Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.tang] | تنتڠ

Definisi : 1. = di tentang berhadapan dgn, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah ..., berseberangan dgn: ~ sebuah potret yg ter­gantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang; 2. lurus di atas, tepat di atas: surat drpd Khadijah, yg mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yg meletus di tentang kepalanya; 3. lebih kurang pd, kira-kira pd (di): maka Upu Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya; 4. = tentangan Mn terhadap, berkenaan: mereka memberikan perhatian ~ Bahasa Kebangsaan; 5. hal ..., perkara ...: kedua-dua syeikh itu berbahas ~ masalah akyan sabitah; 6. berkenaan dgn, berkaitan dgn, darihal, mengenai: Datuk Ujang sendiri masih samar-samar ~ apa yg dimaksudkan oleh kata-kata gadis itu; 7. akan ..., dlm hal: buku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik pun ~ pen-jelasan isinya; di ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi prb orang yg lemah sekali dan tiada tempat berharap;setentang berhadapan benar dgn, betul-betul di hadapan (di atas): rumah dia ~ benar dgn rumah saya; bersetentang, bersetentangan berada betul-betul berhadapan (di atas): beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yg ~ di hadapannya; bertentang 1. berhadapan (dgn), bertemu hadap: dia berdiri tegak ~ dgn muka pintu yg terkatup rapat itu; 2. menghadap (ke), menghala (ke): buat jalan dr bawah tanah itu sampai ~ ke bawah rumahnya itu; ~ mata a) berhadapan muka, berpandang-pandangan; b) bertemu muka; bertentangan 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, ke­dudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. ber­lawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; menentang 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menam­pik, mendaga, menolak (cadangan dll), me­nyang­gah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperi­kemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-per­atur­an bekerja ini akan didera; 6. meng­hadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angin; jangan ditentang matahari condong prb jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yg berkuasa; menentangi 1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dll), menempuh, menghadapi: mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman drpd pihak musuh itu; 2. melawan, memerangi; menentangkan menghadapkan, membawa ke muka: maka dihunusnya oleh Laksa­mana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya; mempertentangkan menjadikan berten­tangan (berlawanan), menyemukakan: Baharum Rangkuti yg ~ seni dgn propaganda; tertentang 1. dapat dilihat (dipandang), ter­lihat, terpandang; 2. dapat dilawan (disanggah), terlawan; tiada ~ mata a) tidak dilihat (dipan-dang); b) = tidak ~ muka tidak berani ber-hadapan muka; tentangan 1. darihal, tentang; 2. apa yg diper­taruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumah­kulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberi-kan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, pe­nam­pilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan;pertentangan 1. perihal bertentang, per­lawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; penentangan perihal (tindakan dsb) menen-tang, penolakan, perlawanan: tentera Belgium tidak menerima apa-apa ~; penentang (orang dll) yg menentang: aku mahu semua orang tahu kita ~ pendapat Wan Umar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ten.tang] | تنتڠ

Definisi : 1 betul-betul berhadapan dgn: Dia tinggal ~ masjid. 2 lebih kurang pd; kira-kira pd: Ia terkena peluru pistol ~ dadanya. 3 bkn dgn; mengenai: Beliau akan bercakap ~ kemajuan ekonomi negeri ini. bertentang 1 berhadap. 2 menghadap ke: ~ mata berpandang-pandangan; berhadap muka. ber­ten­tangan 1 saling berhadap; ber­hadap-hadapan: Mereka duduk ~ dgn kami. 2 tidak sama (arah, pendapat dll); ber­­lawanan: arah yg ~. Pendapatnya ~ dgn pendapat saya. 3 ki tidak berbaik antara satu dgn yg lain; bermusuhan; berlawanan: Kami jarang-jarang bergaduh atau ~. menentang 1 memandang tepat-tepat pd sesuatu; menatap: Lapang hatinya dpt ~ wajah anak yg dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dll: Banyak perajurit yg telah terkorban dlm peperangan ~ musuh. 3 ki tidak menyetujui pendapat, usul dll; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dsb; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yg berani ~ usulnya itu. menentangkan meletakkan yg satu di hadapan yg lain; menghadapkan. mempertentangkan menjadikan ber­­lawanan; memperlaga­kan; mem­pertempurkan. tentangan 1 bkn dgn; tentang. 2 usaha atau apa-apa yg dilakukan utk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yg hebat kpd pasukan Argentina dlm pertandingan bola sepak Piala Dunia. pertentangan 1 perbuatan atau hal bertentang. 2 hal bertentangan atau berlawanan; per­lawanan. penentangan perbuatan atau hal menentang. penentang orang dll yg menentang. setentang betul-betul di hadapan atau di atas sesuatu: Sekolah itu ~ dgn rumah saya. bersetentang berada betul-betul ber­hadapan: Mata angin manakah yg ~ dgn utara? bersetentangan bersetentang dgn; berhadapan dgn: Dia duduk ~ adiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Buaya putih buaya keramat,
     Mari tentang lubuk batu;
Abang putih melawa sangat,
     Saya tidak memberi malu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tentang lubuk lepas tuba,
     tentang ikan akan mati.

Bermaksud :

Kemahuan atau pertanyaan hendaklah tepat pada waktu dan tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
about 3. concerning, tentang, berkenaan dgn; (when foll by a verbal n), [usu not translated]: I know nothing ~ the matter, saya tak tahu apa-apa tentang perkara itu; what was his talk ~?, tentang apakah ceramahnya itu?; we felt uneasy ~ leaving our daughter alone at night, kami berasa khuatir meninggalkan anak perempuan kami berseorangan pd malam hari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
concerningprep berkenaan, tentang; (in official correspondence) berkenaan dgn: ~ your application, we regret to inform you that ..., berkenaan dgn pemohonan tuan, dukacita kami memaklumkan bahawa...; I remember speaking to him ~ the matter, saya ingat saya pernah bercakap dengannya tentang hal itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
into10. (indic st penetrated by insight, thought processes), (foll v), [not translated]; (foll n) tentang: please look ~ the matter, tolong siasat hal itu; he spent years researching ~ the effects of the drug on the human brain, bertahun-tahun dia menyelidiki kesan dadah tersebut thdp otak manusia; several angry parents called for an official inquiry ~ the incident, beberapa orang ibu bapa yg marah menuntut supaya siasatan rasmi tentang peristiwa itu diadakan; her works afforded insights ~ the complexity of a woman’s emotions, karya-karyanya memberikan wawasan tentang betapa kompleksnya emosi seorang wanita;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
as(preceding pron), [various translations]: ~ for selling my house, that’s out of the question, tentang menjual rumah saya, itu tak mungkin; ~ for me, I consider that a small matter, bagi saya, itu perkara kecil; ~ for you, I despise you!, kamu pula, saya benci akan kamu!; ~ /from, of/, bermula dr, mulai: ~ from 31 December..., bermula dr 31 Disember...; ~ /if, though/, seolah-olah, seakan-akan, seperti: his head felt ~ if it were being split in two, kepalanya terasa seakan-akan dibelah dua; ~ if..., /macamlah, takkan(lah), masakan/...: ~ if you didn’t know!, takkan kamu tak tahu!; ~ it is, a. already, sekarang ini pun: you can’t put any more books in, the box is too heavy ~ it is, tdk boleh lagi diisi buku, sekarang ini pun peti itu sudah terlalu berat; b. in its present state, dlm keadaan /begini, begitu/:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
afterb. (st) mengejar, memburu; (when object is not specified) mahu akan: the hounds were ~ the fox, anjing-anjing pemburu itu mengejar rubah; wealth and power are what he is ~, yg dikejarnya ialah kekayaan dan kekuasaan; they are both ~ the same thing, mereka berdua mahu akan benda yg sama; 6. concerning, tentang: to ask ~ so’s health, bertanya tentang kesihatan sso; she enquired ~ you, dia bertanya tentang kamu; 7. subsequent to, berikutan, selepas: ~ what she has done, I refuse to help her, berikutan perbuatan itu, saya tdk mahu menolongnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
asthe publisher will have to accept the manuscript ~ it is, penerbit terpaksa menerima naskhah itu dlm keadaan begini saja; ~ of, see ~ from; ~ per, menurut, mengikut; ~ so. /likes, wishes, etc/, /sekehendak, sesuka/ hati sso; ~ though, see ~ if; ~ to, tentang, berkenaan dgn; (preceding pron), [various translations]: ~ to your request for better facilities..., tentang permohonan kamu utk mendapat kemudahan yg lebih baik...; ~ to me, I prefer to wait, kalau saya, saya lebih suka menunggu; ~ to you, I think you’d better leave, kamu pula, lebih baiklah kamu pergi; ~ was, dulunya: Jill Sutanto (Jill Cridland ~ was), Jill Sutanto (dulunya Jill Cridland); ~ you were, balik semula; it is not ~ if, bukan: it’s not ~ if he were ill, dia bukanlah sakit; it looks ~ if..., nampaknya, kelihatan: it looks ~ if the war is going to end soon, nampaknya perang akan tamat tdk lama lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
haveb. experience or suffer st, kena + v stem: she had her handbag snatched in the market, beg tangannya kena renggut di pasar; he had his right arm amputated in the war, tangan kanannya kena potong dlm perang itu; ~ to do with, a. be concerned with, tentang, mengenai, berkenaan dengan: this book has to do with the American Civil War, buku ini tentang Perang Saudara Amerika; b. also ~ st to do with, be causally related to, /(ada) kena-mengena, bersangkut paut, bertalian/ dgn: his sickness must ~ st to do with the food he ate yesterday, sakitnya mesti ada kena-mengena dgn makanan yg dimakannya semalam; I refuse to ~ anything to do with the project, saya tdk mahu bersangkut paut apa pun dgn projek itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
concernedas far as so. is ~, bagi sso: as far as I am ~ he is no longer my responsibility, bagi saya, dia bukan lagi tanggungjawab saya; /as far as, where /st is ~, [various translations]: where food is ~ she is not choosy at all, tentang makanan dia tdk cerewet sedikit pun; as far as these colleges are ~, any decline in academic excellence will be bad for their reputation, bagi kolej-kolej ini sebarang kemerosotan kecemerlangan akademik adalah tdk baik thdp reputasi mereka; the film is one of the finest of the decade as far as special effects are ~, dr segi kesan khas, filem itu merupakan yg terbaik dlm dekad ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
asb. (preceding clause containing v such as “seem”, “say”, “think”, etc) se-[adj] yang: the gadget works ~ efficiently ~ the manufacturer claims, alat itu berfungsi sebaik yang dikatakan oleh pembuatnya; c. (preceding phr “one can”, “possible”) se-[adj] mungkin, se-[adj]-nya: I’ll come ~ quickly ~ I can, saya akan datang secepat mungkin or saya akan datang secepat-cepatnya; /twice, three times, etc/ ~ [adj, adv] ~, /dua, tiga, dsb/ kali lebih [adj] drpd: she wants a carpet twice ~ wide ~ this, dia mahu akan permaidani yg dua kali lebih luas drpd yang ini; ~ against, /berbanding, dibandingkan/ dgn: there were forty votes for Isa ~ against thirteen for Ali, ada empat puluh undi utk Isa berbanding dgn tiga belas utk Ali; ~ always, spt biasa, sebagaimana lazimnya; ~ ever, spt biasa; ~ follows, /spt, sbg/ yg berikut; ~ for, tentang, berkenaan dgn;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas