjadi ~; 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan): ~ fikirannya; ia duduk dgn ~; setelah keadaan menjadi ~, mereka pun kembali ke kota; ~-lenang tenang sekali;bertenang, bertenang-tenang mengerja­kan sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru, tidak tergesa-gesa): dia harus ~ utk meng­hadapi peperiksaan; Aini yg sedang berte­nang-tenang itu tidak menghiraukan apa yg dikatakan oleh ibunya;menenangkan menjadikan tenang, menen­teramkan, meredakan: beliau mencuba ~ fikirannya; ~ fikiran (perasaan) a) menjadikan fikiran tenang, menenteramkan fikiran (perasaan) yg susah; b) mengheningkan cipta, bersemadi, bertafakur; ~ hati menenteramkan hati; ketenangan perihal tenang, keamanan, ketenteraman penenang (sesuatu) yg menenangkan: ubat ~ jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /ténang/; menenang me­mejamkan mata sebelah utk melihat sesuatu tepat-tepat; membidik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 tidak berkocak atau tidak berombak (ttg air, laut dll); teduh (ttg angin, ribut dll): Air yg ~ jangan disangka tiada buaya. 2 ki tidak berasa gelisah (runsing dsb); aman dan tenteram (ttg keadaan dlm negeri dll): Beliau telah menjawab segala soalan itu dgn ~. Setelah anaknya kembali dgn selamat, barulah ~ fikirannya. ~-lenang sangat tenang. bertenang berbuat sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru). menenangkan menjadikan atau menyebabkan tenang; me­nenteramkan; meredakan: Dia ber­­nyanyi-nyanyi utk ~ hatinya yg runsing. ketenangan keadaan atau hal tenang; ketenteraman; ke­amanan. penenang 1 se­suatu (ubat, kata-kata dsb) yg mene­nangkan. 2 orang yg menenangkan: Anak tunggalnyalah yg menjadi ~ hidup­nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenang (adjektif)
1. Bersinonim dengan teduh: reda, hening, tidak berombak, tidak bergelora,
Berantonim dengan bergelora

2. Bersinonim dengan tenteram: lega, lapang dada, damai, bahagia, sejahtera, tabah, sabar, jenjam, kalem,
Berantonim dengan runsing gelabah

3. Bersinonim dengan aman: damai, sentosa, harmoni, rukun,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bertenang, menenangkan, ketenangan, penenang,

Puisi
 

Tenang-tenang air laut,
     Sampan kolek mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
     Orang benci kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Air yang tenang,
     jangan disangka tiada berbuaya.

Bermaksud :

Orang yang diam jangan disangka pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
calmadj 1. still, not windy or stormy, tenang: ~ weather, keadaan cuaca yg tenang; the ~ sea, laut yg tenang; 2. quiet, peaceful, tenang, tenteram: a ~ atmosphere, suasana yg tenang; the town is ~ again after the rioting, bandar itu tenang kembali selepas rusuhan; 3. composed, unagitated, tenang: he was ~ during the entire proceedings, dia tenang sahaja sepanjang perbicaraan itu; to speak in a ~ voice, bercakap dgn suara yg tenang; keep ~, bertenang; remain ~, (terus) bertenang, tenang sahaja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
even8. (of voice) steady and calm, tenang: when she spoke her voice was ~, apabila dia bercakap, suaranya tenang; 9. (of temperament etc) tenang: she has an ~ temper, dia tenang orangnya; 10. (of number) genap; 11. fifty-fifty, lima puluh-lima puluh: she stands an ~ chance of winning the title, peluangnya utk memenangi gelaran itu ialah lima puluh-lima puluh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
calmn 1. absence of wind movement, keadaan (yg) tenang: before and after the earthquake there was a ~ in the air, terdapat keadaan tenang sebelum dan selepas gempa bumi itu; 2. peaceful atmosphere or situation, keadaan /tenang, tenteram/: ~ was resumed after several days, keadaan tenang pulih semula selepas beberapa hari; 3. composure, ketenangan: her ~ in the face of danger, ketenangannya ketika menghadapi bahaya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
equableadj 1. even-tempered, tenang: she replied to the interruption in an ~ voice, dia menjawab celahan itu dgn suara yg tenang; because of his ~ nature, I find it very pleasant to work with him, disebabkan sifatnya yg tenang saya mendapati seronok bekerja dengannya; 2. uniform, setara: an ~ climate, iklim yg setara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
imperturbableadj (fml) tenang: he remained ~ during the commotion, dia tetap tenang semasa kejadian haru-biru itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
calm~ down, a. (of person) tenang (semula, kembali); b. (of storm, sea, etc) menjadi tenang; c. (imper) bertenang; ~ so. down, /menenangkan, menenteramkan/ sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
halcyonadj 1. calm and peaceful, tenang dan damai: ~ days of summer, hari-hari yg tenang dan damai pd musim panas; 2. happy, carefree, gembira dan menyenangkan: he still recalled the ~ days of his youth, dia masih ingat hari-hari remajanya yg gembira dan menyenangkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
keeln (of ship, boat) lunas; lay down a ~, mula membina kapal; keep so. on an even ~, membuat sso tenang; on an even ~, (dlm keadaan) tenang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
comfortvt a. soothe, (act.) menenangkan hati; (pass.) menjadi tenang: she ~ed the weeping child, dia menenangkan hati anak yg sedang menangis itu; he was ~ed by her kind words, dia menjadi tenang oleh kata-kata lembut wanita itu; b. cheer, menghiburkan hati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
impassiveness, impassivityn (want of feeling or emotion), /wajah, air muka/ [sso] yg tdk /menunjukkan, menampakkan/ /sebarang emosi, perasaan/; (calmness), /wajah, air muka/ yg tenang: behind his ~, he was very nervous, di balik wajahnya yg tenang, dia sangat gemuruh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas