Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.tap] | تتڤ

Definisi : 1. selalu berada di tempatnya, tidak berpindah-pindah, tidak bergerak, tidak ber­ganjak: di dlm kursus sains ini kelak kita akan menemui benda-benda hidup yg tinggal ~ tidak bergerak beberapa lama; 2. tidak utk sementara: jawatan ini adalah ~ dan ber­­pencen; 3. tidak putus-putus, terus-menerus, selalu: dunia masih ~ berharap bahawa segala kejayaan Rusia di angkasa lepas itu hendaknya benar-benar dilakukan utk tujuan-tujuan damai; 4. tidak berke­sudahan, kekal selama-lamanya, lestari, abadi: kita di dunia ini tidak akan ~, mati juga akhirnya; 5. tidak berubah-ubah (keadaannya dll), selalu demikian halnya dll, sama (ke­adaannya): harga getah dan timah bergan­tung pd pasaran dunia dan oleh sebab itu tidak ~; 6. sudah pasti, tentu, mesti: gedung itu ~ akan dirasmikan pd hari itu; 7. teguh berpegang pd (pendirian, kepercayaan, keya­kin­an­nya, dll): dia ~ tidak mahu berdamai; 8. tidak berubah lagi (niat, keputusan, dll): niatnya utk menunaikan fardu haji sudah ~; ~ hati teguh hati, tabah hati; menetap tinggal dgn tetap (di), bermukim (di), duduk (di): ~lah mereka di sana utk membuka tanah, meneroka hutan utk dijadikan kampung; menetapi 1. menepati atau memenuhi (janji dll), menunaikan (niat, kaul, dll): dlm janji digaduhkan sampai janji ditetapi; 2. meme­nuhi (kewajiban, tanggungjawab, dll), men­jalankan (perintah), mematuhi; menetapkan 1. membuat supaya tetap (tidak goyah dll), menjadikan tetap (kekal, lestari, dll), mengekalkan: mereka hendak ~ apa yg telah ada; 2. menjadikan tetap (tidak utk sementara), melantik (menerima) sbg pegawai tetap: setelah berkhidmat selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dlm jawatannya; 3. memberi kepastian (ketentu­an), memastikan, menentukan: harinya mesti­lah ditetapkan utk membicarakan kes itu; 4. membuat keputusan, memutuskan: kami ~ hendak memberi bantuan kpd dua orang murid sahaja; 5. menjadikan tetap (tidak berubah-ubah keadaannya dsb): ~ harga; 6. memilih (melantik, mengangkat) jadi: mesyuarat telah ~ dia jadi wakil rom­bongan tersebut; 7. meneguhkan (hati, janji, dll): oleh itu ia telah ~ hatinya sedia hendak menghadapi untung nasib; 8. memperkuat, memperkukuh: fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri itu; mempertetap, mempertetapkan menjadi­kan lebih tetap: ampun tuanku beribu-ribu ampun pertetapkan juga hati tuanku; ketetapan 1. perihal tetap, kepastian, ke­ten­tuan: apa yg sedang berlaku dlm masya­ra­kat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbang­an: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (per­lantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia; ~ pajak Id taksiran pajak (cukai dll); penetapan 1. perihal menetapkan, pemas­tian, penentuan: ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; 2. perihal menetapkan (harga, keadaan, dsb); 3. pelantikan (jawatan dll), pengangkatan; 4. pelaksanaan (kewajib­an dll), penunaian (janji dll); 5. keputusan (pendapat dll); penetap sesuatu yg digunakan utk menetap­kan (menyelaraskan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.tap] | تتڤ

Definisi : menetap mengeringkan (air mata dll) dgn kain dll, mengelap (dakwat, air, dll), mengesat: ditetapnya air matanya dgn sapu tangan; penetap sesuatu yg dipakai utk menetap; kertas ~ kertas kembang, kertas lap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.tap] | تتڤ

Definisi : tatap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.tap] | تتڤ

Definisi : 1 tidak berpindah atau tidak berganjak dr tempatnya: Orang tua­nya ~ tinggal di kampung, tidak mahu berpindah ke tempat lain. 2 tidak berubah-ubah keadaannya atau halnya; selalu demikian halnya: Sekali merdeka ~ merdeka. 3 kekal sepanjang masa atau kekal utk selama-lamanya: Moga-moga persahabatan kita ~ hingga ke akhir hayat. 4 sudah pasti; tentu; mesti: Mesyuarat tsb ~ akan diadakan pd hari itu. 5 bukan utk sementara waktu: Jawatan ini ~ dan berpencen. 6 ki teguh berpegang pd kepercayaannya, pendapatnya dll: Dia ~ tidak mahu berdamai dgn musuhnya. menetap duduk atau tinggal dgn tetap di sesuatu tempat: Ada yg pulang ke kampung halamannya dan ada juga yg ~ di kota. menetapi memenuhi atau menunaikan janji dll: Dia tidak pernah ~ janjinya. menetapkan 1 menentukan; memastikan: Mereka telah ~ hari utk membincangkan perkara tsb. 2 mengambil atau membuat keputusan ttg sesuatu perkara; memutuskan: Kami ~ hendak memberikan bantuan kpd kanak-kanak yg miskin saja. 3 membuat supaya tetap; menjadikan tetap; me­ngekalkan. ketetapan 1 sesuatu yg sudah ditetapkan atau diputuskan; keputusan; ketentuan: Mereka telah membuat ~ utk merayu kpd pihak maji­kan supaya mengambil balik pekerja-pekerja yg dipecat dahulu. 2 keteguhan hati atau kemahuan; ketabahan hati. penetapan perbuatan atau hal menetapkan; penentuan. penetap se­suatu yg menetapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetap
1. Bersinonim dengan kekal
( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, )
(adjektif:)
Berantonim dengan sementara

2. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan terhenti-henti

3. Bersinonim dengan pasti
( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan,

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
irregularf. (of teeth) tdk teratur; 2. uneven in duration, continuity, order, (secara) tdk tetap: his attendance is ~, kehadirannya tdk tetap; trading on the exchange was ~, dagangan di bursa saham tdk tetap; the pay was good but the hours were ~, gajinya tinggi tetapi waktu kerjanya tdk tetap; he comes at ~ intervals, dia datang secara tdk tetap; the child’s breathing suddenly became ~, pernafasan kanak-kanak itu tiba-tiba menjadi tdk tetap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
invaluableadj (fixed) tetap; (unchanging) tdk berubah-ubah; (habitual) biasa; (unfailing), [not translated]: ~ temperature, suhu tetap; an ~ rule, peraturan tetap; one of the ~ laws of nature, salah satu hukum alam yg tdk berubah-ubah; it has become his ~ practice to go for morning walks, sudah menjadi amalan biasanya pergi berjalan-jalan pd waktu pagi; their ~ reply was..., jawapan biasa mereka ialah...; he greeted them with his ~ courtesy, dia menyambut mereka dgn penuh sopan santun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adamantadj 1. (in character) /keras, tegar/ hati (sifatnya), (bersifat) tegar: I wish she were less ~, kalaulah dia tdk begitu keras hati; 2. (in resolution) tetap /berpendapat, berpendirian/, /tetap dgn, tdk berganjak drpd/ pendirian sso: he was ~ that he was fit to work, dia tetap berpendapat bahawa dia sudah sihat dan dapat bekerja; on this issue, I am ~, saya tetap dgn pendirian saya ttg perkara itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
habituén pengunjung tetap: a ~ of the theatre, pengunjung tetap teater.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fickleadj mudah berubah-ubah (hati), tdk tetap hati; (of weather) mudah berubah-ubah, tdk tetap: she has a ~ disposition, dia mudah berubah-ubah orangnya; a ~ lover, kekasih yg mudah berubah-ubah hati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
constantadj 1. unchanging, tetap, malar: to drive at a ~ speed, memandu dgn kelajuan yg tetap; ~ temperature, suhu malar; 2. continuous, sentiasa; (of chattering, complaint, interruption) tdk /putus-putus, henti-henti/: she needs ~ attention, dia sentiasa memerlukan perhatian; her ~ complaints irritated her husband, rungutannya yg tdk putus-putus menjengkelkan suaminya; 3. faithful, setia: a ~ friend, kawan setia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fixedadj 1. attached firmly, terpasang: the seats are firmly ~ to the floor, tempat duduk itu terpasang dgn teguh pd lantai; 2. not changing, invariable, tetap: ~ interest rate, kadar bunga yg tetap; I have no ~ plan for the future, saya tdk ada rancangan tetap utk masa depan; he has some ~ ideas on the subject, dia mempunyai gagasan-gagasan tetap ttg perkara itu; ~ price, harga /tetap, mati/; 3. (of facial expression) terpaku: his ~ stare embarrassed me, renungannya yg terpaku membuat saya berasa malu; she had a ~ smile on her face, senyuman terpaku di wajahnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
evenadj 1. level, smooth and flat, rata: make sure the surface is ~ before you lay the tiles, pastikan permukaan rata sebelum kamu meletakkan jubin; 2. steady and unchanging, tetap: his ~ breathing showed that he was asleep, pernafasannya yg tetap menunjukkan bahawa dia sudah tidur; he drove at an ~ speed, dia memandu dgn kelajuan yg tetap; 3. equal in number, amount or quantity,sama rata: ~ distribution of income and wealth, pengagihan pendapatan dan kekayaan yg sama rata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clockworkn sawat jam: the toy train runs by ~, kereta api mainan itu berjalan dgn menggunakan sawat jam; as regular (ly) as ~, tetap pd waktunya: his daily routine is as regular as ~, kebiasaan hariannya tetap pd waktunya; like ~, dgn lancar: the holiday arrangements went like ~, rancangan percutian itu berjalan dgn lancar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
afloatb. (fig.) menyelamatkan sst: the millions required to keep the bank ~, wang berjuta-juta yg diperlukan utk menyelamatkan bank itu ; /remain, stay/ ~, tetap terapung: the ship remained ~ in spite of the gaping hole in her side, kapal itu tetap terapung meskipun terdapat lubang besar di bahagian tepinya; set st ~, a. cause st to float in water, mengapungkan sst: he set his toy boat ~ on the pond, dia mengapungkan bot mainannya di kolam itu; b. launch st, melancarkan sst: the scheme was set ~ last week, skim itu dilancarkan minggu laluKamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas