[toh.mah] | توهمه
Definisi : = tohmahan tuduhan yg berdasarkan syak wasangka, tuduhan yg melulu: dia tidak terlepas drpd ~ mereka; mentohmah membuat tuduhan yg melulu: Siti Haida menceritakan bahawa dlm masa menjanda dirinya pernah ditohmah dan difitnah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[toh.mah] | توهمه
Definisi : , = tohmahan anggapan buruk terhadap sesuatu sebelum mengetahui hal yg sebenarnya; prasangka. mentohmah menuduh tanpa mengetahui hal yg sebenarnya; menuduh dgn melulu: Dia tetap bersabar walaupun ditohmah dgn pelbagai tuduhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)