Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.li/] | ترباليق

Definisi : menjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yg di hadapan menjadi di belakang atau yg di atas menjadi di bawah): kereta itu ~; bajunya ~; ~ akal gila; ~ iman bertukar iman; ~ mata Id bp terlampau lama melihat; ~ niat bertukar niat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ba.li/] | ترباليق

Definisi : menjadi songsang letaknya (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah): Sebuah lori balak telah ~ di Batu 15 Jalan Bentung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbalik

Puisi
 

Walau kencang bertiup angin,
     Kapal berlabuh akan terbalik;
Biarlah karam di tengah lautan,
     Namun tidak berpatah balik.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ditempuh nyamuk terbalik,
     ditindih lalat tak dapat bangkit.

Bermaksud :

Terlalu lemah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
capsizevt (act.) menyebabkan [sst] terbalik, menterbalikkan; (pass.) terbalik: the strong current ~d the canoe, arus yg kuat menyebabkan kanu itu terbalik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
capsizevi terbalik: the boat ~d during the storm, perahu itu terbalik semasa ribut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
back~ to ~, saling membelakangi, berbelakang-belakangan; ~ to front, terbalik: he had his shirt on ~ to front, dia memakai kemejanya terbalik; at the ~, di belakang, di sebelah belakang; at the ~ of (st), a. di belakang (sst): at the ~ of the house, di belakang rumah itu; b. (fig.), (berada) di belakang: the mastermind at the ~ of the plot, dalang di belakang komplot itu; be (flat) on o’s ~, terlantar di katil; behind so’s ~, di belakang sso:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inside~ out, a. with inner side out, terbalik; (of umbrella) terlipat ke atas: he had his shirt on ~ out, dia memakai bajunya terbalik; the wind blew the umbrella ~ out, angin meniup payung itu terlipat ke atas; b. thoroughly, luar dalam: he knows the city ~ out, dia tahu akan kota raya itu luar dalam; from the ~, dr dalam: the door will only open from the ~, pintu itu hanya dapat dibuka dr dalam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
keelvi & vt; ~ over, a. (of vessel) terbalik, terjungkir: the ship ~ed over in the strong wind, kapal itu terbalik dlm angin kencang itu; b. (of person) rebah, jatuh terbaring; ~ st over, menyebabkan sstKamus Inggeris-Melayu Dewan
capsizedadj terbalik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inverted commasn lisu terbalik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
back slangn cakap terbalik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apostrophen(punctuation mark) koma /atas, terbalik/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beam-endsn hujung pelancar kapal; on her ~, (of ship) hampir terbalik; on o’s ~,<.b> kehabisan wang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas