Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sihat, sembuh (jasmani): dia tidak hendak masuk bekerja kerana kurang ~ rasa badannya; 2. sihat rohani (mental, ingatan); kurang (tidak) ~ akalnya (ingatannya, otaknya, fikirannya) bp gila; fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna (dapat berfikir dgn baik); 3. berdasarkan taakulan (bkn pertimbangan, keputusan dsb), menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, rasional: keputusan itu dibuat mengikut pertimbangan yg saksama dan ~;mewaraskan mewajarkan tindakan, emosi dsb dgn memberikan penjelasan, fakta dsb yg logik atau dapat diterima akal, merasionalkan: sambil menghirup kopi, dia mencari-cari alasan bagi ~ tindakannya tidak pulang ke kampung selama itu; dia hanya diminta ~ fakta atau pandangan yg dikemukakan dlm rencananya; kewarasan perihal waras, keadaan sihat (tubuh), keupayaan berfikir (bkn otak atau fikiran); ketidakwarasan perihal atau keadaan tidak waras (tubuh, otak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak sakit (bkn fikiran); dpt menggunakan akal fikiran: kurang ~ (akalnya, otaknya) gila; fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna. kewarasan hal atau keadaan waras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waras (adjektif)
Bersinonim dengan sihat, sembuh, pulih, betah, baik, sempurna.,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
clear-headedadj berfikiran waras.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
certifiableadj 1. that can be attested formally, /dapat, boleh/ /diperakui, disahkan/: ~ results, keputusan yg dapat diperakui; 2. fit to be certified as insane, /dapat, boleh/ disahkan sbg tdk waras.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
balancedadj 1. (gen) seimbang, berimbang; (of diet) seimbang: a ~ assessment, penilaian yg seimbang; a ~ budget, belanjawan yg seimbang; a ~ equation, persamaan seimbang; ~ density, ketumpatan berimbang; 2. (of person) waras.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas