Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; besi ~ besi yg dibuat drpd besi yg dicairkan dgn menggunakan acuan, besi cetak; pindah ~ (darah) Id pemindahan darah, transfusi darah; bertuang (yg) dicetak (drpd besi yg dicair­kan): tangga rumah emas ~, ibu tangga emas bertitik; menuang 1. mencurahkan (mengisikan) barang cair ke dlm bekas: Mahat duduk dan ~ kopi ke dlm cawan; 2. melebur (logam) dgn memanaskannya: ~ bijih timah; 3. mencetak leburan besi dll ke dlm acuan (utk membentuk sesuatu): tembaga yg sudah dileburkan itu dituang dijadikan berbagai-bagai barang; adat diisi, lembaga dituang prb dilakukan menurut aturan yg biasa; menuangi 1. menuang (air, minyak, dll) ke, mengisi (cawan dll) dgn barang cair (minuman dll): menyambar-nyambar api itu bagaikan dituangi minyak kereta; ia ~ gelas­nya sendiri dan meneguknya dgn lahap; 2. menghujani (peluru, kata-kata), melepaskan (kata-kata, tembakan): di Amerika dan di Eropah Barat, kita dituangi dgn kata-kata bahawa komunis yg menjadi pokok keka­cauan; menuangkan mencurahkan (memasukkan) barang cair ke dlm bekas atau acuan: kami pun ~ minuman keras itu ke dlm gelas masing-masing dan mula minum; selepas dilebur, timah itu dituangkan ke dlm acuan yg berbentuk bata; tuangan 1. (sesuatu) yg dituang; besi ~ besi tuang, besi cetak; 2. cetakan, acuan: pendek­nya sungguh cantik ~nya. ketuangan; hari ~ Ruhulkudus Id hari utk merayakan turunnya Ruhulkudus (menurut agama Kristian); penuangan perihal menuang (menuangi, menuangkan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menuang 1 mencurahkan benda cair dr sesuatu bekas: Sesudah ~ air minuman ke dlm cawan, ia pun pergi ke dapur. 2 meleburkan logam dgn memanaskannya. 3 mencetak leburan besi dll ke dlm acuan. menuangi menuang (cecair) ke; mengisi (se­suatu) dgn cara menuang: Semua cawan di­­tuangi teh. menuangkan menuang utk orang lain. tuangan 1 apa-apa yg dituang: besi ~. 2 hasil menuang (mencetak); cetakan: blok ~. penuangan perbuatan atau hal menuang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuang
Kata Terbitan : menuang, menuangkan, penuangan,

Puisi
 

Tinggi Bukit Sagumilang-milang,
     Tuang air di daun terkenang-kenang;
Budi sedikit juga kan hilang,
     Seumur hidup jadi kenangan.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cast iron<i>ni> besi tuang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cast-iron<i>adji> 1. besi tuang; 2. (<i>fig.i>) tdk boleh diganggu gugat (lagi): <i>a ~ decision,i> keputusan yg tdk boleh diganggu gugat lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hopper<i>ni> 1. (<i>insecti>) lelompat; 2. (<i>funnel-shaped devicei>) corong tuang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cut15. <i>cross,i> memotong: <i>the line AB ~s the circle at two points,i> garisan AB memotong bulatan itu pd dua titik; 16. <i>alsoi> ~ off <i>stop, interrupt,i> memotong: <i>they ~ the water-supply in our area,i> mereka memotong bekalan air di kawasan kami; 17. <i>record sound on,i> merakamkan: <i>the singer has already ~ two albums,i> penyanyi itu telah merakamkan dua buah album; 18. (<i>sli>) <i>absent os from,i> tuang, ponteng: <i>to ~ lectures,i> ponteng kuliah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas