Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.las] | اولس

Definisi : 1. kain yg dijadikan sampul, sarung (bantal, tilam, dll), kelubung: beberapa jenis kain ~ tiang yg indah-indah; 2. kulit buah (biji dll): pd masa padi itu direndam dan diwapkan, setengah drpd vitamin B1 yg mudah larut itu serap masuk ke dlm ~ beras; berulas ada ulasnya, bersarung (bantal dll), bersampul; mengulas, mengulasi memberi bersarung (bersampul), menyampul, menyaluti; ulasan sarung (bantal dll), sampul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.las] | اولس

Definisi : 1. isi buah, biasanya berbiji, yg bergugus-gugus dan boleh dipisah-pisahkan, mis buah durian, nangka, manggis, limau dan langsat: setiap pangsa durian itu biasanya mengandungi dua atau tiga ~ sahaja isinya; 2. penjodoh bilangan utk bahagian buah yg berbiji dll: lalu dipinta se~ nangka pd penghulu istana itu; beberapa ~ bawang; limau masak se~ prb kepandaian yg melebihi kepandaian saudara-saudaranya yg lain; berulas berbentuk atau menyerupai ulas: isi buahnya putih, ~, lembut dan manis; berulas-ulas timbul ketul-ketul yg menyerupai ulas (bkn otot badan dsb): daging pd bahagian lengannya kelihatan ~; badannya ~ kerana mengamalkan sukan angkat berat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.las] | اولس

Definisi : ; juru~ orang yg menghuraikan (mengupas) sesuatu, jurutafsir; mengulas memberi tafsiran (penerangan lanjut, pendapat, dll) tentang sesuatu, mengupas, mentafsir: majalah itu telah ~ filem ‘Penarik Beca’ sbg filem yg terbaik dlm tahun 1955; ulasan huraian tentang sesuatu, kupasan, tafsiran; ~ buku kupasan isi sesebuah buku (oleh pengkritik buku); ~ selari huraian yg dibuat ketika sesuatu kejadian (upacara, pertanding-an, dll) sedang berlangsung; pengulasan perbuatan mengulas: ~ dan penjelasan tentang karya sastera; pengulas orang yg mengulas, juruulas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.las] | اولس

Definisi : kain yg dijadikan sampul bantal (tilam dsb); kain sampul; sarung. berulas bersarung (bkn bantal, tilam dsb). mengulas memberi bersarung; menyampul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.las] | اولس

Definisi : 1 isi buah yg berbiji, atau bergugus dan boleh dipisah-pisahkan (mis isi durian, nangka, limau): Dia makan beberapa ~ durian. 2 penjodoh bilangan utk isi buah atau bahagian buah yg berbiji-biji: se~ nangka; se~ limau. berulas ada ulasnya; dlm bentuk ulas: Isi buah itu ~-ulas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.las] | اولس

Definisi : ; mengulas memberi keterangan atau tafsiran ttg sesuatu; mengupas; mentafsirkan: Pensyarah itu sedang ~ isi novel tsb. ulasan huraian atau tafsiran ttg sesuatu: ~ buku huraian isi sesebuah buku; ~ selari huraian yg dibuat ketika sesuatu peristiwa atau kejadian sedang berlangsung. pengulas orang yg mengulas; juruulas; pentafsir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulas (kata nama)
Bersinonim dengan sarung bantal, sarung tilam, sampul bantal, sampul tilam;,
Kata Terbitan : berulas, mengulas, ulas2, seulas, berulas, ulas3, mengulas, ulasan, pengulasan, pengulas,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
clove 2n segment of compound bulb, ulas: a ~ of garlic, seulas bawang putih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas