setara | equivalent | Perihal dua kuantiti yang mempunyai paparan yang berbeza, tetapi mempunyai nilai yang sama. Lihat Contoh | Menengah Atas |
prisma tegak | right prism | Prisma yang mempunyai dua dasar yang sejajar dan mempunyai permukaan sisi bersegi empat tepat. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
trapezium tegak | right trapezium | Segi empat yang mempunyai dua sudut tegak, sepasang sisi selari dan tidak mempunyai paksi simetri. Lihat rajah | Menengah Atas |
sebutan tak serupa | unlike terms | Sebutan yang mempunyai pemboleh ubah yang sama dengan kuasa yang berbeza, atau mempunyai pemboleh ubah yang berbeza dengan kuasa yang sama. Contohnya, (i) 5x dan 5x² (ii) 2x² dan 3y². | Menengah Atas |
dimensi | dimension | Ukuran saiz sesuatu bentuk atau objek seperti panjang, lebar, tinggi atau garis pusat. Bentuk yang hanya ada ukuran panjang seperti garis lurus mempunyai satu dimensi. Permukaan yang ada ukuran panjang dan lebar mempunyai dua dimensi. Objek yang ada panjang, lebar dan tinggi mempunyai tiga dimensi. Lihat rajah | Menengah Atas |
jam analog | analogue clock | Jam yang mempunyai nombor 1 hingga 12, angka Roman atau penanda lain pada muka jam, dan mempunyai jarum jam, minit dan saat. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sama jarak | equidistant | Perihal dua titik yang mempunyai jarak yang sama dari satu titik atau objek. Contohnya, dua titik yang berbeza pada lilitan suatu bulatan mempunyai jarak yang sama dari titik pusat bulatan tersebut. | Menengah Atas |
tepi | edge | Garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi. Contohnya, kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi. | Menengah Atas |
ambiguiti | ambiguity | Perihal mempunyai lebih daripada satu bentuk, makna, nilai atau penyelesaian. | Menengah Atas |
vektor | vector | Kuantiti yang mempunyai magnitud dan arah, diwakili dengan tembereng garis lurus beranak panah. Contohnya, halaju, pecutan dan daya. | Menengah Atas |