Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menimang, menimang-nimang 1. memegang anak dgn kedua-dua belah tangan sambil melambung-lambungkannya sedikit: ibu itu ~ anaknya; 2. meletakkan sesuatu pd tapak tangan serta menggerak-gerakkan tangan ke atas ke bawah: ia me-nim­ang-nimang gelang emas itu utk mengagak beratnya; 3. menimbang-nimbang (memper­timbangkan), memikirkan baik-baik: ~ buruk baik sesuatu rancangan; belum beranak sudah ditimang, belum duduk sudah ber­lunjur prb sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksud; menimangkan sl mengangkat, mempertim­-bangkan: maka anakanda baginda Raja Muzaffirlah ditimangkan baginda akan kerajaan; timangan, timang-timangan 1. = anak ~ anak yg sangat dikasihi atau dimanjakan; 2. = nama ~ nama lain drpd nama yg diberikan ketika lahir, gelaran: namanya Saliah, juga dipanggil comel sbg nama timang-timangan sejak kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
timang
Kata Terbitan : timangan, timang-timangan,

Puisi
 

Kalau tahu lemaknya lada,
     Ambil minyak linang-linangkan;
Kalau nak tahu lemaknya janda,
     Ambil anak timang-timangkan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Anak sendiri disayang,
     anak tiri dibengkeng.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
appropriateness<i>n suitability,i> a. (<i>geni>) kesesuaian: <i>the ~ of a nickname,i> kesesuaian nama timang-timangan; b. (<i>of action, measure, step, etci>) kesesuaian; c. (<i>of remunerationi>) kesesuaian, kesepadanan; d. (<i>of punishment, retribution, etci>) kesesuaian, kewajaran; e. (<i>of amount charged, fine, etci>) kepatutan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas