Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.te.ram] | تنترم

Definisi : 1. tidak ada rusuhan (kekacauan), aman, sentosa: negeri yg begitu aman dan ~; 2. tidak berasa khuatir atau gelisah (perasaan hati, fikiran, dll), tenang: beliau meninggalkan rumah itu dgn hati yg tidak ~; menenteramkan 1. menjadikan tenteram, mengamankan, menyentosakan: pemimpin-pemimpin Perikatan dr Kuala Lumpurlah yg ~ keadaan kacau di Singapura itu; 2. menjadikan tidak gelisah (kacau, rusuh), menenangkan (fikiran, hati, perasaan): tetapi bagaimanapun dia belum dapat ~ jiwanya; ketenteraman 1. perihal tenteram, ke­aman­an, kesentosaan: pertukaran fikiran telah berlaku tentang soal-soal ~, keselamat­an dan pertahanan di Asia Tenggara; 2. ketenangan (fikiran, hati, perasaan), kere­daan; penenteraman perihal menenteramkan;penenteram orang (atau bahan) yg menen­teramkan sesuatu: ubat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ten.te.ram] | تنترم

Definisi : 1 tidak ada kekacauan atau rusuhan yg berlaku (ttg keadaan dlm negeri dll); aman; sentosa: Keadaan dlm negeri itu sangat ~. 2 ki tidak berasa gelisah atau tidak berasa runsing; tenang: Hatinya tidak ~. menenteramkan 1 menjadikan (keadaan dlm negeri dll) tenteram; mengamankan: Satu pasukan tentera telah dihantar utk ~ keadaan yg kacau di situ. 2 menjadikan tidak gelisah atau tidak runsing; menenangkan hati, fikiran dll: Beliau telah pergi ke tepi pantai utk ~ jiwanya. ketenteraman 1 keadaan atau hal tenteram; keamanan; kesentosaan: Mereka menyanjung Pre­siden mereka yg telah memimpin negara ke arah ~. 2 ketenangan hati atau fikiran. penenteraman perbuatan atau hal menenteramkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenteram
Rujuk :tenang

Peribahasa

Udang merentak dalam tangguk.

Bermaksud :

Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya). (Biasa juga: Udang dalam tangguk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
disturbedadj 1. emotionally upset or unbalanced, fikiran terganggu; (of mind) terganggu: the ~ children from broken homes, kanak-kanak yg fikirannya terganggu akibat keruntuhan rumah tangga; 2. unsettled, unhappy, tdk tenteram: a ~ childhood, zaman kanak-kanak yg tdk tenteram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
calmadj 1. still, not windy or stormy, tenang: ~ weather, keadaan cuaca yg tenang; the ~ sea, laut yg tenang; 2. quiet, peaceful, tenang, tenteram: a ~ atmosphere, suasana yg tenang; the town is ~ again after the rioting, bandar itu tenang kembali selepas rusuhan; 3. composed, unagitated, tenang: he was ~ during the entire proceedings, dia tenang sahaja sepanjang perbicaraan itu; to speak in a ~ voice, bercakap dgn suara yg tenang; keep ~, bertenang; remain ~, (terus) bertenang, tenang sahaja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
calmn 1. absence of wind movement, keadaan (yg) tenang: before and after the earthquake there was a ~ in the air, terdapat keadaan tenang sebelum dan selepas gempa bumi itu; 2. peaceful atmosphere or situation, keadaan /tenang, tenteram/: ~ was resumed after several days, keadaan tenang pulih semula selepas beberapa hari; 3. composure, ketenangan: her ~ in the face of danger, ketenangannya ketika menghadapi bahaya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas