Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ni.ver.sal] | اونيۏرسل

Definisi : meliputi seluruhnya atau semuanya (di dunia ini), sejagat: sebenarnya seni itu ~ dan seniman itu hidupnya tidak berdaerah; keuniversalan perihal (sifat dsb) universal: sejarah tetap memberi perhatian kpd aspek-aspek yg lebih individualistik, ~ dikaji ber-sama-sama dgn keindividualan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ni.ver.sal] | اونيۏرسل

Definisi : berlaku atau terdapat di mana-mana saja di dunia ini; meliputi semua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
universal (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan meliputi seluruh, meliputi semuanya, menyeluruh, seantero, luas;,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
catholicadj 1. universal, sejagat, universal; 2. all-embracing, comprehensive, (bersifat) menyeluruh: a man with ~ interests, seorang yg mempunyai minat yg menyeluruh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
assignmentn 1. task or mission assigned, tugas khas; (to college or university students etc) tugasan: his most important ~ was to cover the war in the Middle East, tugas khasnya yg paling penting ialah membuat liputan ttg peperangan di Timur Tengah; she set her students too many ~s, dia memberikan tugasan yg terlalu banyak kpd penuntutnya; 2. position, post assigned to person, jawatan: to take up an ~, mula memegang jawatan; 3. act of, a. (appointing) penugasan: his ~ to the case did not meet with universal approval, penugasannya kpd kes itu tdk mendapat persetujuan ramai; b. (allotting task, problem, etc) pemberian, penyerahan; c. (alleging st as reason, cause) mengatakan; d. (leg.) transfer of claim, right, etc, penyerahan hak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas