Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.rus] | اوروس

Definisi : ; ~ janji hal yg berkaitan dgn urusan per-niagaan; salah ~ tidak dikelolakan (diselang-garakan) dgn baik atau teratur; tidak ~ tidak terpelihara (teratur); berurus 1. berhubungan utk menyelesaikan sesuatu perkara dll: Pak Utih belum pernah sekali pun datang ~ ke pejabat Pak Busu yg baru itu; 2. dijaga (terpelihara) dgn baik, tersusun rapi: tidak ~ kamar ini; rambutnya tidak ~; mengurus 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan me­ngendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; terurus sudah diurus, terjaga (terpelihara) dgn baik: mereka melihat rambut yg tidak ~; kesibukan jalan raya hampir tidak ~ oleh polis trafik; teruruskan dapat diuruskan: kalau tidak ~, saya akan membincangkan hal itu melalui PIBG; urusan 1. sesuatu yg diurus, pekerjaan dsb yg harus diuruskan: Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; Islam mem-bebaskan juga perempuan memegang se-barang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; 2. hal (perkara, soal, dll) yg perlu diberi perhatian atau diuruskan: saya datang ke mari kerana ada ~ penting; 3. sesuatu yg ada kaitannya dgn (pekerjaan, tugas, dll), segala yg bersangkut paut dgn (sesuatu): guru besar hanya men-jalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; 4. pengelolaan, penyelenggaraan: kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap; ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri sese-orang; ~ rumah tangga segala sesuatu yg mengenai rumah tangga; ~ umum urusan mengenai berbagai-bagai hal; berurusan 1. mengadakan hubungan (dgn), berhubungan (dgn): negara itu tidak akan ~ lagi dgn badan-badan khusus Bangsa-Bang­­sa Bersatu spt UNICEF, FAO, dan UNESCO; ini orang Afrika Selatan yg per­tama kali ~ dgn aku; 2. turut campur (dlm sesuatu hal), ikut serta (mencampuri): aku tidak mahu ~ dgn hal keluarga engkau; 3. mempunyai urusan (dgn), ada kaitannya (dgn), ada sangkut-paut (dgn), bersangkut-paut (dgn): mereka telah terbukti ~ dgn penye-ludupan candu itu; 4. mempunyai sesuatu perkara dll yg harus diselesaikan (dgn sesuatu pihak dll): dia segan ~ dgn polis mengenai perkara itu; 5. mengelolakan (memberi perhatian kpd) sesuatu, mempunyai kerja (tugas dll): mereka ~ dgn hal masing-masing; keurus, keurusan Jk; tidak ~ tidak ter-pelihara (dijaga, diurus) dgn baik; pengurusan perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yg dipilih oleh penduduk mukim atau kampung; kepengurusan (hal-hal) yg berkaitan dgn cara mengurus sesuatu, selok-belok kerja dan tanggungjawab pengurus: kerajaan Jepun telah berjaya mewujudkan sistem ~nya sendiri seiring dgn kemajuan teknologi; pengurus 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah di-lantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengen-dalikan) sesebuah syarikat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.rus] | اوروس

Definisi : ; berurus 1 berhubung dgn pihak-pihak tertentu utk menyelesaikan sesuatu perkara. 2 dijaga dgn baik; bersusun rapi: Rambutnya spt tidak ~. mengurus 1 menjaga baik-baik supaya selamat dll; mengatur; mengemas: Seseorang isteri harus tahu ~ rumah. 2 menyelenggarakan supaya berjalan dgn baik (bkn perniagaan, kerja dll): Abangnya yg tualah yg ~ perniagaan di kedai itu. terurus dpt atau sudah diurus; terpelihara; terselenggara dgn baik: Pakaiannya tidak ~. urusan 1 sesuatu yg diurus: Ia tidak dpt pergi ke majlis itu kerana ada ~ penting di tempat lain. 2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga. berurusan 1 mempunyai urusan (dgn); mempunyai hubungan dagang dsb (dgn): Setiap hari, dia ~ dgn penduduk-penduduk di situ. 2 mengerjakan (menjalankan, melakukan dsb) sesuatu: Hanya yg ~ saja yg dibenarkan masuk. 3 ada sesuatu perkara dsb yg harus diselesaikan: Dia balik ke kampung kerana ~ dgn kaum keluarganya. pengurusan perbuatan atau hal mengurus sesuatu (syarikat, badan perniagaan dll): ~ perniagaan kain itu dijalankan oleh anaknya sendiri. pengurus 1 orang yg mengurus: ~ syarikat itu bergaji RM3,000/- sebulan. 2 ketua atau pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
funeral parlourn rumah urus mayat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
close~ a deal, mencapai persetujuan dlm sst urus niaga;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incline~ /to, towards/, cenderung menjadi: his family ~s to leanness, keluarganya cenderung menjadi urus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hole-and-corneradj [various translations]: a ~ affair, hubungan sulit; the transaction was done in a ~ fashion, urus niaga itu dibuat secara bersembunyi-sembunyi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
imaginevt 1. form mental image of, membayangkan: I had ~d him as being tall and thin, saya membayangkan bahawa dia tinggi dan urus; ~ what would happen if his wife left him, bayangkan apa yg akan terjadi jika isterinya meninggalkannya; the girl is always imagining things, gadis itu sentiasa membayangkan yg bukan-bukan; 2. believe (st that is false or non-existent) hayalan: there’s nobody downstairs – you’re just imagining it!, tdk ada orang di bawah – itu khayalan kamu saja!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
business~ as usual, /keadaan, segala-galanya/ spt biasa; ~ is ~, (urusan) perniagaan tetap (urusan) perniagaan; do ~, berurus niaga, mengadakan urusan perniagaan; get down to ~, memulakan [sst] dgn sungguh-sungguh; go about your ~, urus hal (kamu) sendiri; go out of ~, menggulung tikar: several sundry shops went out of ~ with the opening of the two new, big supermarkets, beberapa buah kedai runcit menggulung tikar apabila dua pasar raya yg baru itu dibuka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arrangement4. st arranged, gubahan: a floral ~, gubahan bunga; 5. (in pl) plans,preparations, persiapan, persediaan; (preceded by poss pron) segala yg telah [approp poss pron] /atur, urus/: ~s for the royal wedding, persiapan utk upacara perkahwinan diraja itu; we will have to cancel our ~s, kita terpaksa membatalkan segala yg telah kita atur; make ~s, /mengatur, mengurus/ segala-galanya; make the necessary ~s, /mengatur, mengurus/ segala yg perlu; 6. adaptation of piece of music, gubahan, susunan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gainvt 1. acquire, obtain, mendapat, [sometimes memperoleh]; (with pers pron) menyebabkan [sso] mendapat [sst]: he ~ed a large sum of money out of the deal, dia mendapat jumlah wang yg banyak drpd urus janji itu; there is nothing to be ~ed by rudeness, kita tdk mendapat apa-apa pun dgn berlaku biadab; to ~ valuable experience, memperoleh pengalaman yg tdk ternilai; to ~ knowledge, memperoleh pengetahuan; to try to ~ so’s sympathy, cuba mendapatkan simpati; to ~ an advantage over o’s competitor, dia mendapat kelebihan utk mengatasi saingannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clinchvt 1. fix firmly, mematikan: to ~ a nail, mematikan paku; 2. settle conclusively, mencapai penyelesaian; (argument) mengunci: he was able to ~ the deal, dia berjaya mencapai penyelesaian dlm urus niaga itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deal2. usu a /good, great/ ~, a. (as verbal adjunct) sangat, amat, sungguh, banyak, selalu: to feel st a great ~, sangat merasai sst; he has helped me a great ~, dia telah banyak menolong saya; to think about so. a great ~, selalu mengingati sso; to grumble a great ~, selalu bersungut; b. (as adjunct of adj, adv) jauh lebih: a great ~ taller, jauh lebih tinggi; a great ~ more effective, jauh lebih berkesan; 3. (in card game) giliran /membahagi-bahagikan, memarih/ daun terup: it’s my ~, ini giliran saya utk membahagi-bahagikan daun terup; 4. business transaction, urus janji: the ~ went through without a hitch, urus janji itu berjalan dgn licin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas