Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.tus] | اوتوس

Definisi : sl suruhan, wakil: adik Bendahara Paduka Raja, dititahkan Sultan Mansur Shah ~ ke benua China; berutus berkirim surat (berita, khabar): lama kita tidak ~; berutus-utusan saling berkirim surat, (berita, khabar, dll): sentiasalah ~ antara satu sama lain; mengutus 1. menyuruh orang pergi (sbg ganti atau wakil diri), menghantar wakil (orang suruhan dll): dlm tahun 1925, dia diutus Muhammadiah ke Sumatera Barat; 2. mengirim (surat dll), menghantar: mereka tidak pernah ~ surat; setinggi terima kasih kpd tuan kerana ~ kawat kpd saya; utusan orang (kumpulan orang) yg diutus, suruhan, wakil: keempat-empat negeri itu ada menyuruh ~ ke negeri Siam; perutusan 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dlm ~ tahun baru-nya; pengutusan perihal (perbuatan dsb) mengutus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.tus] | اوتوس

Definisi : sl 1. mahir (dlm pekerjaan tangan), pan­dai; 2. = orang ~ = utusan orang yg pan­dai bertukang, tukang: maka dikirim oleh Sul­tan Rom drpd jenis ~ dan pandai yg tahu me­­nuang bedil; yg pekerjaan ~, bukan pe­kerja­an kera prb orang yg suka mempeduli­kan pekerjaan orang lain itu biasanya akan di­­timpa bencana kerana perangainya yg tidak baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.tus] | اوتوس

Definisi : ; berutus berkirim surat, berita dll. mengutus 1 mengirim (surat, berita dll): Sudah lama saya tidak ~ surat kpd ibu di kampung. 2 menyuruh orang lain pergi sbg wakil diri: Perdana Menteri telah ~ Menteri Pelajaran ke persidangan UNESCO. utusan orang atau kumpulan orang yg diutus; wakil. perutusan 1 kumpulan wakil; orang-orang yg diutus; delegasi. 2 berita dll yg diutus. 3 ucapan orang-orang besar pd hari-hari yg penting; pesanan. pengutusan perbuatan atau hal mengutus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utus
Kata Terbitan : berutus, mengutus, utusan, perutusan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
correspondencen 1. state of being in harmony, compatibility, kecocokan, secocok: perfect ~ between the music and its lyrics, kecocokan yg sempurna antara muzik dan seni katanya; 2. similarity, persamaan: there is not much ~ between their values and ours, tdk banyak persamaan antara nilai mereka dgn nilai kita; 3. communication by letters, surat-menyurat: official ~, surat-menyurat rasmi; ~ clerk, kerani surat-menyurat; /be in, carry on a, keep up a/ ~ (with so.), /berkirim-kirim(an), berutus-utus/ surat (dgn sso); 4. letters, surat-surat; /learn, teach/ by ~, /belajar, mengajar/ melalui pos.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
correspondvi 1. usu ~ /with, to/, be in harmony, be compatible, secocok: his actions do not ~ with his words, tindakan-tindakannya tdk secocok dgn kata-katanya; his expenses do not ~ to his income, perbelanjaannya tdk secocok dgn pendapatannya; the description given by the witness does not ~ with the newspaper report, keterangan yg diberikan oleh saksi tdk secocok dgn laporan akhbar; 2. be similar or equivalent, sama (+ approp n): the American Congress ~s to the British Parliament, Kongres Amerika sama fungsinya spt Parlimen British; there’s no one word in Malay that ~s to the word ‘gaudy’, tdk ada satu perkataan dlm bahasa Melayu yg sama ertinya dgn perkataan ‘gaudy’; 3. communicate by letter, /berkirim-kirim(an), berutus-utus/ surat: they have been ~ing for years, mereka telah berkirim-kiriman surat bertahun-tahun lamanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas