Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.jah] | واجه

Definisi : 1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keada­an luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan; berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mem­punyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia; mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.jah] | واجه

Definisi : air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: “Apakah benar kalian berani kerana benar?” tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kpd: Pemandangan alam semula jadi yg indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yg menarik telah dirancang utk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kpd sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dlm mereka bentuk kulit majalah tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajah (kata nama)
1. Bersinonim dengan muka: paras, rupa, roman muka, tampang muka, bentuk muka, raut muka, air muka,

2. Bersinonim dengan keadaan luaran: rupa, bentuk.,


Puisi
 

Sampan kolek di Pulau Jemaja,
     Pulau Sibu tempat bayangan;
Wajah yang molek ditatap saja,
     Hati yang satu digadai jangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Serupa bulan penuh.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bulan empat belas).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
favour4. (colloq) resemble, lebih mirip wajah: the child ~s its grandmother, kanak-kanak itu lebih mirip wajah neneknya; 5. treat gently, berhati-hati thdp: the footballer ~ed his injured leg, pemain bola itu berhati-hati thdp kakinya yg cedera itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
impassiveness, impassivityn (want of feeling or emotion), /wajah, air muka/ [sso] yg tdk /menunjukkan, menampakkan/ /sebarang emosi, perasaan/; (calmness), /wajah, air muka/ yg tenang: behind his ~, he was very nervous, di balik wajahnya yg tenang, dia sangat gemuruh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
face-liftn 1. (cosmetic surgery ) pembedahan utk menegangkan kulit; 2. alteration, restyling, wajah baru: to give the old house a ~, memberikan wajah baru kpd rumah lama itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
anonymousadj 1. of unknown name, tanpa nama, namanya tdk diketahui: an ~ writer, penulis yg namanya tdk diketahui; an ~ caller, pemanggil yg namanya tdk diketahui; /wish, request, etc/ to /be, remain/ ~, /mahu, meminta supaya/ namanya dirahsiakan; 2. of unknown authorship, origin, source, etc, nama + approp n tdk diketahui, tanpa nama: an ~ pamphlet, risalah yg nama penulisnya tdk diketahui; an ~ donation, derma yg nama pendermanya tdk diketahui; an ~ parcel, bungkusan yg nama pengirimnya tdk diketahui; ~ letter, surat /layang, terbang/; 3. without clearly marked individuality, identity, a. (of person) tak bernama, tanpa nama: he looked down on a sea of ~ faces, dia memandang ke bawah pd wajah-wajah tak bernama; b. (of thing) tdk bersifat tersendiri: a row of ~ houses, deretan rumah yg tdk bersifat tersendiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
facen 1. front part of head from forehead to chin, muka: a scarred ~, muka yg berparut; 2. facial expression, wajah, air muka, muka: a cheerful ~, wajah yg riang; 3. front, prominent, important part, muka: the ~ of a cliff, muka cenuram; 4. (of land) permukaan: the ~ of the land has been spoilt by mining, permukaan tanah itu telah rosak akibat perlombongan; 5. (in printing ), (muka) taip;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laughingadj riang: a ~ face, wajah riang; no ~ matter, bukan perkara /main-main, olok-olok/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bewilderedadj kebingungan: a ~ look, wajah yg kebingungan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
agelessnessn quality of not appearing old, /wajah, orang/ yg tdk dimakan /umur, usia, tua/, orang yg awet muda: she is an example of complete ~, dia contoh orang yg tdk dimakan umur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beamingadj berseri-seri: a ~ /face, smile/, /wajah, senyuman/ yg berseri-seri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
expression3. emotion, (ber)perasaan: a face that lacks ~, wajah yg tdk menunjukkan perasaan; put more ~ into your reading, bacalah dgn lebih berperasaan; 4. look on person’s face, air muka: there was a pained ~ on his face, air mukanya memperlihatkan rasa hatinya yg luka; I could not see Harun’s ~ in the dark but I could tell that he was annoyed, saya tdk dapat melihat air muka Harun dlm gelap itu, tetapi saya dapat merasakan bahawa dia jengkel; 5. word, phrase, ungkapan: slang ~s, ungkapan-ungkapan slanga; 6. (math) ungkapan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas