Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : apa yg diucapkan, kata, perkataan, ucapan; ~ bahasa = ~ cakap = ~ kata bahasa per-cakapan; ~ dan kata ucapan dan kata; ~ nista kata-kata yg menista (mencemuh dll); ~ sepatah kata sepatah; bahasa ~ bahasa percakapan; buah ~ apa yg diperkatakan, buah mulut, bahan percakapan; bertutur bercakap, berbicara, berkata: calon-calon hendaklah boleh ~ dlm bahasa kebang-saan dgn fasih; bertutur-tutur bercakap-cakap, berkata-kata: setelah ~ sececah, ia pun mohon diri akan pulang; menuturkan 1. mengeluarkan kata-kata, me­­la­­­faz­kan, mengatakan, mengucapkan; 2. mengucapkan (nama dll), menyebutkan: ada­pun pendeta-pendeta ~ keesaan Tuhan yg ada itu dgn pelbagai nama yg berlainan; 3. = mem­pertuturkan mengisahkan, men-ceritakan: ada antara tukang cerita ini yg masih ~ beberapa cerita dlm majlis per-kahwinan di kampung; pertuturan 1. cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan, ucapan: kata kita jangan, katanya jangang, kata kita bulan, katanya bulang, tetapi ~nya sahaja demi-kian; 2. apa yg dituturkan, percakapan: perkataan yg dipinjam ini bukan hanya ter-simpan dlm kamus tetapi digunakan dlm ~ sehari-hari oleh orang ramai; penuturan perihal menuturkan, pembi­cara-an, percakapan: cerita-cerita ini diabadi­kan melalui ~ sahaja walaupun pd adatnya cerita-cerita itu berubah-ubah dan bertokok tambah; penutur orang (kaum dsb) yg menuturkan sesuatu bahasa, orang (kumpulan orang) yg menggunakan sesuatu bahasa (sbg kelaziman): ~ bahasa Melayu tentulah berasa perlu mengungkapkan segala yg baru ini dlm bahasa Melayu; ~ asli penutur sesuatu bahasa yg sudah menjadi bahasa ibundanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tutur
Kata Terbitan : bertutur, menuturkan, mempertuturkan, pertuturan,

Puisi
 

Sayang buah pulang ke laut,
     Khabar berita saya turut;
Bunga hadiah saya menyambut,
     Tutur belia saya menurut.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Dengarkan cerita burung,
     anak dipangku dilepaskan.

Bermaksud :

Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
aural<i>adj i> 1. <i>rel to the ear,i> telinga; 2. <i>received by the ear,i> pendengaran: <i>~ test,i> ujian pendengaran; ~ – oral approach, pendekatan dengar tutur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas