Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tong.kat] | توڠکت

Definisi : sekerat rotan (kayu dll) yg dipegang ketika berjalan (utk menyokong dll): apabila berjalan-jalan ia selalu membawa ~ semam­bunya; ~ ampai sj tongkat yg dipakai utk mencari mata air (sumber minyak dll), joran ampai; ~ kail batang (baur) kail; ~ membawa rebah prb orang yg diamanah­kan membuat sesuatu dia sendiri merosak­kannya; lagi ~ lagi senjata prb perihal seorang yg mendapat dua macam pertolongan dlm satu pekerjaan; patah ~ bertelekan (berjere­mang), habis hulubalang bersiak prb terus berusaha (tidak pernah putus asa); bertongkat memakai (membawa, memegang, dll) tongkat: yg capik datang ~; ~ lidah sumbing dan lebar mulutnya; ~ lutut (duduk, membongkok) bertelekan, berteleku pd lutut; ~ tangan (ruas) berteleku;~ jarum prb sesuatu yg mustahil diperoleh (ejekan); ~ senduk (tempurung) Mn, prb sudah tua sekali (orang); ~ tebu Mn, prb berjalan bersama-sama isteri atau kekasih; patah sayap ~ paruh prb tidak putus asa mengerjakan se-suatu dgn sehabis-habis usaha; bertongkatkan menggunakan sesuatu sbg tongkat: Tuk Penghulu berdiri dgn ~ sebatang kayu panjang sedepa; tidak beberapa lama kemudian tampillah seorang lelaki tua yg ~ sebatang lembing; menongkat 1. menopang, menunjang: ~ dagu menopang dagu; 2. ki menganjung-anjung, mempertinggi; ~ langit a) ki hidup di dunia seolah-olah sampai bila-bila atau selama-lamanya: masakan dia hendak ~ langit; b) berada dlm kedudukan yg tegak berdiri dan tinggi seolah-olah menopang langit: pohon-pohon nyiur yg ~ langit kian kabur pd pan-dangan; menara berkembar Petronas yg terpacak ~ langit; menongkatkan menurunkan tongkat sesuatu: ~ basikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.kat] | توڠکت

Definisi : ; ~ ali sj tumbuhan (pokok), Grewia umbellata; ~ baginda sj tumbuhan (pokok renek), Eurycoma longifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.kat] | توڠکت

Definisi : sekerat kayu, rotan dll yg di­pegang ketika berjalan utk menyo­kong dll. bertongkat menggunakan atau membawa tongkat: ~ lutut duduk membongkok dgn bertelekan lutut. menongkat menopang; me­nun­jang: ~ dagu menopang dagu. ~ langit ki lama atau selama-lamanya (ttg hidup). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tongkat (kata nama)
Bersinonim dengan angkus, angkusa, kusa, toya, toyah, toyak, belantan, pentungan, gada, tembung;,
Kata Terbitan : menongkat,

Puisi
 

Barat daya kencang semalam,
     Tongkat patah titian roboh;
Apalah daya bujang semalam,
     Mengembang bunga di wajahnya subuh.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lagi tongkat lagi senjata.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
batonn 1. (used by conductor of orchestra etc) baton; 2. truncheon, cota, belantan, tongkat waran; 3. (athletics) baton; 4. drum major’s stick, baton; 5. staff as symbol of office, tongkat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alpenstockn tongkat pendaki gunung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
divining-rodn tongkat nujum.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crosiern staff carried by bishop, tongkat /bishop, uskup/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crookn 1. hooked staff, tongkat berkelok; 2. bend, curve, [various translations]: she carried the baby in the ~ of her arm, dia mendukung bayi itu; bend the wire into a ~, lengkungkan dawai itu; 3. (colloq) criminal, swindler, penyangak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
functionvi 1. serve, act, berfungsi: participles often ~ as nouns, partisipel selalu berfungsi sbg kata nama; the walking stick ~s as a prop, tongkat boleh berfungsi sbg penopang; they ~ed as observers rather than participants, mereka berfungsi sbg pemerhati dan tdk sbg peserta; 2. operate, work, (of organization) berfungsi; (of machine, vehicle, etc) berjalan; (of telephone etc) hidup, /boleh, dapat/ digunakan: the car ~s best on high grade petrol, kereta itu berjalan baik sekali dgn menggunakan petrol gred tinggi; the telephone doesn’t ~, telefon itu tdk hidup.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goe. be guided by, berpandukan: seamen in those days had only the stars to ~ by, pd masa lalu pelaut hanya berpandukan bintang-bintang; f. judge, act according to, [various translations]: ~ing by her ways she must be a very rich woman, melihat cara-caranya, dia tentulah seorang wanita yg sangat kaya; the information given is not enough to ~ by, maklumat yg diberikan tdk cukup utk dijadikan asas bertindak; ~ by the name of, dikenali dgn nama: the poet, Usman Awang, ~es by the name of Tongkat Warrant, pensyair Usman Awang dikenali dgn nama Tongkat Warrant;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
canen 1. stem, a. (of bamboo), (batang) buluh; b. (of rattan) rotan; c. (of sugar-cane), (batang) tebu; 2. see SUGAR-CANE; 3. strip, a. (of bamboo), (bilah) buluh; b. (of rattan), (bilah) rotan; 4. (attrib), (yg dibuat drpd) rotan: ~ chair, kerusi rotan; 5. walking-stick, tongkat; 6. rod used for beating, rotan; get the ~, kena rotan, dirotan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas