Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bit] | تربيت

Definisi : 1. keluar dr permukaan (air dll), keluar dr tempat terlindung (bulan, matahari, dll), muncul, timbul: bulan sudah ~; sebelah mata­hari ~ sebelah timur; 2. berbangkit (perasaan hati, fikiran, dll), lahir, timbul; dlm hatinya ~ keinginan utk memilih antara dua orang pemuda itu mana yg lebih baik dan sesuai dgn hatinya; 3. siap dicetak dan diedar­kan (buku, majalah, dll), tersiar (berita, maka­lah, dll): ~nya kedua-dua antologi ini me­rupa­­kan satu kemajuan besar; 4. keluar memancar (air, cahaya, dll), keluar (peluh, air mata, dll): air yg ~ drpd mata air biasa­nya jernih; 5. keluar (dr rumah, persem­bunyian, dll): setelah pintu terbuka dia pun ~lah; 6. tumbuh atau keluar drpd: sehelai rambut atau bulu ~ drpd satu liang yg halus di dlm kulit itu; 7. berpunca atau bermula drpd: kebakaran itu ~ drpd puntung rokok yg dibuang dlm bakul sampah; menerbitkan 1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dll), membangkitkan (perasaan dll): kelakuannya yg tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya; 2. mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dll): kelengahan akan ~ kerugian kpd perusahaan itu; 3. mengeluarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dll): sebelum Marsden belum ada usaha utk ~ teks drpd naskhah Melayu lama secara ilmiah; 4. mengeluarkan (tenaga dll): benda-benda hidup menggunakan makanan utk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya; 5. mengeluarkan (wang): jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu; 6. meng-hasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dll); terbitan 1. sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dll): akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang; ~ berkala keluar­an (majalah) yg diterbitkan berulang-ulang pd waktu yg tertentu; kata ~ kata yg memakai imbuhan; 2. (Eko) tawaran sekuriti, saham dsb utk dijual kpd pelabur; ~ awam tawaran saham sesebuah syarikat kpd orang ramai utk tujuan mendapat penye­naraian di bursa saham; ~ baru tawaran terbit­an saham yg baru kpd orang awam; ~ bonus terbitan saham baru oleh sesebuah syarikat yg diberikan percuma kpd pemegang saham yg sedia ada; ~ hak tawaran terbitan saham biasa baru syarikat kpd pemegang saham yg sedia ada utk membeli saham tersebut sebelum tawaran saham dibuat kpd awam; penerbitan 1. perihal (perbuatan dll) mener­bitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan mener­bitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; penerbit (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bit] | تربيت

Definisi : 1 keluar dr permukaan air dll; keluar dr tempat terlindung (ttg bulan, matahari dll); timbul; muncul: Matahari ~ di sebelah timur dan tenggelam di sebelah barat. 2 keluar memancar (ttg mata air); keluar menitis atau memercik (ttg air mata, peluh dll): Dr bawah batu itu, ~ mata air yg jernih. 3 timbul perasaan atau timbul kemahuan utk berbuat sesuatu: Dlm hatinya, ~ keinginan hendak mengambil gadis itu utk dijadikan teman hidupnya. 4 sudah siap dicetak dan diedarkan kpd orang ramai (ttg buku dll); sudah siap dibuat rakaman dan diedarkan (ttg piring hitam dsb); tersiar dlm surat khabar dll (ttg berita dsb): Buku itu akan ~ pd bulan hadapan. Surat khabar Utusan Zaman ~ pd tiap-tiap hari Ahad. menerbitkan 1 membangkitkan atau menimbulkan perasaan (marah, benci dll): Kelakuannya yg biadab itu telah ~ kemarahan gurunya. 2 mengeluarkan dan mengedarkan buku, majalah dll; menyiarkan berita dlm surat khabar dll: Dewan Bahasa dan Pustaka telah banyak ~ buku utk sekolah rendah. 3 mendatangkan bahaya (kerugian, penya­kit dll): Kejatuhan harga getah telah ~ kerugian yg besar kpd syarikat itu. 4 menghasilkan atau mengeluarkan sesuatu; menyebabkan terbit. terbitan sesuatu (spt buku, majalah) yg terbit atau yg diterbitkan; keluaran: buku ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. kata ~ kata yg terjadi setelah ditambahi imbuhan. penerbitan 1 cara atau hal menerbitkan. 2 pekerjaan atau urusan menerbitkan buku, majalah dll. ~ meja ist penerbitan dokumen bercetak bermutu tinggi dgn menggunakan komputer peribadi dan pencetak. penerbit orang atau syarikat yg menerbitkan buku, majalah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,

Puisi
 

Sebab bulan terbit pagi,
     Bunga pandan dalam cerana;
Sebab intan datang ke mari,
     Nampak berlain dalam bunga.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bak pinang dianduh,
     putus tali dia berdiri.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Terbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa). dianduh = ditarik dengan tali.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
eastn timur: the sun rises in the ~, matahari terbit di sebelah timur; to the ~ of, di (sebelah) timur (dr): the holiday resort is situated to the ~ of the town, tempat peranginan itu terletak di sebelah timur bandar tersebut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appearvi 1. become visible, a. (suddenly) muncul; (of spiritual, supernatural being) menjelma; (of star) terbit; (of rash) timbul: a masked man ~ed in the doorway, seorang lelaki bertopeng muncul di pintu; the devil ~ed before him in the guise of a tiger, hantu itu menjelma di hadapannya dlm bentuk seekor harimau; stars ~ing one by one, bintang terbit satu demi satu; as soon as spots ~ed, the patient’s temperature started to fall, sebaik sahaja bintik-bintik timbul, suhu badan pesakit itu pun turun; b. (slowly) kelihatan: the clouds rolled away and the sun ~ed, awan berarak dan matahari pun kelihatan; they could hear the train long before it ~ed, mereka terdengar akan bunyi kereta api itu lama sebelum kereta api itu kelihatan; the reef only ~s when the tide is low, terumbu karang kelihatan hanya apabila air surut; a smile ~ed on his lips, dia kelihatan tersenyum;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disembarkvt menurunkan; (troops) mendaratkan: the troops were ~ed before daylight, askar-askar itu didaratkan sebelum terbit matahari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appearancen 1. becoming visible, a. (suddenly) kemunculan; (of spiritual, supernatural being) penjelmaan; (of star) terbitnya, terbit; (of rash) timbulnya, timbul: we were startled by his sudden ~,kami terkejut oleh kemunculannya yg tiba-tiba; the ~ of the rash confirmed the doctor’s diagnosis, timbulnya ruam mengesahkan diagnosis doktor;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forthcomingadj 1. a. approaching in time, akan datang: the amendments to the bill will be tabled in the ~ parliamentary session, pindaan rang undang-undang itu akan dibahaskan dlm sidang parlimen yg akan datang; b. about to appear, akan terbit: a list of ~ books, senarai buku yg akan terbit; 2. ready, available when required, diberikan: the promised help was not ~, pertolongan yg dijanjikan tdk diberikan; the money will be ~ when the agreement is signed, wang akan diberikan setelah perjanjian ditandatangani;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
day-labourern 1. light of day, cahaya /siang, matahari/: colours look different in the ~, di bawah cahaya matahari warna kelihatan berbeza; 2. dawn, (waktu) subuh, waktu terbit matahari: she was up at ~, dia bangun pd waktu subuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come~ up, a. come upstairs, naik; b. come to or above surface of water, timbul: to ~ up for air, timbul utk menyedut udara; c. rise (of sun) terbit; d. grow, tumbuh: the sunflowers I sowed last week have not ~ up yet, biji benih bunga matahari yg saya semai minggu lalu belum tumbuh lagi; e. happen, [no specif translation]; (when subj is not specified) berlaku, terjadi: to wait for an opportunity to ~ up, menunggu peluang; should a vacancy ~ up within the next few weeks..., sekiranya ada kekosongan dlm dua tiga minggu ini...; you look worried. Has anything ~ up?, kamu kelihatan risau. Ada apa-apa yg terjadi?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breakwar broke out between the two countries, peperangan meletus antara kedua-dua negeri itu; several fires broke out in the forest, api kebakaran mencetus di sana sini di hutan itu; cholera broke out in the refugee camp, wabak taun mula merebak di khemah pelarian itu; c. ( of rash etc ) appear, keluar, timbul; ( of sweat ) keluar, terbit, timbul: a rash broke out all over his body, <./i> ruam keluar di merata-rata badannya; sweat suddenly broke out on his forehead, tiba-tiba terbit keringat di dahinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appear6. come before the public, a. (gen) tampil: you cannot ~ in public dressed in such clothes, kamu tdk boleh tampil di khalayak ramai dgn berpakaian begitu; he was invited to ~ before the delegates at the convention, dia dipersilakan tampil di hadapan perwakilan dlm perhimpunan itu; b. (in a publication) tersiar: his article ~ed in a medical journal, artikelnya tersiar dlm sebuah jurnal perubatan; it was the first time his photograph had ever ~ed in a newspaper, itulah kali pertama gambarnya tersiar dlm akhbar; c. (of publication) terbit: a new magazine will ~ next month, sebuah majalah baru akan terbit pd bulan hadapan; d. (of recording) dikeluarkan; e. (for sale) terdapat: his latest novel first ~ed in the shops last week, novel terbarunya terdapat pd kali pertama di kedai-kedai minggu lepas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disintervt 1. exhume, menggali keluar: the body will have to be ~red, mayat itu terpaksa digali keluar; 2. unearth, menggali: the author’s unpublished works have been ~red by a student, karya-karya pengarang yg belum terbit itu telah digali oleh seorang pelajar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas