Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.cap] | اوچڤ

Definisi : apa yg dilafazkan, bunyi lafaz, sebutan kata, ujar; ~ jasa kenyataan rasmi tentang jasa atau khidmat seseorang: Encik Arthur Tanner, dr Royal College of Surgeons, Ireland, membaca ~ jasa dlm majlis itu; ~ selamat kata-kata yg disampaikan sbg mendoakan supaya selamat (utk menyatakan tahniah); ~ habis, niat sampai prb hasil yg diperoleh (dicapai) dgn segera (dilaksanakan sesuatu selepas dikatakan); berucap 1. mengeluarkan kata-kata, berkata, bercakap di hadapan orang ramai; 2. ber-syarah, berpidato: beliau akan tiba esok dan ~ dlm satu rapat raksasa di padang Istana Maziah; mengucap 1. bp = ~ dua kalimah syahadat menyebutkan atau melafazkan dua kalimah syahadat (yg mengakui bahawasanya tiada Tuhan yg sebenar-benarnya disembah melain-kan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah): ~lah Tok, ~lah, mudah-mudahan Tuhan melindungi kita; 2. = mengucapkan menyebutkan, melafazkan (kata-kata tertentu): tiba-tiba datang se-orang yg tidak dikenali dan ~ salam pada-nya; kotor spt babi, adalah satu perum-pamaan yg diucapkan orang; 3. = meng-ucapkan menyebutkan sesuatu (kata, huruf, dll), melafazkan, melisankan: kata ini diucapkannya dgn penuh perasaan; 4. = mengucapkan mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan, dll), memberi syarahan: seorang pelajar yg tertua tampil ke depan mengucapkan suatu pidato; 5. = meng-ucapkan melahirkan perasaan dll dgn kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih, turut bersedih, dll): mereka datang ke tempat kami kerana mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami di situ; mengucapi sl menyebutkan (melaungkan, me-manggil) nama orang; terucapkan dapat diucapkan; ucapan 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peri-bahasa, simpulan bahasa, ungkapan; pengucapan perihal mengucap (mengucap-kan), pelahiran: ~ dua kalimah syahadah; kita terpaksa menerima hakikat bahawa puisi baru adalah ~ jiwa perseorangan penyair-nya; ~ mantera sakti; pengucap orang yg berucap: ~nya benar-benar mengetahui apa yg dikehendaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.cap] | اوچڤ

Definisi : apa-apa yg dilafazkan atau yg dituturkan; sebutan kata. berucap 1 mengeluarkan kata-kata; bercakap. 2 bersyarah: Ia ~ dlm majlis itu selama 20 minit. mengucap menyebut atau melafazkan dua kalimah syahadat. mengucapkan 1 melafazkan atau menyebut kata-kata tertentu (spt doa, sumpah). 2 melahirkan atau menyatakan perasaan dgn kata-kata: Emaknya ~ syukur kpd Tuhan kerana telah selamat drpd bahaya itu. 3 melisankan atau melafazkan sesuatu (kata, huruf dll): Dia ~ kata-kata itu dgn kuat dan jelas. ucapan 1 apa-apa yg diucapkan. 2 cara menyebut sesuatu perkataan; sebutan. 3 syarahan; pidato: ~nya pendek tetapi berisi. 4 kata-kata yg menyatakan terima kasih atau yg menyatakan harapan supaya selamat dll. pengucapan perbuatan atau hal mengucapkan: ~ puisi. pengucap orang yg berucap atau yg mengucapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ucap (kata nama)
Bersinonim dengan ujar, bunyi, lafaz, kata, sebutan;,
Kata Terbitan : berucap, mengucapkan, ucapan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
drink~ to; ~ os to death, (me)minum arak sampai sso mati; ~ (a toast) to, a. (in honour of) minum ucap selamat meraikan: they drank a toast to the bride and groom, mereka minum ucap selamat utk meraikan kedua-dua pengantin itu; b. (to wish so. good health, success, etc) minum ucap selamat utk: let’s ~ to our success, mari minum ucap selamat utk kejayaan kita;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
here~ and now, di sini dan sekarang ini juga; ~ and there, di sana sini; ~, there and everywhere, merata-rata: her clothes were strewn about, ~ there and everywhere, pakaiannya bertaburan merata-rata; ~’s to, (ucap selamat) utk /sso, sst/: ~’s to the bride and bridegroom, ucap selamat utk pasangan pengantin; neither ~ nor there, tdk kena-mengena: he’s a rich man in his own right, the fact that his brother is the President is neither ~ nor there, dia kaya atas usahanya sendiri, bahawa abangnya itu Presiden, tdk kena-mengena dgn hal itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drink~ deep of, (me)minum [sst] dgn banyaknya: the traveller drank deep of the water given to him, pengembara itu minum air yg diberikan kepadanya dgn banyaknya; ~ so’s health, minum ucap selamat mendoakan sso sihat; ~ os stupid, (colloq) minum (arak) hingga menjadi bodoh; what are you ~ing, kamu (hendak) minum apa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
joyfuladj 1. delighted, gembira: they were ~ at the win, mereka gembira krn menang; the ~ bride and groom were showered with good wishes, pasangan pengantin yg gembira itu dihujani ucap selamat; 2. causing joy, gembira, menggembirakan: ~ news, berita gembira; 3. showing joy, gembira: the result was greeted by ~ cries, keputusan itu disambut dgn sorakan gembira.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exchangen 1. act, process of exchanging, a. (gen) pertukaran: student ~, pertukaran pelajar; an ~ of prisoners, pertukaran banduan; b. (of opinions, ideas, etc) bertukar-tukar: an ~ of views, bertukar-tukar pandangan; c. (of greetings, glances, etc) berbalas-balas: an ~ of greetings, berbalas-balas ucap selamat; an ~ of blows, bertumbuk(-tumbukan), berbalas-balas tumbukan; an ~ of fire, bertembak-tembakan, tembak-menembak, berbalas-balas tembakan; an ~ of angry words, bertengkar, bertikam lidah; 2. interchange of money for its equivalent value, pertukaran; 3. argument or quarrel, pertengkaran; have a bitter ~, bertengkar hebat; 4. telephone exchange, ibu sawat telefon; 5. often E~, place where trading and business is done, bursa: the Corn E~, Bursa Bijirin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
avalanchen 1. runtuhan + approp n: many people were killed in the ~, banyak orang yg terbunuh dlm runtuhan salji itu; 2. (fig.) datang mencurah-curah; (of words, questions, etc) hamburan: an ~ of fan mail, surat peminat yg datang mencurah-curah; an ~ of questions, hamburan pertanyaan; /inundated with, overwhelmed by, etc/ an ~ of, dihujani, dibanjiri: he was inundated with an ~ of congratulatory messages, dia dihujani surat ucap tahniah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
healthn 1. condition of body or mind, kesihatan: too much fat is bad for the ~, terlalu banyak lemak tdk elok utk kesihatan; public ~, kesihatan umum; ~ service, perkhidmatan kesihatan; in good ~, (dlm keadaan) sihat; in /poor, bad, ill / ~, tdk sihat; 2. state of physical and mental well-being, kesihatan: ~ is better than wealth, kesihatan lebih baik drpd kekayaan; with ~, krn sihat: her skin was glowing with ~, kulitnya berseri-seri krn sihat; drink to so's ~, minum ucap selamat utk sso; 3. prosperity, keteguhan: the country’s economic ~, keteguhan ekonomi negara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
finish~ up, (not fml) do st in the end, akhirnya, sudahnya, [not translated]: I fell asleep in the train to Oxford and ~ed up in Birmingham, saya tertidur dlm kereta api ke Oxford dan akhirnya sampai di Birmingham; the parachutist intended to land on the airstrip but ~ed in the river, ahli payung terjun itu hendak mendarat di lapangan terbang tetapi mendarat di sungai pula; my brother went to university but ~ed up as a waiter in McDonald’s, adik saya memasuki universiti tetapi sudahnya menjadi pelayan di McDonald; ~ st up, see vt (sense 3.); ~ up with st, /menyudahi, mengakhiri, menamatkan/ [sst] dgn sst: first we had a four-course dinner, then there was dancing and we ~ed up with a toast at midnight, mula-mula kami dihidangi makan malam empat sajian, selepas itu ada tari-menari dan kami mengakhiri majlis itu dgn minum ucap selamat pd tengah malam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas