[u.mang.u.mang] | اومڠ٢
Definisi : 1. sj ketam laut yg kecil (umum-nya bersarang di kulit siput); 2. ki orang yg suka bergaya atau berlagak dgn pakaian orang lain; bagai ~ prb orang yg berlagak dgn pakaian yg dipinjam; laksana bintang ~, di mana sarang udang, di situ tempat menumpang prb perihal kemiskinan seseorang yg ber-gantung hidup pd orang lain; sarang unam dimasuki ketam menjadi ~ prb a) orang yg menyamar kerana sesuatu muslihat; b) barang yg sama jika berlainan keadaannya maka berlainanlah pula namanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)