Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pah] | تومڤه

Definisi : terkeluar, keluar dr bekasnya (benda cair, beras, dll): hendaklah kamu letakkan bekas itu perlahan-lahan supaya tidak ~ isinya; maka kedua-dua pihak itu pun banyak mati, darah pun banyak ~ ke bumi; tanah (tempat, negeri dsb) ~ darah tempat dilahirkan; ~ darah keluar darah dgn banyak­nya dr rahim (bkn perempuan yg baru bersalin, keguguran dsb), turun darah; ~-ruah tumpah banyak-banyak; menumpahi tumpah dan mengenai sesuatu, mencurahkan pd; menumpahkan 1. menjadikan tumpah, menyebabkan tumpah: siapa yg ~ beras dr guni ini? 2. ki memberi (perhatian dll), mencurahkan: semua yg hadir ~ perhatian kpd Amir; 3. ki mengeluarkan atau melahir­kan (perasaan dll): dia membiarkan orang tua itu ~ segala yg terbuku di dadanya; ~ darah melakukan pembunuhan (peperangan dll); tertumpah 1. telah ditumpahkan atau tumpah: air di dlm gelas itu berkocak, malah ada yg ~ ke bawah; 2. ki telah diberikan kpd, tercurahkan: dia masuk bilangan anak-anak yg pandai, sehingga kasih sayang gurunya ~ kepadanya; 3. ki tertumpu: dia memandang ke arah daun tingkap yg ke-gelapan, tempat ~nya bayangan api pelita; tumpahan sesuatu yg tumpah (ditumpah­kan), curahan: terasa benar ~ sayang ibunya kepadanya sekali itu; ~ minyak tompokan minyak yg terapung-apung di permukaan laut, biasanya akibat drpd minyak yg tumpah dr kapal disebabkan perlanggaran dsb; ketumpahan terkena sesuatu yg tumpah: bajunya ~ kuah; pertumpahan perihal tumpah; ~ darah perihal tumpah darah (kerana peperangan, perkelahian, dll); penumpahan perihal menumpahkan, pen-curahan; ~ darah perihal menumpahkan darah (berperang, berbunuh-bunuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pah] | تومڤه

Definisi : terkeluar dr bekasnya (ttg benda cair atau barang yg berderai-derai). ~ darah keluar darah dgn banyaknya dr rahim (bkn perempuan yg keguguran, baru bersalin dsb). tempat ~ darah tempat dilahirkan. ~ ruah tumpah dgn banyak. menumpahi tumpah dan mengenai sesuatu; mencurahi: Air yg dibawanya ~ lantai. menumpahkan 1 menyebabkan tercurah keluar dr tempatnya: Anaknya yg nakal itu telah ~ gula ke tanah. 2 menumpukan atau mencurahkan (minat, perhatian, tenaga dll) pd sesuatu: Ia ~ segala tenaganya pd projek itu. ~ darah membunuh atau melukai. tertumpah 1 sudah tumpah atau ditumpahkan. 2 telah diberikan kpd; tercurah: Kasihnya ~ kpd anaknya. tumpahan apa-apa yg tumpah atau yg ditumpahkan. ketumpahan ter­kena sesuatu yg tumpah: Bajunya ~ kuah. pertumpahan hal tumpah: ~ darah perkelahian (peperangan dsb) yg menumpahkan darah. penumpahan perbuatan, hal dsb menumpahi atau me­num­pahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpah
Kata Terbitan : menumpahkan, tertumpah, tumpahan, penumpahan,

Puisi
 

Sayang langimut tumpah di papan,
     Daun yang lekang beragi-ragi;
Mengelimut berhadapan,
     Jika di belakang apatah lagi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Kuah tumpah (= tertuang) ke nasi.

Bermaksud :

Anak yang dikahwinkan dengan kemanakan; sesuatu yang sudah sewajarnya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
homelandn native land, tanah /air, tumpah darah/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chip~ off the old block, salin tak tumpah; have a ~ on o’s shoulder, mudah marah dan tersinggung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forefathern (usu in pl) nenek moyang, leluhur: the land of our ~s, tanah tumpah darah nenek moyang kita.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
last 1 look o’s ~ on, memandang kali terakhir ke: he looked his ~ on the country of his birth, dia memandang kali terakhir ke arah negara tumpah darahnya; /till, to/ the ~, /sampai, hingga/ ke akhir; (till so’s death) sampai saat akhir: the play held our attention to the ~, drama itu telah menarik perhatian kami hingga ke akhir; she was in good spirits to the ~, beliau dlm keadaan tenang sampai saat akhir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
land6. country, nation, negeri, negara; (o’s own) tanah: the best hospital in the ~, hospital yg paling baik di negeri itu; my native ~, tanah tumpah darahku; 7. the ~, a. (used for farming) ladang: generations of his family have worked the ~, beberapa generasi drpd keluarganya telah mengerjakan ladang itu; b. (rural areas) desa, luar bandar: he loves life on the ~, dia suka akan kehidupan di luar bandar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
countryn 1. a. nation, negara: the countries of Europe, negara-negara Eropah; ~ of origin, negara asal; b. motherland, tanah air, tanah tumpah darah, ibu pertiwi: to die for o’s ~, berkorban utk tanah air; c. territory occupied by a particular nation, negeri, negara: only one quarter of the ~ is under cultivation, hanya satu perempat negeri itu ditanami dgn tanaman; people came from all over the ~ to pay their last respects to the dead president, orang datang dr merata-rata negeri utk memberikam penghormatan terakhir kpd mendiang president itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
imagen 1. likeness of person, thing, esp sculptured, patung; (on coin) replika: beautifully carved ~s of Buddha, patung Buddha yg diukir dgn cantiknya; 2. reflection, optical counterpart of object, a. (produced by mirror etc) bayang-bayang; (tech) imej; b. (produced by lens) imej; (on cinema, television screen, etc) gambar, imej: the ~ on the screen is blurred, gambar di layar perak itu kabur; 3. close likeness, copy, salin tak tumpah; be the (very, spitting, living) ~ of so., salin tak tumpah spt sso: she’s the spitting ~ of her grandmother, dia salin tak tumpah spt neneknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
joggive so. a ~, a. give so. a slight shake, menggoncangkan sedikit badan sso: he gave his friend a ~ to wake him up, dia menggoncangkan sedikit badan kawannya utk membangunkannya; b. give so. a slight push, menolak sedikit badan sso; give so. a ~ with o’s elbow, /menyiku, menyigung/ sso: she gave me a ~ with her elbow and made me spill my drink, dia menyiku saya dan menyebabkan minuman saya tumpah; give st a ~, menggoncangkan sedikit sst: the child gave the piggy bank a ~, kanak-kanak itu menggoncangkan sedikit tabung tersebut; /go for, proceed at, etc/ a ~, pergi berjoging;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas