Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.li] | تولي

Definisi : tidak dapat mendengar (kerana rosak alat pendengaran), pekak; ~ sebelah tidak dapat mendengar dgn sebelah telinga; buta ~ tidak mempedulikan sesuatu apa; menulikan = ~ telinga 1. menyebabkan jadi tuli (kerana terlalu kuat bunyinya dll), memekakkan: teriakan penjaja itu ~ telinga; 2. membuat tuli (dgn sengaja), berpura-pura tuli (kerana tidak mahu mendengar dll); ketulian perihal tuli, kepekakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.li] | تولي

Definisi : tidak dpt mendengar kerana alat pendengarannya rosak; pekak: buta ~ tidak mengendahkan sesuatu apa pun. menulikan menyebabkan menjadi tuli (kerana terlalu kuat bunyinya); memekakkan: ~ telinga berpura-pura tidak mendengar; membuat tuli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuli (adjektif)
Bersinonim dengan pekak, congek, tuna kerna.,

Puisi
 

Burung merbuk di tepi pekan,
     Pipit tuli mati terjerat;
Buah mabuk jangan dimakan,
     Pokok berduri jangan dipanjat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti si buta mendapat tongkat,
     dipukulkan buta-tuli.

Bermaksud :

Menjadi sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
deaf-and-dumbadj (utk) orang /bisu dan tuli, bisu tuli/; (of person) bisu dan tuli, bisu tuli: ~ language, bahasa orang bisu tuli; ~ alphabet, abjad utk orang bisu tuli; a ~ child, kanak-kanak bisu tuli.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deafenvt 1. ( permanently), (act.) membuat [sso] /pekak, tuli/; (pass.) menjadi /pekak, tuli/: the explosion ~ed her for life, letupan itu membuatnya pekak seumur hidup; 2. (of loud noise, temporarily), a. (for its duration), (act.) memekakkan, membingitkan; (pass.) bingit telinga: they were ~ed by the loud music, bingit telinga mereka oleh bunyi muzik yg kuat itu; b. (after it has ceased), (act.) membengangkan, membengapkan, membengalkan; (pass.), (menjadi) /bengang, bengap, bengal/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deafadj pekak, tuli; (temporarily) bengang, bengap, bengal: to be ~ in one ear, pekak sebelah; I’m still ~ from travelling in the plane, telinga saya masih bengap krn penerbangan tadi; be ~ to, /memekakkan, menulikan/ telinga [sso] thdp, sengaja tdk mahu mendengar: he is ~ to all her suggestions, dia memekakkan telinganya pd segala cadangan gadis itu; turn a ~ ear to, memekakkan telinga thdp, tdk menghiraukan: he turned a ~ ear to my pleas, dia memekakkan telinga thdp rayuan saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deaf muten (orang) /bisu tuli, pekak bisu/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blindadv 1. relying solely on instruments, dgn berpandukan alat semata-mata: to fly ~, terbang dgn berpandukan alat semata-mata; 2. without adequate knowledge, /secara, dgn/ /membuta tuli, membabi buta/: to buy a piece of land ~, membeli sebidang tanah secara membuta tuli; 3. into a stupor, /sampai, hingga/ /lupa diri, terlengar/: he drank himself ~, dia minum sampai lupa diri; ~ drunk, mabuk bunga selasih, mabuk semabuk-mabuknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blindlyadv 1. in a blind manner, spt orang buta: he groped ~ in the dark, dia meraba-raba spt orang buta dlm kegelapan; 2. without reason, foresight, secara /membabi buta, membuta tuli/: to follow so. ~, mengikut sso secara membabi buta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blindadj 1. sightless, buta: he is ~ in one eye, matanya buta sebelah; 2. for sightless persons, orang buta; a ~ school, sekolah orang buta; 3. unable, unwilling to understand or judge, tdk nampak: to be ~ to the dangers of the situation, tdk nampak bahaya keadaan itu; she seems ~ to the drawbacks of the plan, dia seolah-olah tdk nampak kekurangan rancangan itu; 4. not based on reason, evidence or knowledge, secara /membabi buta, membuta tuli/: ~ obedience, kepatuhan secara membabi buta;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas