Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.tung] | اونتوڠ

Definisi : 1. apa yg telah ditentukan (oleh Yang Maha Kuasa) akan berlaku ke atas seseorang, nasib: bukan sebab keberanian dan ke-gagahanku maka aku beroleh hadiah dan pangkat itu, hanya semata-mata kerana ~; 2. tidak sial (celaka), bernasib baik, mujur: ~ jugalah ada abang bawa kad pengenalan, kalau tidak tentu kena tahan oleh polis; 3. = keuntungan hasil pendapatan atau perolehan drpd sesuatu kegiatan (spt perusahaan, per-niagaan, dll) yg melebihi modal dan segala perbelanjaan yg berkaitan, laba: berdagang dgn tidak mendapat ~; 4. faedah, guna, manfaat: cuba kaufikir, apa ~nya mengasihi orang yg tidak mengasihi kita; ~ atas kertas (Eko) untung yg belum nyata yg diperoleh pelabur disebabkan kenaikan har­ga asal saham yg dimilikinya, dan ke­­un­tung­an sebenar akan hanya diperoleh apabila saham tersebut dijual; ~ baik (buruk) nasib baik (buruk); ~ batu ki nasib yg buruk (sial); ~ bersih laba yg diperoleh setelah ditolak segala bayaran (perbelanjaan, cukai, dll); ~ besar laba yg banyak; ~ kasar laba sebelum ditolak segala perbelanjaan (cukai dll); ~ malang a) nasib yg buruk (sial, celaka); b) nasib; ~ modal (Eko) laba modal; ~ nasib nasib badan; ~ rugi a) laba atau rugi; b) manfaat atau mudarat; ~ sabut ki nasib yg selalunya baik (mujur); ~ sebelum cukai (Eko) keuntungan yg diper-oleh oleh syarikat sebelum ditolak cukai yg berkaitan; ~ ada, tuah tidak prb a) pulang pokok sahaja; b) seseorang yg mendapat sesuatu perolehan atau kelabaan tetapi dgn segera juga balik men-jadi rugi dan hilang pendapatannya; ~ melam-bung, malang menimpa prb seseorang yg mengalami kemalangan dan hilang peng-harapan serta beroleh kesusahan pula; ~ sabut timbul, ~ batu tenggelam prb jika bernasib baik, selamat, jika bernasib malang, binasalah; ~ sepanjang jalan, malang sekejap mata prb kemalangan itu datangnya dgn tiba-tiba sahaja (sebab itu orang harus selalu berhati-hati); ~ tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak prb nasib seseorang itu tidak dapat diubah; harapan si ~ menggamit, kain di badan didedahkan prb kerana mengharap-kan laba yg besar tetapi belum tentu dapat, lalu laba yg kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan; untung-untung 1. barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau: cubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yg buruk ini dapat melegakan fikiran kakak; 2. ada juga baiknya (barang-kali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan: biarlah dia menipu aku, ~ terbuka mataku; untung-untungan jika untung baik dan jika nasib malang binasa, jika untung baik dan jika tidak untung apa boleh buat, terserah (berserah) kpd nasib, nasib-nasiban: ~ mengerjakan pekerjaan yg besar bahayanya; “Kasihanilah kami, bawalah kami ke kampung abang,” Kamal bersuara ~; beruntung 1. memperoleh untung, mendapat laba: bukan dia sahaja yg ~ begitu, banyak lagi orang kita yg lain-lain; 2. bernasib baik, bahagia, mujur: siapa ~, dialah menang; 3. berjaya, berhasil; menguntungkan 1. mendatangkan untung (laba), memberi untung (kpd): perniagaan secara bersendirian ialah perniagaan yg paling ~ atau merugikan; 2. menyebabkan beruntung (berbahagia, mujur), mendatangkan bahagia, memanfaatkan: kalau orang itu pandai serta rajin, dia akan ~ masyarakat; 3. memberi faedah, berguna, bermanfaat: keadaan dalam negeri telah memberikan kemungkinan yg lebih ~ utk mengadakan revolusi; keuntungan 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujur-an: tidak ada apa-apa lagi yg menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba, untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3. (sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak memberi apa-apa ~; peruntungan untung nasib (diri seseorang), nasib, untung malang: menitik air matanya mengenang-ngenang ~ saudaranya; seperuntungan sama peruntungan, senasib: Cik Yon yg telah dipandangnya sbg belahan dirinya, yg dianggapnya sbg kongsi ~, akan bercerai daripadanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.tung] | اونتوڠ

Definisi : 1 sesuatu yg telah ditentukan (oleh Yang Maha Kuasa) akan berlaku kpd seseorang; nasib: Ia menangis mengenangkan ~ dirinya yg malang itu. 2 tidak membawa kecelakaan; bernasib baik; mujur: ~ engkau membawa wang, jika tidak, terpaksa kita berjalan kaki pulang. 3 laba yg diperoleh dlm perniagaan: Pd bulan lalu, syarikat itu telah mendapat ~ sebanyak RM10,000/-. 4 manfaat; faedah: Apa ~nya berbuat aniaya kpd orang lain? ~ atas kertas untung yg belum nyata yg mungkin diperoleh pelabur, peniaga dsb berdasarkan jangkaan yg dibuat atau berdasarkan faktor tertentu. ~ batu nasib yg tidak baik; sial. ~ bersih laba yg diperoleh selepas ditolak segala perbelanjaan. ~ kasar untung yg belum ditolak segala perbelanjaan. ~ nasib nasib seseorang. ~ sabut nasib yg selalu baik. untung-untung kalau-kalau; barangkali: Marilah kita pergi sekarang, ~ masih ada orang yg berjual di situ. beruntung 1 mendapat atau beroleh untung. 2 bernasib baik; mujur: Dia sungguh ~ kerana suaminya sangat bertimbang rasa. keberuntungan perihal beruntung; kemujuran; kebahagiaan: Perkahwinannya dgn Aminah membawa ~ yg tidak ternilai. beruntung-untungan berserah kpd nasib semata-mata (tidak bersungguh-sungguh mengharapkan hasil). menguntungkan 1 men­datang­kan untung atau laba; memberi untung kpd: Perusahaan kain batik tidak berapa ~ sekarang ini. 2 menjadikan ada untungnya; menyebabkan mendapat untung: Segala usahanya itu sangat-sangat ~ bangsa dan negara. 3 memberi faedah atau manfaat kpd: Ceramah itu sangat ~ penuntut-penuntut tingkatan enam. keuntungan 1 sesuatu yg menguntungkan; apa-apa yg mendatangkan untung: Tindakan segera yg diambil telah membawa ~ kpd syarikat itu. 2 faedah; manfaat: Pergaduhan itu tidak memberi apa-apa ~ kpd kedua-dua pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Puisi
 

Apa harap kepada tudung,
     Tudung saji terendak Bentan;
Apa diharap kepada untung,
     Untung tidak serupa badan.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Untung sabut timbul,
     untung batu tenggelam.

Bermaksud :

Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.

 

Lihat selanjutnya...(42)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
gross profitn untung kasar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
excessadj berlebihan: ~ profit, untung berlebihan; ~ fare, tambang berlebihan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jackpotn cepumas; hit the ~, ( fig.) mendapat untung besar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
joba (bloody, jolly, very, etc) good /~, thing/, (colloq) nasib baik(lah), untung(lah), mujur(lah): it’s a good ~ you didn’t buy the watch; it’s a fake!, mujur kamu tak beli; jam itu palsu!; give st up as a bad ~, (colloq) tdk mahu meneruskan usaha itu lagi: after weeks of trying to assemble the model plane he gave it up as a bad ~, setelah berminggu mencuba memasang model kapal terbang itu, dia tdk mahu meneruskan usaha itu lagi; give so. up as a bad ~,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
balancevt 1. weigh in or as if in a balance, mengimbangkan: to ~ the profit and loss, mengimbangkan untung rugi; 2. bring into equilibrium, mengimbangkan: to ~ the scales, mengimbangkan neraca; to ~ os on a tight rope, mengimbangkan diri di atas tali yg terentang tegang; to ~ exports with imports, mengimbangkan eksport dgn import; 3. (accounting) mengimbangkan akaun; 4. assess, compare, menimbang: it is wise to ~ the advantages against the disadvantages, lebih baik kita menimbang buruk baiknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
evenbreak ~, pulang modal: we are confident the company will break ~ this year and be in profit two years from now, kami yakin syarikat ini akan pulang modal tahun ini dan mendapat untung dua tahun dr sekarang; get ~ (with so.), membalas balik (perbuatan sso): I told him I would get ~ with him one day, saya memberitahunya saya akan membalas balik perbuatannya suatu hari nanti;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grab2. obtain unscrupulously, unfairly, merebut: he ~bed all the land so he could make a profit selling it later, dia merebut semua tanah itu supaya dia dapat menjualnya kemudian dgn mendapat untung; 3. obtain quickly, [approp v] cepat-cepat, cepat-cepat [approp v]: they managed to ~ a meal in between lectures, mereka sempat makan cepat-cepat antara waktu kuliah; she ~bed the seat nearest the door, dia cepat-cepat duduk di kerusi yg paling dekat dgn pintu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
concern6. (company) syarikat; (business) perniagaan: Ted Bates, an advertising ~, Ted Bates, sebuah syarikat pengiklanan; the shoe shop is a family ~, kedai kasut itu ialah perniagaan keluarga; a going ~ berjalan: the business is now a going ~, perniagaan itu sudah berjalan sekarang; a paying ~, memperoleh /untung, keuntungan/: is the shop a paying ~?, adakah kedai itu memperoleh untung?; 7. share, bahagian: he is said to have a ~ in the company, dia dikatakan mempunyai bahagian dlm syarikat itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fortunewin a ~, memenangi wang yg banyak; worth a ~, sangat berhaga; 2. fate, destiny, nasib: we must accept such incidents as the ~s of war, kita mesti menerima peristiwa spt itu sbg nasib semasa perang; it was his ~ to fail, although he nearly succeeded, sudah nasibnya dia gagal, walaupun dia hampir-hampir berjaya; F~ smiles on /so., st/, nasib menyebelahi /sso, sst/; seek o’s ~, merantau mencari untung nasib; tell so’s, ~, /menilik, menengok, menenung/ nasib sso; 3. chance, luck, nasib: he tried his ~ at the roulette table, dia mencuba nasibnya di meja roulette; by a stroke of ~, krn bernasib baik; have the good ~, bernasib baik, beruntung: she had the good ~ to travel far and wide, dia bernasib baik dapat mengembara jauh; have the ill ~, bernasib malang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cast~ a horoscope, meramalkan nasib; ~ a shadow on (st), (lit.) membayangi (sst); ~ a slur on so’s reputation, mencemarkan nama baik sso, memburuk-burukkan (nama sso); ~ a spell on, put a spell on, menyihir; ~ a vote, membuang undi; ~ adrift, menghanyutkan; ~ an eye (over), melihat /sepintas lalu, sekali imbas/; ~ anchor, melabuhkan sauh; be ~ ashore, terdampar di pantai; ~ aspersions on, melemparkan celaan thdp; ~ in o’s lot with, turut mengadu untung dgn; ~ lots, mencabut undi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas