[writ]/[rit] | وريت
Definisi : (Udg) perintah atau proses yg dikeluarkan oleh mahkamah atau pegawai kehakiman meminta mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan sesuatu, dan yg mengandungi arahan tentang apa yg patut dibuat; ~ habeas corpus writ yg boleh membebaskan seseorang drpd tahanan yg tidak sah; ~ pilihan raya writ yg dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yg mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan raya mengambil langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[writ]/[rit] | وريت
Definisi : ist perintah yg dikeluarkan oleh mahkamah atau pegawai kehakiman, yg meminta seseorang utk melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu, dan mengandungi arahan ttg apa-apa yg patut dibuat. ~ pilihan raya writ yg dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yg mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu kawasan mengambil langkah bagi mengadakan pilihan raya mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)