Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.buh] | تومبوه

Definisi : 1. hidup dan menjadi bertambah besar atau sempurna (benih, pokok, rambut, dll): anak kelapa sudah mulai ~; janggutnya ~ panjang; 2. menjadi besar (tubuh badan dll), sedang naik: perempuan muda yg sedang ~; 3. terbit, terjadi, timbul (perkara): jika ~ satu-satu hal, aku tidak tahu, aku tidak mahu bertanggungjawab lagi; ~ di tanah yg gembur prb anak gadis yg kaya ibunya; di mana ~ di situ disiang prb jika telah terjadi sesuatu perkara atau perselisihan barulah diperiksa (diselesaikan); kerambil ~ di matanya prb a) perempuan muda yg elok rupa parasnya dan kaya pula; b) pembesar negeri yg cerdik lagi berada; tak ~ tak melata prb orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya; bertumbuh hidup, tumbuh: pokok labu air itu ~ menjalar ke sana ke mari; menumbuhi tumbuh (hidup) di: orang yg darahnya kotor selalu ditumbuhi jerawat; menumbuhkan 1. menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah: baja ini gunanya utk ~ benih semaian itu dgn cepat; 2. menjaga atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dll) dgn sempurna, memperbesar, memperkembang: tidaklah lebih menguntungkan bagi Filipina utk pindah kpd bahasa Melayu-Indonesia drpd ~ bahasa Filipina itu; 3. mendatangkan (menimbulkan, menerbitkan) sesuatu perasaan (perselisihan dll): pertentangan mata antara gadis dgn pemuda itu akhirnya ~ kasih sayang yg tiada taranya; tumbuhan 1. sesuatu yg tumbuh (berkecam­bah, hidup, dll); 2. = tumbuh-tumbuhan segala yg hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun, dll), pokok: paku-pakis mempunyai beberapa sifat yg sama dgn tumbuh-tumbuhan berbunga; 3. Jk sj bisul dlm daging; ~ dwimusim (Bio) tumbuhan yg menamatkan kitar hidupnya dlm dua musim, spt kubis dan lobak merah; ~ saka (Bio) tumbuhan yg hidup lebih drpd dua tahun (biasanya berbatang keras, berbunga serta berbuah pd setiap musim), mis pokok jati; ~ semusim (Bio) tumbuhan yg menyempurnakan keseluruhan kitar hidup-nya dlm satu musim tanaman (satu tahun), mis padi, jagung; ketumbuhan 1. ditumbuhi oleh: halaman rumah yg dahulunya dijagai dan ditanami bunga, sekarang ~ lalang; 2. penyakit kulit (yg mudah berjangkit), cacar; jenis-jenisnya: ~ bungkus, ~ jagung, ~ jintan, ~ ketumbar, dll; 3. (Ubat) tisu yg membesar atau mem­bengkak secara tidak normal, mis tumor; 4. = tumbuhan Jk sj bisul dlm daging; pertumbuhan perihal tumbuh, perkem-bangan: pokok yg tidak cukup baja dan air akan terbantut ~nya; penumbuhan perihal menumbuhkan: jaminan itu tidak akan bererti kalau usaha ~ bahasa itu sendiri tidak berjalan dgn sewajarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.buh] | تومبوه

Definisi : ; ~ kelapa = ~ nyiur sj tumbuhan (pokok), Arthrophyllum diversifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.buh] | تومبوه

Definisi : 1 hidup dan bertambah besar (ttg benih, pokok dll). 2 menjadi besar ttg tubuh dsb); membesar. 3 timbul dan bertambah sempurna (ttg bahagian tubuh spt gigi, rambut). 4 timbul atau terbit sesuatu hal: Jika ~ sesuatu perkara, beritahu saya. menumbuhi tumbuh di: Kulitnya ditumbuhi bintik-bintik merah. menumbuhkan 1 menjadikan tumbuh atau hidup; memelihara su­paya berkembang atau bertambah besar. 2 menimbulkan atau mem­bangkitkan sesuatu perasaan: Apa yg ~ perselisihan itu? tumbuhan 1 = ketumbuh sesuatu (spt bintil, ketuat) yg tumbuh atau hidup pd sesuatu yg lain. 2 = tumbuh-tumbuhan segala yg hidup dan berbatang (berakar, ber­dahan, berdaun dsb); pokok: ~ dan binatang memerlukan makanan dan air. ~ semusim tumbuh-tumbuhan yg hidup hanya satu musim (spt jagung, kacang). ketumbuhan 1 tisu yg mem­besar atau membengkak secara tidak normal, spt tumor. 2 sj penyakit kulit yg disebabkan oleh virus; cacar. 3 ditumbuhi (oleh): Kawasan itu ~ lalang dan duri. pertumbuhan perihal atau proses tumbuh (ttg manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang); tumbesaran: Makanan bayi mempengaruhi ~ mental dan fizikalnya. ~ pokok itu terbantut kerana iklim di situ tidak sesuai dgnnya. penumbuhan perbuatan (proses, hal dsb) menumbuhkan. penumbuhan perbuatan (proses, hal dsb) menumbuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kacang kelisa tumbuh di dusun,
     Tumbuh sepohon di tiang layang;
Kami menyambut bersusun-susun,
     Kerana meraikan pengantin datang.


Lihat selanjutnya...(83)
Peribahasa

Tumbuh di tanah yang gembur.

Bermaksud :

Anak gadis daripada keluarga yang mewah-mewah.

 

Lihat selanjutnya...(47)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
growvi 1. issue and develop, a. (of plant) tumbuh: plants that ~ from seeds, tumbuh-tumbuhan yg tumbuh drpd biji benih; mangoes ~ well in warm climates, pokok mangga tumbuh dgn subur dlm cuaca panas; our rambutan tree has ~n to an immense size, pokok rambutan kami telah tumbuh menjadi amat besar; b. (of hair, nail, etc) tumbuh: it won’t be long before your hair ~s again, tdk lama lagi rambut kamu akan tumbuh semula; the roots have ~n about 6 inches long, akarnya telah tumbuh 6 inci panjang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greeneryn tumbuh-tumbuhan hijau: I like to be surrounded by ~, saya suka dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grow~ apart, a. tumbuh menjarak: the two sections of the creeper have ~n apart, kedua-dua cabang tumbuhan jalar itu tumbuh menjarak; b. (fig.), [hubungan] semakin renggang: the two friends grew apart after leaving school, hubungan kedua-dua sahabat itu semakin renggang selepas mereka berhenti sekolah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grow~ back, tumbuh semula: with a little bit of care, the rose bush will ~ back, jika dijaga sedikit, pokok bunga mawar itu akan tumbuh semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clusterb. grow in clusters round st, tumbuh berumpun di keliling sst: roses ~ing round the cottage windows, bunga-bunga mawar tumbuh berumpun di keliling tingkap-tingkap rumah itu; c. be situated, found round st, terdapat di keliling sst: groups of thatched houses ~ed round the mosque, kumpulan-kumpulan rumah atap terdapat di keliling masjid itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
developc. (of business enterprise, school, small holding, etc) maju; d. (of plant, from seed) tumbuh; e. (of breasts) mula tumbuh; f. (of an argument, a particular situation) menjadi: the situation ~ed into a crisis, keadaan itu menjadi satu krisis; 2. unfold gradually, berkembang: the plot of the novel ~ed slowly in his mind, plot novel itu berkembang perlahan-lahan di dlm fikirannya; 3. become gradually visible, manifest, mula + approp v; (of fever) bermula: symptoms of measles ~ed, tanda-tanda campak mula kelihatan; sores ~ed around the site of infection, kudis-kudis mula tumbuh di bahagian yg berjangkit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flourishvi 1. thrive, prosper, berkembang (maju): business is ~ing, perniagaan sedang berkembang maju; 2. grow well, /tumbuh, hidup/ subur: roses ~ in a clayey soil, pokok-pokok mawar tumbuh subur dlm tanah yg banyak tanah liatnya; 3. be in good health, segar-bugar, sihat walafiat: we’re all ~ing, kami semua segar-bugar; 4. be at the peak of development, bersemarak: the Gothic style of architecture ~ed in the 13th and 14th centuries, gaya senibina Gotik bersemarak dlm kurun ke-13 dan ke-14; 5. develop strongly, berkembang subur: poetry and drama ~ed in Elizabethan England, puisi dan drama berkembang subur di England dlm zaman Elizabeth;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
feathervi grow feathers , tumbuh bulu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exoticadj eksotik: ~ plants, tumbuh-tumbuhan eksotik; ~ fashion, fesyen eksotik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
evergreenn (tree, shrub) tumbuh-tumbuhan malar hijau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas