Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tun.du/] | توندوق

Definisi : 1. kepala atau muka condong ke hadapan, lwn mencongak (tengadah): suara ketawanya berdekah-dekah, hingga ia ~ menekan perut; 2. tidak tegak (batang padi dll), condong, merunduk; 3. menyerah kalah kpd, mengaku kalah, takluk: negeri Jurjan, telah ~ juga ke bawah pemerintahan Said itu; 4. menurut perintah (aturan dll), patuh, taat: Hanafi ~ kpd kemahuan atau paksaan kaum keluarganya utk berkahwin dgn Rapiah; ~ diam duduk diam kerana kecewa dll; ~ menyembah bertekur kerana menyembah; ~ tengadah sebentar tunduk sebentar tengadah; bertunduk sl mencondongkan kepala (muka) ke hadapan, membongkokkan kepala (muka) ke hadapan: maka diamlah jurumudi seraya ~ kepalanya; menunduk lwn menengadah, tunduk: dia ~ mengambil akhbar-akhbar mingguan yg terbiar di atas lantai; dlm ~ ia menyonggeng prb seseorang yg berlainan mulut dgn hatinya; menundukkan 1. menjadikan kepala (muka) condong ke hadapan, menghala pan­dangan ke bawah, menekurkan kepala: gadis itu ~ kepalanya bagaikan ada sesuatu yg hendak dicarinya; 2. mengalahkan hingga menyerah, menaklukkan, menewaskan (lawan dlm per-mainan dll): Nobunaga membuat rancangan hendak menakluki negeri China apabila sudah selesai ~ enam puluh enam kerajaan negeri Jepun; seorang pemain yg masih belum begitu dikenali kehandalannya berjaya ~ Tan Aik Huang; ketundukan perihal tunduk, kekalahan, kepatuhan, ketaatan, ketewasan; penundukan perihal menundukkan; petunduk, penunduk = ilmu ~ (musuh) mantera utk menundukkan orang atau musuh (supaya menurut kata atau mengaku kalah); tali ~ tali yg dipasang pd hujung kayu penegang layar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.du/] | توندوق

Definisi : 1 = menunduk condong ke bawah atau ke hadapan (ttg kepala atau muka); lw mendongak: Ia ~ kerana tidak dpt menjawab soalan gurunya. 2 tidak tegak (ttg pokok); merunduk; condong. 3 menurut perintah atau menurut peraturan: Pekerja-pekerja di situ semuanya ~ kpd ketua mereka. 4 menyerah kalah kpd; takluk kpd: Pd ketika itu, beberapa buah negara telah ~ ke negeri Rom. menundukkan 1 mengarahkan (kepala atau muka) con­­dong ke bawah atau ke hadapan: Ia ~ kepalanya beberapa minit sebelum menjawab. 2 mengalahkan musuh atau lawan hingga menyerah; menakluk; menewaskan lawan dlm permainan dll. penundukan perbuatan atau hal menundukkan. penunduk sesuatu yg menun­dukkan: ilmu ~ jampi atau mantera utk menundukkan seseorang (mu­suh dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunduk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan memandang ke bawah: bertekur, merunduk, menungau,
Berantonim dengan mendongak

2. Bersinonim dengan menyerah kalah: mengaku kalah, tewas, menungkul, tewas, bertekuk lutut,

3. Bersinonim dengan patuh: taat, menurut perintah,
Berantonim dengan melawan

Kata Terbitan : menundukkan, ketundukan,

Puisi
 

Raja Brooke hilir belayar,
     Memberi tabik gudang kompeni;
Kepala tunduk menahan sabar,
     Hendak bercakap tidak berani.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Berteras ke hujung dahan.

Bermaksud :

Suami yang tunduk di bawah perintah isterinya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bow1vi 1. also ~ down, bend the head or body, tunduk: he ~ed before the king, dia tunduk di depan raja; the singer ~ed to the audience, penyanyi itu tunduk kpd para penonton; 2. (of tree) bend, melentur; 3. submit, tunduk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bend~ before, submit to, tunduk kpd: to ~ before so’s wishes, tunduk kpd kemahuan sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bow1~ to, tunduk kpd: we will not ~ to his wishes, kami tdk akan tunduk kpd kehendaknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kowtow , kotowvi 1. menyembah sujud: he ~ed to the Emperor, dia menyembah sujud kpd Maharaja itu; 2. (fig.) tunduk: he refused to ~ to the Minister, dia tdk mahu tunduk kpd Menteri itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kneebe on bended ~s, /be, drop, fall, go down/ on o’s ~s, bertelut, melutut, berlutut; /bend, bow/ the ~ to, behave humbly towards, melutut, tunduk kpd; bring so. to his ~s, (fig.) memaksa sso /melutut, tunduk/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bend5. turn in a new direction, membelok, mengelok, membengkok, melengkok: the road ~s to the left, jalan itu membelok ke kiri; 6. submit, tunduk: he bent to his father’s wishes, dia tunduk kpd kemahuan bapanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bow1vt 1. bend the head or body, menundukkan: they ~ed their heads in prayer, mereka menundukkan kepala semasa berdoa; 2. express by bowing, tunduk sbg tanda [sst]: the recipient of the award ~ed his thanks, penerima anugerah itu tunduk sbg tanda terima kasih; to ~ o’s consent, tunduk utk menandakan persetujuan; 3. cause to bend, (act.) melenturkan; (pass.) melentur: the gale ~ed the trees, angin kencang melenturkan pohon-pohon itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curts(e)yn & vi tunduk tanda hormat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bow1~ so. out, tunduk memberi hormat semasa sso keluar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bow1~ so. in, tunduk memberi hormat semasa sso masuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas