Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : 1. titis, derai (air dll): drpd kelopak mata-nya mengalir ~-~ air mata meminta belas kasihan; hujan masih turun setitik-setitik; 2. = bertitik keluar atau jatuh ber­derai-derai: hujan ~ semula dan kilat sesekali memancar; darahnya ~ ke bumi; ~ buta (Ubat) bahagian retina yg tidak peka terhadap cahaya; ~ lidah sl perkataan; ~ peluh penat lelah (usaha yg bersungguh-sungguh); ~ drpd mulutnya sl dikatakan (diucapkan, dijanji-kan, dll); ~ selera sangat inginkan (sesuatu makanan); biar ~ jangan tumpah prb biar menanggung kerugian kecil jangan menanggung kerugian besar; takut ~ lalu tumpah prb hendak meng-elakkan kerugian kecil akhirnya men­dapat kerugian besar; ~ ditampung, meresap dipalit prb pemberian atau penghasilan meski sedikit pun akan diterima jua; bertitik, menitik menitis, berderai: hujan mulai menitik, mula-mula setitik-setitik kemudian mencurah-curah; dititik belah, dipalu datar prb kerosakan yg tidak dapat diperbaiki lagi; menitiki menitiskan (air dll) pd; menitikkan menjatuhkan (menyebabkan ke luar) bertitik-titik, menitiskan (air dll): doktor itu mencuci matanya dan ~ ubat ke dlm kelopak matanya; titikan titisan (air dll); penitikan perihal menitikkan sesuatu, peni-tisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : 1. tanda yg bulat halus (utk menun­jukkan tempat berhenti membaca, tempat tumpuan, dll), noktah: di hujung tiap-tiap ayat hendaklah dibubuh ~; 2. ki sesuatu (keadaan, perkara, hal, ketika, dll) yg penting (khusus, menarik perhatian, dll): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu ~ pengertian; pd satu ~, peng­iktirafan dan mutu tidak dapat dipisahkan; ~ api Id tumpuan pertemuan sinar yg dibalik­kan atau dipecahkan oleh kanta; ~ bengik kecil, remeh, tidak penting: jangan terlalu cenderung dgn hal-hal yg ~ bengik; ~ ber-tindih tanda yg terdiri drpd dua titik bertindih (tanda :) digunakan dlm penulisan sebelum mem­perkenalkan atau menyenaraikan sesuatu; ~ cuali = ~ neutral (Fiz) suatu tempat di antara dua kutub magnet di mana tidak terdapat medan atau kesan magnet; ~ didih Id tingkat suhu apabila sesuatu cecair men­didih; ~ dua titik (noktah) bertindih (tanda :); ~ kata kata pemutus, keputusan; ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya, koma bernoktah (tanda ;); ~ mata a) titik (tempat) pd sesuatu yg menjadi tum­puan pelihatan mata; b) ki sesuatu yg menarik perhatian (minat) orang ramai; ~ menen­gah ark titik pusat; ~ pangkal = ~ tolak perkara yg menjadi bahan atau yg di­guna­kan utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi se­suatu (usaha, kegiatan, dll); ~ peralihan sesuatu yg menjadi atau menandakan per­mulaan sesuatu per-ubahan atau perkembangan baru; ~ per­mulaan sesuatu (hal, keadaan, keja­dian, keja­yaan, pengemukaan, dll) yg menjadi punca atau asas utk mencapai sesuatu yg lebih besar (yg selanjutnya); ~ perpuluhan tanda titik di antara dua rangka yg mengasingkan angka se(satuan) dgn pecahan perpuluhan; ~ persa­maan unsur-unsur (bahagian-bahagian) yg menampakkan persamaan (antara bebe­rapa pendapat dll); ~ persilangan (Mat) tum­puan pd persilangan dua garis (tempat ber­silang dua garis); ~ pusat Id titik di tengah-tengah bulatan dll; ~ sentuh (Mat) tumpuan (tempat) garis kena (ber-sentuh) pd sempadan (batas) bulatan; ~ tolak = ~ pangkal; tidak tentu ~ komanya ki tidak tentu hujung pangkalnya (bkn percakapan seseorang); menitik membubuh tanda titik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : bertitik dipukul, ditempa; emas ~ emas yg ditempa; menitik 1. memukuli (besi, emas, dll) ber­kali-kali, menempa: orang yg hendak di­hukum bunuh terlebih dahulu dititik semua tulang sendinya sehingga hancur; ~ emas; 2. bp memukul (kerana mendenda), merotan: kalau kau tidak ke sekolah esok aku titik sampai teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : titis atau derai air dsb. ~ peluh penat lelah atau usaha yg sungguh-sungguh. menitik jatuh setitik demi setitik (ttg air dsb); menitis: Air matanya ~ membasahi surat yg sedang dibacanya itu. menitikkan menyebabkan ke­luar setitik demi setitik; menitiskan. titikan apa-apa yg menitik; titisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : tanda yg bulat dan kecil (utk menandakan tempat berhenti mem­baca atau utk menunjukkan bahawa sesuatu ayat sudah lengkap dsb); noktah. ~ dua noktah bertindih. ~ kata kata pemutus. ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya. ~ permulaan sesuatu peristiwa atau perkara yg menjadi punca kejadian tertentu. ~ perpuluhan tanda titik yg mengasingkan angka penuh dgn angka perpuluhan. ~ persamaan unsur(-unsur) yg menunjukkan ke­samaan beberapa perkara. menitik membubuh tanda titik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : ; menitik memukul besi, emas dll berkali-kali; menempa: Ia ~ besi utk dijadikan parang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titik (kata nama)
Bersinonim dengan titikan, titis, titisan, percikan, deraian, jujuran, juraian, ketel, ketes;,
Kata Terbitan : bertitik, menitik, menitikkan, penitikan,

Puisi
 

Anak itik jatuh ke pantai,
     Memakan jambu anum;
Liur titik gugur ke lantai,
     Melihat balu orang lagi anum.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Biar titik,
     jangan tumpah.

Bermaksud :

Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dropn 1. globule of liquid, titik, titis: ~s of dew on the grass, titik-titik embun di atas rumput; put two ~s of this vitamin in his milk, masukkan dua titik vitamin ini ke dlm susunya; /by, in/ ~s, setitik-setitik: the medicine came out in ~s, ubat itu keluar setitik-setitik; to the last ~, hingga /habis, licin/; 2. lozenge, gula-gula: cough ~s, gula-gula batuk; 3. slump, fall, kejatuhan: a big ~ in prices, kejatuhan harga yg besar; 4. fall, descent, jarak jatuh: a 100m ~ to the ground, jarak jatuh 100m ke tanah; 5. see DROP-KICK; 6. see DROP-CURTAIN;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
condensevi memeluwap: steam ~s into water droplets, wap itu memeluwap menjadi titik-titik air;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beadn 1. ornamental rounded object, manik: a string of ~s, seuntai manik; 2. (of rosary) a. (as used by Muslims) buah tasbih; b. (as used by Catholics) buah rosario; tell o’s ~s, a. (rel to a Muslim) /berzikir, berwirid/ sambil membilang buah tasbih; b. (rel to a Catholic) berdoa dgn membilang buah rosario; 3. small drop, titik: ~s of sweat, titik-titik peluh; ~s of dew, titik-titik embun; 4. (of gun) pembidik, pejera: draw a ~ on st, membidik sst; 5. (archit) kumai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
full stopn 1. (punctuation mark), (tanda) /titik, noktah/; 2. complete stop, titik: you’re not going to the party, ~, kamu tdk boleh pergi ke majlis itu, titik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
common groundn (titik) persamaan: they could not find ~ for negotiation, mereka tdk dapat mencari titik persamaan utk berunding; although we were two very different people, we had sufficient ~ to be able to get along, walaupun kami adalah dua orang yg sangat berbeza kami mempunyai titik persamaan yg mencukupi utk bergaul mesra.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dotvt 1. place dot over, membubuh titik pd, menitik: to ~ the “i”s, membubuh titik pd huruf-huruf “i”; ~ /the, o’s/ i’s and cross /the, o’s/ t’s, approp v + dgn teliti: the boss is very fussy; you’ll have to learn to ~ your i’s and cross your t’s, bos itu sangat cerewet; kamu mesti bekerja dgn teliti; 2. mark with dots, membubuh titik pd: he ~ted the area affected by the floods, dia membubuh titik pd kawasan yg terlibat dgn banjir: 3. cover with st resembling dots, (usu pass.) bertaburan di: the night sky was ~ted with millions of stars, berjuta-juta bintang bertaburan di langit malam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
distancen 1. length of space between two points, jarak: measure the ~ between point A and point B, ukur jarak antara titik A dan titik B; the ~ between a person’s eyes, jarak antara mata sso; the ~ between the two towns is 42 kilometres, jarak antara kedua-dua bandar itu ialah 42 kilometer; long - ~ runner, pelari jarak jauh; 2. space of time, /jangka, jarak/ /waktu, masa/: he looked back over a ~ of 25 years, dia memandang ke belakang ke jangka waktu lebih 25 tahun; 3. state of being distant, dr jauh: ~ lends enchantment to the view, dr jauh pemandangan itu kelihatan sangat indah; 4. route, course, sepanjang jarak: he ran the ~ in record-breaking time, dia berlari sepanjang jarak itu dlm masa yg memecahkan rekod; 5. reserve, unfriendliness, kerenggangan, hubungan renggang: there is a great ~ between the two cousins, hubungan antara kedua-dua sepupu itu amat renggang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dottedadj (ber)titik: ~ line, garis titik; sign on the ~ line, menurunkan tandatangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dotn small round spot, titik; (appearing in large numbers on dress, leaf, etc) bintik: you have forgotten to put the ~ on the “j”, kamu terlupa membubuh titik pd huruf “j”; a ~ of red paint, setitik cat merah; she was wearing a red blouse with white ~s on it, dia memakai blaus merah yg berbintik putih; she watched until the ship became a mere ~ on the horizon, dia memperhatikan kapal itu sehingga menjadi satu titik di ufuk; on the ~, (colloq) tepat pd /masanya, waktunya/; (of specified time) tepat: we arrived on the ~, kita tiba tepat pd masanya; 8 o’clock on the ~, pukul 8 tepat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glistenvi (shine from or as if from wetness) berkilat; (sparkle, gleam by reflecting light) berkilau-kilau: the wet road ~ed under the street lights, jalan yg basah itu berkilat disinari lampu jalan; his body ~ed with sweat, badannya berkilat dgn peluh; she brushed her hair till it ~ed, dia memberus rambutnya sehingga berkilat; dew drops ~ing on the leaves, titik-titik embun yg berkilau-kilau di atas daun; her eyes ~ed with tears, matanya berkilau-kilau digenangi air mata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas