Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : (selésa) 1. tidak sempit, lega, luas: ketika mencari tempat berdiri yg lebih ~, dia ter­pijak kaki seorang anak kecil; 2. kesempatan, peluang; 3. (berasa) enak, sedap, senang: jika kita berdiri beberapa lama, kita berasa tidak ~; pakaian itu sungguh tidak ~ bagi Si Tenggang; menyelesakan menjadikan selesa (enak, sedap); keselesaan perihal selesa, keadaan (rasa dsb) selesa; ketidakselesaan keadaan tidak selesa: Puan Sariah memaklumi ibunya tentang ~ di asrama itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : /selésa/ 1 tidak sempit (bkn tempat); luas; lega. 2 enak atau puas ketika duduk dll; sedap: Saya berasa ~ duduk di kerusi ini. menyelesakan membuat atau menjadikan selesa: Suasana di situ ~ kami. keselesaan keadaan atau rasa selesa: Kami amat mementingkan ~ pelanggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesa (adjektif)
1. Bersinonim dengan luas: lega, tenggar, lebar, besar, lapang, lengang, lasar, banglas,
Berantonim dengan sempit

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, kelapangan, can, tempoh, cerlak, kelonggaran, masa, waktu terluang,

3. Bersinonim dengan sedap: menyenangkan, enak, segar, seronok, nyaman, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

Kata Terbitan : menyelesakan, keselesaan,


Menganyam Kedukaan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdfMenganyam Kedukaan144 MENGAN YAM KEDUKAAN yang melanda dan mengalun ombak jiwa anak muda yang duduk mencangkung di tepinya itu. Dia sendiri juga duduk mencangkung. Tidak ada cara duduk lain yang lebih selesa kerana kedua-duanya tidak benbaju - tidak dibenankan memakai baju. Mati.”Kejujuran yang lahin daripada perasaannya yang sebenar itu cubadisembunyikan juga pada mulanya, tapi dia sendini tidak dapat mengawal perasaan. Fikirannya bunuh yang dijatuhkan ke atas dirimu itu. Tap! Tuan hakim memukul atas mejanya dengan tukul kuasa kehakimannya sekali lagi. Hakim R.V. Hedges meninggalkan ruangmahkamah itu dengan kepala tunduk tetapi selesa. Wajahnya selamba dan serius. Setelah daun pintu di belakang Hedgestertutup, suasana di dalam mahkamah itu riuh-rendah dengan gelagat orang ramai yang berbagai-bagai kerana menerima hukuman itu - hukuman ke D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekMenganyamKedukaan&HitCount=2&hits=887c+8e7a+

Kembali ke atas