Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ri.ngat]/[ter.i.ngat] | ترايڠت

Definisi : ingat dgn tiba-tiba, terkenang, timbul dlm fikiran: dia ~ satu kisah yg hampir-hampir sama dgn pengalamannya sekarang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ri.ngat]/[ter.i.ngat] | ترايڠت

Definisi : ingat dgn tiba-tiba; terkenang: Setelah merantau selama tujuh tahun, dia ~ akan kampung halamannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teringat

Puisi
 

Sayang serindit dadanya biru,
     Mati disumpit Raja Paiman;
Selama teringat permatanya guru,
     Belum kujanji lepas di tangan.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Sehabis kelahi teringat silat.

Bermaksud :

Setelah pekerjaan selesai baru teringat akan apa-apa yang baik untuk mengerjakan pekerjaan tersebut.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dawn~ /on, upon/, (mula) + approp v: it ~ed on me that he had fabricated the story, saya mula menyedari bahawa dia telah mereka-reka cerita itu; it ~ ed on her where she had met him before, dia mula teringat di mana dia bertemu dgn lelaki itu dahulu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
anonadv (archaic & liter) soon, kelak, nanti: I shall see you ~, saya akan menemui saudara kelak; ever and ~, sekali-sekali, sekali-sekala, dr semasa ke semasa: ever and ~ she thought of her younger days, sekali-sekali dia teringat akan hari-hari mudanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come~ back, a. return, (of person) pulang, balik, kembali: when is he coming back?, bila dia pulang?; b. be fashionable again, menjadi popular /semula, kembali/: mini skirts are definitely coming back this year, fesyen skirt mini pasti akan menjadi popular semula tahun ini; c. return (to memory) teringat /semula, kembali/: their names and faces slowly came back, sedikit demi sedikit saya teringat semula nama dan wajah mereka; d. be reintroduced, restored, /diadakan, diwujudkan/ semula: due to the high incidence of murder, many people hope that capital punishment will ~ back, krn pembunuhan kerap berlaku ramai orang berharap hukuman bunuh akan diadakan semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eludevt 1. evade, mengelakkan diri: they were able to ~ the pursuing soldiers, mereka dapat mengelakkan diri drpd askar-askar yg mengejar mereka; for three years he has managed to ~ all responsibilities, selama tiga tahun dia dapat mengelakkan diri drpd segala tanggungjawab; 2. escape discovery, understanding, etc, tdk dapat + approp v: the solution ~d her, dia tdk dapat mencari penyelesaian; the meaning of her glance ~d me, makna kerlingannya tdk dapat saya fahami; 3. escape the memory of, tdk /teringat, dapat diingat/ oleh:I remember his face very well but his name ~s me for the moment, saya ingat benar wajahnya tetapi namanya saya tdk ingat pd ketika ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas